Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 21 Mac 2013

Keputusan SPM 2012

assalamualaikum semua,

masuk hari ni dah 4 hari aku gi keja macam rupa separuh zombie... nasib je tak duduk kat kampung pisang.. kalau tak mesti dah berjangkit dah ni... anak-anak semua masih selsema dan payah nak tidur.. semalam je adik husna bangun sejam sekali... sabarkan hati dan doa bebanyak untuk anak-anak supaya cepat sembuh...

kadang-kadang rasa malu nak berdoa... teringat cerita Nabi Ayub a.s. yang diuji dengan penyakit yang akhirnya membuat dia kehilangan semua yang disayangi.. tapi dia tak pernah sekali pun meminta supaya disembuhkan penyakitnya kerana sangat malu dengan Allah s.w.t. ... mengingatkan cerita ini terasa malu sangat nak berdoa mintak disembuhkan penyakit sedangkan amalan yang dikerjakan tak seberapa dibandingkan dengan Nabi Ayub a.s...... semoga Allah ampunkan dosaku dan semua umat islam di dunia ini...amin...

pagi tadi terdengar di THR.fm pasal keputusan SPM 2012 yang keluar pagi ni jam 10 pagi... 21 Mac 2013..sambil tu diorang borak-borak pasal kenangan mengambil keputusan peperiksaan...

terus buatkan aku terkenang kenangan 16 tahun yang lepas.... masa tu keputusan SPM 1996 diumumkan... aku dah lupa tarikh dan hari kejadian... tapi apa yang berlaku hari tu masih dalam kenangan...

biasanya keputusan peperiksaan akan diumumkan pagi di seluruh sekolah di Malaysia... berduyun-duyun pelajar lepasan SPM ke sekolah untuk ambik keputusan tu... hari yang sama 16 tahun lepas aku pun terdiri dari lepasan SPM yang mengambil keputusan ni...

disebabkan rumah kami yang jauh dari sekolah... sekolah aku di Muar... dan rumah kami di kluang... jarak antara dua tempat ni melebihi 100km... kalau dikirakan perjalanan dulu akan makan masa selama hampir 3-4 jam perjalanan.... tapi disebabkan adanya lebuhraya sekarang ni perjalanan boleh disingkatkan sehingga 2 jam sahaja...

dan disebabkan dulu kami memang susah dan tak ada pengangkutan sendiri selain motorsikal yamaha 100cc abah...perjalanan aku ke sekolah mestilah menaiki bas... bas dari kampung akan ada dari jam 6 pagi dan akan ada setiap 2 jam... masa aku sekolah menengah ni emak dah bekerja kilang sebab nak bantu abah.. jadi selalunya aku akan ganti kerja-kerja emak di rumah macam memasak, menyidai kain dan menyapu sampah... jadi pada hari untuk mengambil keputusan pun macam tu jugak...

selesai semua tugasan aku menaiki bas jam 8 pagi untuk ke sekolah... masa ni hati dah rasa berdebar-debar... terfikir apa akan jadi kalau keputusan tak seperti yang dijangkakan? atau pun kalau gagal... apa yang akan aku buat seterusnya?

dalam bas, sepanjang perjalanan dari kluang ke muar aku hanya dia membisu... termenung... dan termenung... terfikir jugak kalau harapan emak dengan abah jadi sia-sia...macamana? aduh... stress sungguh kan?

sampai kat bus station Muar je aku dah mula start gelabah.... tapi aku kuatkan jugak untuk sampai ke sekolah... sampai kat sekolah dah pukul 12 lebih ke pukul 1 lebih ntah... aku pun dah lupa... tapi yang pentingnya ramai kawan-kawan dah selamat ambik keputusan diorang pasal kebanyakkannya duduk area Muar dan Batu Pahat je...

disebabkan pejabat sekolah kami tu kat tingkat satu jadi kena naik tangga nak ke pejabat... masa naik tangga ni memula aku ok... tapi sampai je kat tangga kedua tu aku dah mula lemah lutut je dah.... masa ni mula rasa nak pitam ko... kaki pun dah tak boleh nak langkah lagi dah... terbayang macam-macam dah masa ni... nasib baik akak kerani tu perasan aku nak jatuh tu... dia pimpin aku sampai masuk pejabat sekolah... sambil pujuk aku sambil kata aku tak yah risau pasal result aku ok.... hahaha... ambik ko penangan SPM!
sampai tak boleh jalan lagi dah....

tapi bila dah masuk U baru aku tau... SPM tu takde apa sebenarnya... tu baru permulaan dunia yang mencabar je tu.... dan alhamdulillah dengan keputusan yang tak seberapa tu jugaklah aku dapat jadi aku yang hari ni...

jadi untuk adik-adik yang nak ambik keputusan SPM hari ni... kuatkan semangat walau apa pun keputusan yang korang dapat ok... masa depan masih panjang untuk diteruskan...

buat yang belum ambik keputusan atau terlupa hari ni keputusan keluar atau cuba buat-buat lupa... boleh ke sekolah masing-masing untuk ambik keputusan dan boleh juga Semak keputusan secara online korang di bawah ni...

Keputusan SPM 2012 online 


boleh juga semak melalui sms jugak tau...ikut panduan di bawah  ni...


semak SPM 2012 melalui sms 



p/s teringat seorang pensyarah kami dulu... SPM dia cuma dapat gred 2 tapi bila dah masuk U dia best student dan dapat ambik master terus lompat ke Phd... tapi itu dulu la.. sekarang saingan sengit... jadi berusaha sehabis baik! Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

all the best semua

esa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Antara masa kita rasa kecut perut ialah nak amek result SPM. tak gitu?

aizamia3 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dulu.. pepagi dah keluar.. takmo mak tau.. hehehe..
sempat bergumbira dengan kengkawan sebelum balik rumah..
sampai rumah buat muka sopesen.. ngeh2..
sudahnya kena bebel dgn mak sebab kenakan mak.. hehehe.. ;)