Bila balik raya? - Cerita Ita                                                             Bila balik raya? Langkau ke kandungan utama

Bila balik raya?

assalamualaikum semua,

biasa tak dengar soalan macam kat atas tu bila nak dekat raya ni?

aku selalu nooo...tak pun soalan..
"bila mula cuti?"
"lama ke cuti?"

bila dapat cuti lama tentu dengan cerianya nak jawab soalan-soalan cepuemas macam ni kan?

tapi orang yang tak dapat cuti atau memang tak boleh cuti..korang rasa diorang rasa macamana? cer cuba jawabkan
....

bagi yang tetiap tahun cuti dia kena beku masa musim perayaan macam ni...dah mula akan tunjuk simptom-simptom seperti berikut:

1. muka dah tak berapa nak senyum di hari-hari akhir ramadhan..tentunya bukan sebab sedih ramadhan nak pergi tapi sebab dia confirm dah tak boleh balik beraya...LAGI!

2. selera dah tak bape nak ada lelagi la bila hidangan yang dijamu dah rupa hidangan ala-ala raya..macam rendang..ketupat.. kecuali dapat makan free..

3. muka dah macam nak meletop bila DJ radio pasang lagu raya kat radio...kiranya rasa dengar lagu je macam nak tarik-tarik radio tu..kecai-kecaikan la..

4. buat tak heran je bila kengkawan cerita dapat tukar duit baru untuk buat duit raya supaya tak dicaci oleh anak jiran sebelah pasal bagi duit lama.. kira dia macam dah takde feel tengok duit baru tu la..

5. buat dekkkk...atau donno je kalau ada yang sesibuk jual kuih..juah brooch..jual baju..jual tudung kat opis..

6. akan elakkan diri pegi pasaraya sebab kat situ adalah tempat paling happening di seluruh muka bumi Malaysia bila menjelang raya..

7. haaa..yg ni simptom paling teruk... kalau korang tanya gak soalan maut kat atas tu untuk golongan yang tak dapat balik beraya ni...ada yang mau makan penampar kot..tak pun kena marah sambil bising dengan soalan balas...

"KORANG NI DAH TAKDE SOALAN LAIN LAGI KE???"

hehehehe...hiburan semata-mata ok..tak semua orang yang tak dapat cuti jadi macam di atas...tapi jika ada salah satu tanda elakkan lah terus tanya soalan maut tu ye...

p/s kami mungkin balik johor pada 7 Syawal..ada yg tanya..tak kisah ke raya lama-lama kat umah mertua? hish...kalau saya tak boleh la..mesti nak balik beraya umah mak jugak seminggu pertama...utk soalan ni..jawapan dia...shah kerja la raya ni..jadi sebagai isteri yg setia ku setia menemaninya..huhu..tak sanggup ko beraya tanpa suami..

Ulasan

  1. oooooo, gitu cetenya. Shah keje apa, Ita? Mgkin Ita pnah cete dlm entry tapi akak tak.peraan kot

    BalasPadam
  2. oooooo, gitu cetenya. Shah keje apa, Ita? Mgkin Ita pnah cete dlm entry tapi akak tak.peraan kot

    BalasPadam
  3. hahaha...i luv cuti..

    BalasPadam
  4. Tak perlah Ita. Masih mood raya lagi tu.

    BalasPadam
  5. hi..selamat hari raya..visit me back..http://randsomana.blogspot.com/search/label/lukisan.^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum