Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 19 Mac 2013

Karipap basi!

assalamualaikum semua,

hari makin panas di kuantan ni... tempat korang macamana? aku sekarang ni tengah marathon minum air masak bebanyak.... dan pergi ke tandas berulang kali.... adoiaii... letih...  kejap-kejap minum air... kejap-kejap kang terasa nak buang pulak... berapa kali dah ngulang ni... tapi masih bersyukur dengan Allah sebab boleh membuang air dengan normal lagi...

kenapa kena marathon minum air bebanyak? sebab tekak ni dah mula rasa kering dan perit.... rasa macam nak batuk + selsema + demam je tau... harapnya jangan lah demam... sebab 3 budak comel kat rumah tu dah pun demam dan kalau ummi dia pun demam sekali? habislah... tentu shah akan jadi jururawat segera pulak nanti... (walaupun dah jadi separa jururawat sekarang ni kan bang ;) )

sebenarnya tajuk tu bukan merujuk pada karipap yang aku beli atau sesiapa yang makan pun... tapi merujuk pada entry aku buat karipap minggu lepas tu haaa.... sebab dah lama sangat duduk kat draf dia dah jadi karipap basi! hahaha..... layankan je la ye....


Karipap Cerita Ita 


tujuang (eh terjadi orang terengganu pulak dah) utama aku buat karipap ni sebenarnya untuk dibawa sebagai bekal perjalanan kami nak ke KL hujung minggu lepas.... tapi atas sebab-sebab yang aku pun tak pasti kenapa cikgu sekolah abg long kata rombongan bersukaria tu terpaksa ditangguhkan sehingga waktu yang akan ditetapkan kemudian nanti.... ala... tak best kan kalau masa nak pergi tu nanti shah kena keja.... kensel la jawabnya kami nak mengikut....

dan disebabkan itu jugak aku dah kendurikan separuh dari stok bekal tu masa hari khamis baru ni... hehehe... tinggal sikit je la dalam peti sejuk tu haaa.... harapnya cikgu bagitau awal bila nak pergi nanti.. dan harpnya aku sempat buat gantinya... kalau tak mesti kena beli punya nanti... huh! membazir je.... dan tak sesedap yang ummi buat...ahaks.... ;)

ok... aku nak kongsikan resepi dia pun rasa malas jugak.... tapi boleh la...


Karipap sedap! 


Resepi Karipap Sedap Cerita Ita

Bahan Inti :
4 biji kentang Russet (sedap pakai yang ni)potong dadu.
1 biji lobak merah (potong dadu)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
1 biji bunga lawang
(semua bahan ni kisar sekali)
3 sudu rempah kari daging Baba's
garam secukup rasa
minyak secukupnya (untuk menumis)

Bahan tepung :
3 senduk minyak masak (dipanaskan)
400 gm tepung gandum
1 sudu teh garam

Cara-cara:
Untuk inti:
Kena tumis semua bahan yang dikisar tu sampai naik bau dan kemudian masukkan rempah kari dan masukkan kentang dan lobak merah dan tambah air (yang ni aku agak-agak).
Tutup kuali supaya dia cepat empuk.
Pastikan selalu dikacau supaya tak berkerak ok.

Untuk tepung:
Sediakan tepung dalam mangkuk, buatkan lubang di tengah-tengah tepung.
Letakkan minyak panas di dalam lubang tu.
Gaul bagi rata minyak panas dan tepung.
Letak garam.
Letak air (agak-agak) sampai jadi doh yang boleh dibentuk dan digelek.


Tengok... ada banyak variasi kan? ada ayah dia..ada ummi dia...ada abg long..ada abg ngah dia dan ada adik dia..(kata abg ngah...hehehe...) 


* part bunga lawang tu aku tak pernah try sebelum ni tau tapi bila aku terdengar kat THR pagi bila ntah.. soalan dia kat Nasa : apa yang kita letak dalam rempah karipap untuk bagi sedap.. jawapan dia bunga lawang.. dan aku try... memang betul la lain rasanya tau... meh la try sama...

* kalau nak kulit tu meletup2 kat luar tu bila menggoreng boleh lebihkan minyak masa menguli.

* tambahan... aku buat kulit dia tebal sikit ni sebab nak simpan sejukbekukan..jadi tak perlu goreng matikan minyak..boleh terus sejukbekukan dia ok...


p/s hari panas bagus perut kurang lapar... tapi haus???

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ena minat gila karipap tapi karipap daging.. dan paling bendi lau letak udang.. eeee.. hehehe dapnyaaaaa, rasa nak suruh akk poskan kat ena ptg ni gak.. huuu

Bahrain Ramlan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ingatkan pe la td..hehehe..
kat sini hujan kalo petang....
sedapnya karipap lagi2x karipap sadin..

Aku Penghibur berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe ingt nape lh karipap basi :) .. sedap karipap daging

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baru nak tegur awat karipap basi masuk entry.
kak suka makan karipap sadin tapi malas nak buat,hee