Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 7 Mac 2013

leganya dah selesai...

assalamualaikum semua,

alhamdulillah semuanya dah selesai dengan penutup audit jam 12 tengahari tadi...lega sikit...satu penyeksaan fizikal dan mental dah selesai...

mesti korang pelik kenapa aku nak stress gila-gila kan...ala audit ISO je pun bukan ada apa sangat kan....

tapi aku memang sepatutnya stress...sebab sebagai pengurus kualiti atau Quality Manager..aku kena pastikan semua aspek menepati syarat dalam 25 elemen yang ada dalam ISO standard tu..belum lagi mana-mana masalah yang memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar....itulah yang buat aku lagi stress...

itu jugak sebabkan aku terbersalin awal seminggu masa abg ngah dulu...hihi...

tambahan pulak dengan staf teknikal yang tak cukup dan memang cukup-cukup...adoiaaii...aku la Ketua seksyen..aku la jugak pengurus kualiti..lari sana...lari sini...huuiiihh...mujur la lab kami ni cuma ada 2 tingkat je tau...kalau tak..mau aku bawak kereta dan hilang terus dari bangunan...hihihi...boleh gitu?

apa pun setiap hari aku tak lupa berdoa moga dipermudahkan urusan kami setiap hari..dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkan walaupun diuji dengan ketiadaan elektrik sekali lagi petang semalam...dan pagi ni...

yang pagi ni agak lama jugak...kesian auditor buat laporan dalam gelap dan berpanas...

kesimpulannya...auditor berpuashati dengan cara perjalanan dan perlaksanaan sistem ISO 17025 di makmal kami..cuma tetap ada beberapa kesilapan yang perlu kami perbaiki..alhamdulillah...

teringat pantun lama..

"buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan."

p/s ada sekali berita baik yang boleh menghilangkan stress sejak semalam...alhamdulillah rezeki jangan ditolak.. ;)

Cerita menarik lain