Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Tutti Fruiti... sedap ke?

salam semua,

baru ni kan ada kawan dia bukak cawangan tutti fruitti ni... dia ada ajak untuk majlis perbukaan rasmi tu siap bagi diskaun 50% lagi tu... aku je yang masih tak tau apa benda tutti fruitti tu.....kesian kan...?

lagipun kedai kawan tu jauh sangat kalau dekat memang kami dah gi try dah.... oleh sedap macam terpikat sebab iklan kawan tu kami gi la cari cawangan dia kat area kuantan ni... ada satu yang dekat deret kedai baru bukak depan hotel season.... kami pegi dah try hari selasa lepas.... kebetulan pulak shah balik awal ambik anak2 dulu jadi lepas ambik aku petang tu terus kami ke situ....

sesampai je kat kedai kami tengok orang macam ramai je... soklan yang bermain kat fikiran ni sedap ke? aku tengok kat situ ada mangkuk 3 size kalau tak salah.. kecik... sedang ...besar.... memandangkan harga dia yang agak nak tertelan air liur tu... kami ambik yang saiz kecik sekali la dulu... alahai dayang... en sufian... kalau la kedai korang dekat... leh la aku ambik yang saiz besar tu...wah... mengharap....

lepas tu kami tengok... jeling2 apa perasa yang ada... kat situ tulis ada 6 perasa kalau x salah.... coklat... oren... banana strawberry je yang aku nampak cam logik nak ditry yang lain tu aku tak perasan la... oleh sebab si abg long ni hantu strawberry maka... ummi dia terpaksa la ikut pilihan anak2... topping dia boleh isi sendiri... oh ye lupa... yogurt dia pun isi sendiri gak macam nak beli slurpee kat 7e tu... samalah kat sini.... untuk topping tu kalau dia boleh buat yang leh nampak dari tepi lagi aku suka pasal aku terpaksa la pulak nak kena dokong abg long sebab nak tengok topping apa yg ada kan.... kalau tak nanti membazir je...

aku letak topping strawberry fresh dalam 5 biji (bukan biji seketul tu... dah kena kerat2 suku2) aku letak coklat chip yang dwikaler tu sikit... coklat urai sikit... sirap strawberry sikit... keseluruhan yang kena bayar adalah... RM10.87 sen... boleh tahan kan... ? pasal setiap 100gm harga dia RM5.30.... bila kami dah try dan rasa... kesimpulannya... aku boleh buat sendiri la kat rumah... esok2.. aku beli yogurt yang perasa mcm2 dalam bekas besar tu... bekukan... kisar... bekukan balik... jadi cam aiskrim... beli topping.... letak.... hahaha... dasar kedekut kan.... pasal apa tau... abg long request nak lagi tu lepas dia mengabiskan semua tu sorang2... ummi dgn ayah dia dapat rasa 2 sudu sorang je... waaa.... mahal nak oiii.... jadi2 la..... nasib baik makan pujuk... kalau tak alahai.....

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus