bersiaran semula dari kuantan.. - Cerita Ita                                                             bersiaran semula dari kuantan.. Langkau ke kandungan utama

bersiaran semula dari kuantan..

salam semua,

salamat jumaat ye... tadi pagi dah selamat masuk opis... ada pulak bengkel hari ni sampai petang... ni ada masa rehat ni nak update sekejap...

malam tadi dah boleh senyum lebar pasal dah boleh tidur lena dengan anak2 kat depan mata... alhamdulillah dah selamat sampai sini dalam pukul 11.30 malam tadi setelah 2 kali berhenti di sepanjang lebuhraya... letih berjalan jauh ni... lama dah tak jalan jauh2 camni...

ni nak cerita semalam sebelum kami balik sempat memborong buat di jalan ampang.... mana tak gila ko... buah manggis kat sini rm5 sekilo kat sana baru rm3.50 je... jambu batu pulak rm4 kat sini... ipoh baru rm2 sekilo... mujur kami naik kembara.. kalau tak mau member tu borong durian gak kot... hehe...

malam tadi... sesampai je ummi kat rumah abg long keluar dulu... bila tanya mana ayah.. jawapan dia ayah jaga adik... dia yang susah payah tolong ummi dia mengangkut beg dengan buah-buahan semua tu... rajin anak ummi boleh diharap... cuma tak tahannya tak berhenti tanya itu ini... letih nak kena jawab... ummi pergi mana la... naik keta sapa la... huh banyak lagi la...

tapi yang best bila dia tolong bawak buah manggis tu....dia cakap "tak pe ummi biar saya bawak, tengok ni saya kuat kan?" .... hehe... anak... anak... letih pun hilang ke mana tah masa tu...

abg ngah pulak... nampak je ummi dia terus jaga... ummi dia gi tanggal tudung kejap pun dia ingat nak kena tinggal lagi... terus menangis... lepas tu melekap je kerja dia... sian adik kena tinggal ye... abg long pun cakap..."adik cari ummi aje"... alahai sedih ummi dengar nak...

malam ni nak balik kampung pulak... jom mari kita gi makan buah durian pulak...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum