Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

dah maghrib ni... masuk lah....

salam semua,

dah breakfast pagi ni? yang belum gi la ambik sarapan cepat2... jangan skip tau sangat tak bagus untuk kesihatan...

ceh... semenjak aku join ceramah permakanan sihat ni... aku dah mestikan diri untuk minum air milo panas setiap pagi... sebelum gi kerja dan melangkah keluar dari rumah... ala baru 3 hari start pun... ok la tu kan.... setiap hari kena mulakan hari dengan lebih baik... bersemangat!

pasal tajuk kat atas tu sebenarnya aku terdengar dalam rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi.... tajuk besar dia pasal doa dan ubat.... best tapi tak leh nak dengar sampai habis... sibuk nak gi kerja pulak.... kalau rancangan macam ni elok buat masa lepas2 asar ke kan... lepas orang balik kerja tu... dari ngadap cerita bukan2 pasal cinta je manjang tu... aku rasa elok je ada rancangan ilmuan camni... sekadar pendapat je....

berbalik pasal tajuk tu... ustaz tu kata syaitan akan aktif bermula waktu maghrib dan sepanjang malam... waktu yang semua manusia dah tak berapa nak aktif.... masa tu la banyak gangguan boleh disebarkan... termasuk la penyakit2.... sebab tu Nabi Muhammad junjungan kita pun pesan elok kita duduk di rumah kalau dah masuk senja....

kalau dulu mak-mak kita selalu bunyi kalau dah maghrib kan... masuk rumah... syaitan banyak berkeliaran.... tapi pelik kan macam kita nampak je syaitan tu berkeliaran pasal patuh je kita masuk rumah tanpa banyak soal....

ada sahabat aku pernah cakap.... kalau kita biarkan anak kita berkeliaran kat luar rumah masa maghrib waktu berumur bawah 5 tahun... tak mustahil bila dah sekolah rendah dia boleh ada kat rumah kawan lak waktu maghrib.... pastu besar lagi sikit dah pandai main bola kat padang tak balik2.... besar lagi sikit... main motor sana sini... besar lagi dan lagi padah.... main anak dara orang pulak.... huhu... ni yg teruk ni... jika direnungkan ada benarnya cakap sahabat ni...

sama2 la kita renungkan..... jangan dah ada penyakit baru kita sibuk nak cari ubat kan.....

p/s cuak dah ni... kolesterol dah naik tinggi... kena banyak pantang makan lepas ni...

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus