Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 11 September 2015

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

assalamualaikum semua,

ni cerita seminggu lepas... aku teringin buat pau sardin... selalunya kalau beli mesti inti dia tak kick..kadang-kadang sardin sikit.. jarang-jarang jumpa yang inti sedap dengan penuh rasa sardin...selalunya yang jumpa tu intinya cuma bawang...alahai...

pau sedap
pau gebu


memula aku cari resepi untuk dohnya dulu... selalu jugak buat pau tapi selalunya bila dah sejuk mesti pau jadi keras dan tak best..kalau kukus balik pun tentu rasa dia dah tak sama macam mula-mula buat...

tapi kali ni hasilnya memang sangat cantik... dan semua orang walau malas nak menguli pun patut cuba...

aku cuba resepi dari Yatie Memories... tenkiu kak yatie...

meh aku share ye...

Resepi Pau Gebu

sumber : Yatie Memories

Bahan-bahan

# 1 kg tepung gandum
# 1 sudu teh baking powder
* 2 1/4 cawan air
* 11 gram yis segera (aku guna sepaket mauripan)
* 1 sudu besar gula pasir (aku kurangkan jadi 1/2 sudu besar je)
* 2 sudu besar susu pekat manis
* 1/2 cawan minyak masak
* 1 sudu teh garam (aku letak cuma 1/2 sudu teh garam)
* 1 biji telur ayam
pewarna hijau dan merah (yang ni aku tambah untuk warnakan kat atas dia
inti secukupnya (aku sediakan 2 inti - inti kelapa dan sardin kentang)






Cara-cara

1. Ayak bahan bertanda # ke dalam mangkuk besar dan ketepikan.

2. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau perlahan sehingga gula larut (aku guna sudu je)

3. Letakkan bahan yang dilarutkan dalam langkah 2 tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang diayak tadi.

4. Uli tepung sehingga boleh dibentuk.(aku tambah air sikit dalam 1/4 cawan lagi untuk dapatkan bentuk doh yang cantik).Pastikan doh korang dalam rupa boleh dicanai (agak kenyal).

5. Rehatkan doh selama 5 minit (aku letak doh dalam oven, tapi jangan hidupkan pulak ovennya) kalau takde oven boleh jugak guna kaedah tutup dengan kain lembap.

6. Mula bentukkan doh dan isikan inti ke dalam doh. Alas pau dengan plastik atau kertas sebelum meletakkan pau dalam loyang kukus. Rehatkan pau sehingga doh naik sekali ganda. (petua aku guna bila pau dah naik cantik licin gebu maknanya dah boleh dikukus)

7. Sementara tu panaskan kukus sehingga air betul-betul mendidih.

8. Kukuskan pau selama 7-10 minit dengan api sederhana kuat.

9. Pau sedia dihidangkan panas-panas..

pau gebu

ada yang tak reti cara nak buat inti sardin kentang tu?

pau inti sardin
meh aku ajarkan...ini cara aku la..yang senang dan mudah..tapi pada aku ok la rasanya... sebab anak-anak tak berapa minat lauk sardin tapi bila dijadikan inti macam ni laju je masing-masing makan...inti kelapa jadi tak laku la pulak..

Resepi Inti Sardin Kentang


Bahan-bahan

3 biji kentang (dikupas dan dipotong dadu)
1 tin besar ikan sardin (cuma ambil ikannya)
1 biji bawang besar (didadu)
2 biji bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
sedikit air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

1. Tumis bawang merah sampai naik bau. Kemudian masukkan bawang putih, halia, cili kisar dan serbuk kari. Tumis sehingga agak kering sedikit.

2. Masukkan kentang yang didadu. Masukkan sedikit air. Kacau rata dan tutup sekejap dalam 2-3 minit untuk bagi kentang empuk.

3. Lepas tu masukkan ikan sardin dan hancurkan dalam kuali. Kacau rata dengan semua bahan yang ada.

4. Masukkan garam, gula, ajinomoto dan tutup sekejap dalam 1-2 minit.

5. Buka penutup dan pastikan inti agak kering sedikit dan kentang sudah empuk. Rasa dulu sebelum tutup api.

6. Sejukkan dan sedia digunakan sebagai inti.

ok...sekarang kita tengok budak gebu pulak makan pau gebu.... hahaha....



baby comel makan pau ;)

semalam terasa nak buat sekali tengok-tengok mauripan dah abis...tangguh hari ni la jawabnya...


p/s baru senang hati tengok semalam dah cerah.. tapi hari ni tengok matahari menyeramkan la....merah menyala...Allahuakhbar!

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

blog usang berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya penggemar pau

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

meh la cuba buat blog usang... senang je tu..

Unknown berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ini untuk berapa kuih pau ye?

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Unknown
kena tengok saiz jugak kalau yang besar2 tapak tangan tu boleh dapat lebih kurang 40-50 biji jugak.

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak try tapi tak ada keberanian tkut pau tak baper nak gebu...hehe