Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 27 Julai 2011

tahniah cikgu....luka lama berdarah kembali...

salam semua,

pepagi ni ada lak sesi luahan rasa kan.... tadi aku terbaca kat blog ben pasal GSTT dah boleh jadi guru tetap... alhamdulillah murah rezeki korang kan.....aku saje la nak kongsikan pengalaman aku dulu2... masa tu aku belum lagi jadi isteri orang.... masih anak dara u...

aku gi interview mintak jadi cikgu..... dah la susah sebab kena gi peksa segala tu semua.... aku berjaya jugak lalui semua ketiga3 steps interview sampai oral yang last sekali.... tapi 2 kali aku mencuba kecewa jugak bila dah dapat jawapan temuduga.... dan yang kali ketiga pada tahun 2006 kalau aku tak silap... kali ni aku terserempak dengan sorang kawan sekolah aku dulu.... dia berjaya sebab ada pengalaman mengajar sebagai cikgu sandaran... sekali dengan aku juga ada 2 orang calon lelaki yang datang dan diconfirmkan akan dapat jawatan tu sebab calon lelaki tak ramai.....aduh... lagi sekali pilih kasih....

pada masa tu...aku kena masuk dulu.... yang menemuduga aku tu macam tak sungguh pun nak layan... aku kecewa tau! aku datang dengan harapan... sungguh sangat mengecewakan.... korang tau dia cuma ajak aku borak2 je... sedang orang lain dia siap suruh buat demo mengajar lagi.... aku? dia tengok sijil.... pastu siap bagitau kat kawan dia dari bilik interview sebelah tu.... "eh ko tengok ni doktor ni nak jadi cikgu?..... awak tau tak sijil awak ni overqualified untuk jawatan ini?"..... aduh... terduduk aku dengar ayat tu... cari la kerja lain...itu nasihat dia.....dan menyebabkan aku amat kecewa sampai sekarang ni....

aku minat sesangat nak jadi cikgu biar orang kata apa pun risiko dia.... aku cemburu sangat2 dengan kawan2 aku yang bergelar guru.... sorry la kawan2... ini kenyataan yang sebenarnya... aku sangat jeles kat korang.... korang berjaya mendapat jawatan yang telah lama aku idamkan.... lagi aku jeles bila korang update apa2 saje status kat fb pasal keja korang.... aduh... luka lama berdarah kembali...

aku idamkan jawatan ni bukan sebab cuti cikgu yang agak best masa cuti sekolah tu.... bukan juga sebab aku tengok cikgu2 boleh buat keja part time jual barang segala tu... bukan juga sebab aku tengok cikgu2 la yang banyak pakai keta2 besar.... bukan sebab tu semua..... tapi aku betul2 sukakan kerjaya mengajar ni.... ia termasuk dalam cita2 aku dari darjah 1 lagi tau....

mesti korang nak kata kan,... kalau dah minat jadi cikgu nape tak ambik je jurusan pendidikan masa U dulu.... ramai yang tanya macam tu.... tapi tak ramai yang nak terima hakikat menjadi guru bukan sahaja perlu pengalaman belajar sebagai guru... banyak pengalaman lain boleh diaplikasikan ketika mengajar....  tapi aku tak salahkan juga orang yang temuduga aku.... dulu takde subjek untuk penternakan.... baru ni je masa aku kursus aku jumpa dengan cikgu yang mengajar penternakan.... dari sekolah teknik....sekarang ni baru ada subjek yang pelbagai macam tu kan......

ada jugak 2 orang kawan aku masa U dulu yang berjaya menjadi cikgu... lagi membuat aku rasa kecewa...  tapi itulah kan.... apa terjadi pun aku terima hakikat.... Allah dah tentukan rezeki untuk setiap hambaNya.... kita hanya perlu bersyukur.... tapi itu pun susah kan? apapun tahniah pada semua GSTT dan semua guru2 yang ada di Malaysia ni.... maaf andai luahan hatiku ini menyinggung mana2 pihak.....

p/s rasa macam nak nangis kejap la... boleh tak?
Cerita menarik lain