sedapnya minum petang dengan kek marble dan laksa - Cerita Ita                                                             sedapnya minum petang dengan kek marble dan laksa Langkau ke kandungan utama

sedapnya minum petang dengan kek marble dan laksa

assalamualaikum semua,

hari ni sedap bersantai di rumah tak pergi mana-mana..

penat semalam rasa tak hilang lagi...ditambah penat makan...

hari aku tak masak apa-apapun selain lontong goreng tadi.. ni tadi aku belek-belek telur ada 3 biji je yang tinggal..nak buat kek marble resepi mak tapi telur tak cukup..terus buat keputusan buat separuh adunan je la..godeh-godeh dan jadi...alhamdulillah sedap macam mak punya jugak..

aku nak kongsi resepi tapi nanti la dulu ye...mata macam tak larat je ni...nak lelap kejap sebelum asar ni..dapat 5-10 minit pun jadi la...

laksa penang kat bawah ni ihsan akak ipar semalam...adik ipar dia ni tinggal panaskan je... hehe..sangat mithali kan?

p/s komen-komen korang mungkin tak boleh nak balas ye...guna henpon je pun ni...

Ulasan

  1. tabiklah..nak makan kek, terus buat sendiri. kalau kak le, terus start enjin kereta, hahaha...

    BalasPadam
  2. Salam..berziarah di sini..

    Lontong goreng belum pernah makan lagi, laksa goreng pernah rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la buat..respi kat sini http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2013/07/resepi-lontong-goreng-menu-bersahur.html

      Padam
  3. Aslmkum Rozita

    Slmt hari raya....maaf lambat kunjungan balas.
    nampak lembut kek marble itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam mamasya..alhamdulillah kek marbel mak memang marbeles... akan ada di koleksi cikta tak lama lagi..

      Padam
  4. tq nasuha...tapi mungkin tak sempat ni...line slow gila kat sini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum