Projek biskut raya lagi?

2:22:00 PTG

assalamualaikum semua,

aku baru je sampai rumah pagi tadi dari rumah mertua..alhamdulillah anak-anak seronok beraya di rumah mak tok dia...

pagi ni sesampai je tadi aku terus berebut masak nasi..buat nasi lemak dengan sambal tumis..rezeki syawal..

ni tengah projek menambahkan kuih raya yang dah abis...ada tinggal 2 jenis je kat rumah ni..yang lain dah licin...aku agih-agihkan ke dua-dua rumah orang tua kami...selesai..

plannya kami akan balik johor malam ni tapi mungkin akan tunda ke esok pagi atau petang...tengok keadaan lagi macamana cuti shah...aku memang dah confirm cuti mula hari ni..orang dah balik aku baru mula nak cuti..hehe...

doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan pergi dan balik ye..

ok jom sambung keja..lepas ni nak sambung kerja mendobi pulak ni...semput...

p/s rasa macam nak buat kuih semperit la sebab aritu tak sempat...agak2 sempat tak ye?

You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. Aduhai...akak kagum betul dengan Ita. Selamat beraya di kampung yer...

    BalasPadam
  2. moga perjalanan pergi dan balik beraya di kampung selamat hendakNYA.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini