Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 1 Ogos 2013

Berbuka Puasa di Restoran Santai Kuantan

assalamualaikum semua,

baru isnin lepas kami berpeluang berbuka puasa di luar selain dari majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh jabatan baru ni...

kali ni sebab aku baru balik mesyuarat dari Temerloh... makanya dah buat keputusan tak nak masak dan kita makan kat luar...

dah lama teringin nak makan kat luar... dah tengok beberapa hotel di Kuantan... ada yang harga agak berpatutan tapi bila fikirkan harga yang masih agak tinggi bagi kami maka tergendala jugak akhirnya...

banyak pilihan kalau ingin berbuka puasa di hotel di kuantan ni...

antaranya Hotel MS Garden... tapi harganya tak tercapai akal kami ..hehe...RM75 dewasa dan rm45 untuk kanak-kanak.. boleh rujuk SINI ye...

Hotel The Zenith harga lagi buat kami tergigit lidah.. RM80 seorang dewasa...boleh tengok sini..

Hotel Rocana... RM50 seorang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak boleh rujuk SINI..

Hotel Mega View ... RM45 seorang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak..boleh rujuk SINI..

Hotel Sri Manja... RM55 untuk dewasa dan RM32 untuk kanak-kanak..boleh rujuk SINI..

Hotel Seri Malaysia... RM42.90 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak...boleh rujuk SINI..

Hotel De Rhu... tapi takde harga la pulak... boleh rujuk SINI..


bagi yang nak rasa buffet ramadhan nasi arab boleh berkunjung ke Restoren Dallah di Putra Square.. RM45 untuk dewasa tapi tak ingat berapa pulak untuk kanak-kanak..

dah banyak hotel kami mencari... tapi bila fikirkan belanja makan untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak menyamai harga makan kami untuk seminggu maka kami cari alternatif lain...

dan dah terpandang Restoren Santai ni dah lama... teringin dari tahun 2011 lagi.. sebelum bersalinkan si husna... tapi tak tercapai hajat...

dan kali ni aku mintak (paksa sebenarnya) shah berenti tepi jalan... aku nak ambik no telefon... dan berjaya...

aku try telefon pada hari jumaat tapi tak berangkat... waktu tu jam 3 petang... disebabkan aku jangkakan diorang sibuk untuk persediaan berbuka petang tu....jadi ambik keputusan telefon keesokkannya... hari sabtu pagi... masih tak diangkat... habis semua nombor aku telefon... dan akhirnya aku bagi sms pada semua nombor telefon yang tertera... haha.. ambik ko...

tak lama lepas tu diorang call balik tapi masa tu aku tengah sibuk-sibuk dengan anak-anak... aku call semula baru la diorang angkat... alhamdulillah dapat booking dan aku cuba booking tempat duduk yang boleh bersila... budak tu kata jauh sikit dari tempat buffet... dan terbukti bila sampai tempat yang di booking ditukarkan dengan tempat duduk bermeja biasa di sebelah dalam... takpe la dah sampai...mula-mula tu memang agak marah...

tapi ada hikmah rupanya... malam tu hujan lebat turun dan kalau kami duduk di bahagian luar dengan hujan....dengan anak-anak... nak ambik makanan pun susah... alhamdulillah ditentukan duduk di dalam... marah dah hilang masa hujan turun... terus sejuk hati...

makanan yang dihidangkan pun alhamdulillah... ada banyak pilihan untuk orang yang tak selalu makan makanan buffet macam kami ni.. tak la banyak macam di hotel tapi alhamdulillah cukup buat shah puas hati membayar... anak-anak pun suka...lega... lagi satu tak banyak nyamuk... hehehe...

ada macam-macam menu disediakan... nasi putih, nasi goreng, mihoon goreng, kerabu mangga, ikan bakar, kerang bakar, udang bakar, telur itik masak lemak cili padi, ayam masak merah, keli berlada, terung berlada, peria goreng telur, ikan patin masak tempoyak, daging goreng berlada, hati goreng berlada dan bermacam lagi la... ada 3 pilihan air dan juga ABC... bermacam kuih muih yang akhirnya kami tak boleh nak makan dah... kenyang.. tambahan ada surau yang disediakan untuk keselesaan pengguna... asing lelaki dan perempuan.. lelaki di atas dan perempuan di bawah... shah cuma komen satu je... surau lelaki tu pintu dia tak berapa sesuai..kena masuk depan orang yang tengah bersolat..

meh kita layan gambar nak?














bayaran yang dikenakan adalah RM30.30 bagi dewasa dan RM15.30 untuk kanak-kanak berumur dari 6-12 tahun.

boleh hubungi nombor di bawah ni untuk tempahan ye...

017-9860569019-9641204012-967998909-5342524


p/s macam nak try yang kat Seri Malaysia tu je la... menu dia nampak macam best...


ini adalah entry autopost... masa ni aku dalam perjalanan ke Putrajaya ye.. Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum
Salam ramadhan ke 23
singgah sini pagi ni :)

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menariksss...

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak pula, masa di Kuantan tu, makan di Swiss Garden. Sangat puas hati. Harga sama macam Rocana tapi lebih best berganda2 lagi. Tapi entry tunggu lepas raya lah jawabnya...hehehehe. Tgh pantang lagi nie. Pantang cerita pasal food tahun nie masa bulan poser. Hehehehhee. Kononnn jer kan.

Aida Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Boleh tahan juga ye harganya. Yang penting makanan tu nampak menyelerakan. Hehe~

Alin Marlini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

harga boleh tahan ek