Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Siapa lebih hot? ibu bekerjaya atau surirumah sepenuh masa?



assalamualaikum semua,

dah sarapan.... kalau belum sarapan dulu ye... skip sarapan akan jadikan kita lebih gemuk ye...amaran di situ...aku dah...sarapan macam yang kat bawah ni... marveles... hihi..


bubur oat dengan buah-buahan... diet ko! 


tengok tajuk hari ni? haaaa... cuba jawab siapa lebih hot? (aku tanya korang ni sambil angkat kening tau)

sebenarnya cerita dia minggu lepas la... aku bawak anak-anak gi klinik.... dah semua kena selsema... selalunya aku biar je...malas nak bergantung dengan ubat sangat bebudak kecik ni....aku bagi ubatan macam madu direndam dengan cengkih... pastu bagi je diorang minum air masak banyak-banyak... disamping rendam kain hingus diorang tu dengan klorox... haaa..selesai masalah... in shaa Allah dalam seminggu baik...

tapi kali ni selsema husna dah melarat-larat ke batuk yang teruk... kesian la pulak... jadi kami ke klinik sekali lagi.... dapat ubat semua... bagi... still macam tu jugak... last-last aku sapukan dia balm dan sarungkan stokin kat dia tiap malam sebelum tidur.... alhamdulillah cara ni berkesan nampaknya... selsema dah kurang dan batuk pun dah takde... mungkin dia sejuk agaknya malam-malam...


haaa... ini la balmnya.. Vapor 


suka noo aku ambik gambo.. sila abaikan kaki mak dia tu ye.. 


eh nak... benda tu bukan untuk makan... 

haaa...baru nampak nama betul dia... Vapor Balm.. jenama Century 1st.. 


masa kami ke klinik baru ni...memang macam biasa la ramai orang... dan seperti biasa rutin aku akan baca buku atau majalah yang ada kat rak dalam klinik tu... tu la salah satu sebab aku suka pergi klinik Al-Amin kat masjid ni... selain doktor yang bagus dan layanan yang cepat dan bagus jugak... plus...kad ING boleh diguna di sini... jadi kami tak perlu bayar.. cuma gunakan kad ING shah je... hehe... jimat...

korang semua layan je la gambar kami kat klinik ni ye....


hai...saya husna.. 


abg long dah jadi ultraman...haha... nampak rak majalah kat belakang tu?? 

alahai... apa yangkau tengok tu nak..... hukhuk...

ini la kebiasaannya.. ayah jaga anak dan ummi sibuk membaca.. huhu...

dan masa aku tengah baca majalah ni... terpandang la satu tajuk kat dalam majalah ni...

"SIAPA YANG LEBIH HOT? IBU BEKERJAYA ATAU SURIRUMAH SEPENUH MASA?"

sorry la kalau tajuk tu tak berapa betul ye... tapi lebih kurang macam tu la...

bila baca tajuk.... aku terus laju-laju baca isi dalam dia.... nak tau jawapan kan....hehe...

dan bila dah baca..... alhamdulillah... bagus penyelesaian dan jawapan yang diberikan oleh penulis...

nak tau apa jawapan yang diberi penulis?

haaa.... baca betul-betul....

dia kata siapa yang lebih hot adalah bergantung dengan cara mereka menguruskan masa dengan baik... jadi siapa pun dia samada ibu berkerjaya atau surirumah sepenuh masa atau ibu yang bekerja dari rumah... selagi anda dapat menguruskan masa dengan baik... MAKA ANDA MEMANG HOT!

suka kan jawapan ni..?


p/s nak petang-petang ada entry menarik ye...untuk hot mama... doakan aku berjaya menulis...

Ulasan

  1. suka sgt jawapan mmg very mabeles ita.. itu lah yg terbaik.. time management!!

    BalasPadam
  2. Amik ubat Kat klinik tepi msjid tu ye ita...Kat akak mengajar lah tu..bila lah agaknya kita terserempak Kat mn2 kst ktn ni ekk..agk2 kenal tak? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau akak ngajar situ tp tak pernah terjumpa pun kan... rasa2 kalau jumpa kenal kot..hehe..

      Padam
  3. Masing2 ada tugas tersendiri. Jadi selesaikan dengan sebaiknya. Semoga anak2 cepat sihat ye.

    Jemput singgah blog ibu ye. http://izaismail.com/

    BalasPadam
  4. betul tu kak!!! memang seorang ibu ni byk pengorbanannya kan kak.. one day, ena pun akn jd cam akk.. jadi seorang wanita bekerjaya dan juga seorang surirumah utk suami dan anak2.. *rasa macam tak mampu je* hurmmm

    BalasPadam
  5. moga anak2 ita semua cepat sembuh... hot ke aku??? hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus