Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 23 Mac 2013

tips memilih pembantu rumah

assalamualaikum semua,

tengah buat apa tu? bersenang lenang di hujung minggu?

aku? hihi tak yah cite la...tengah cuti kan...

adik husna tengah tidur ni...abg long dan abg ngah tengah main belon..boleh pulak diorang terjumpa belon dalam bilik mainan diorang kat atas tadi...nampak noo lama tak berkemas kan..heeee...

lama woo tak kemas...asal kemas je sepah balik...last-last aku kata dengan shah nak beli laci macam kat bawah ni lepas tu asingkan mainan...tapi zaman bila nak beli ntah...

cerita pasal kemas mengemas ni...alangkah bestnya kalau ada pembantu rumah kat rumah yang boleh settlekan benda macam ni kan? tapi...untuk ambik pembantu tu aku rasa bukan aku la kot...aku sangat tak percaya...

mesti korang kata nape tak nak ada pembantu tapi sibuk nak kongsi tips nak pilih pembantu rumah kan? haaa..pelik aku boleh tau? aku ada mangkuk ajaib kat rumah ni yang boleh baca hati korang tau...mangkuk tandas...haha...ajaib kan? ajaib apa...semua masuk bila flush hilang terus...heeee...

berbalik pada tips tadi...

yang ni dikongsikan bukan oleh aku tapi tetamu jemputan rancangan Semanis Kurma khamis lepas...Ustazah Norhafizah kalau tak salah aku nama dia...salah tolong betulkan ye..

dia kongsikan tips yang dia guna untuk cari pembantu rumah ialah 4 plus 1...

Empat yang utama tu ialah..

1. berusia - dia nak yang dah berumur sikit

2. tidak ada komitmen - takde tanggungjawab dengan suami atau anak di negara asal

3. tidak berperwatakan menarik - kalau cantik kang tak boleh bezakan mana isteri mana bibik..hihi..

4. beragama islam dan mengamalkan agama dengan baik - menutup aurat dan tidak meninggalkan solat
dan yang last plus one ialah syarat tambahan yang tak diwajibkan..kiranya kalau dapat tu bonus la..

+1. tidak memerlukan ruangan yang besar - saiz badan tak besar sangat
menarik kan?

pada aku syarat ni bagus untuk panduan sesiapa yang berhajat mencari pembantu rumah...
aku? buat masa ni tak perlu lagi kot...belum mampu lagi...

untuk zaman sekarang ni rasanya kena plus lagi satu kot... status mental... hihi...


p/s nak gi kerjakan laundry trip yang last...pastu kalau sempat nak uruskan gunungan baju...tetiba teringin nak buat projek kole kacang lak...eh mana satu nak buat ni???

Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Mieza Jhaa K berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nice sharing...lama xdtg blog akak ni.. hehe i'm back! O(∩_∩)O

Ummi Hanie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam...

first visit...

kami pun tak bebribik kak... pantang suami sy ada bibik2 ni..hee... lgpun, sy tak kerja... suami la yg byk mmbantu... anak 5 org ni ;)

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang no.2 dan 4 tu payah nak dapat.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq sudi singgah lagi...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

walaikumusalam.. terima kasih datang sini... akak yg pantang ada org lain dlm rumah..hihi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aah... sebab tu payah nak carik yang bertahan lama..