Catatan terkini

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked

Imej
Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Assalamualaikum semua, sejak akhir ni biasa pulak dengar cerita best sana sini akaun WhatsApp kena hacked. Tapi bukanlah cerita best pun, tapi menakutkan adalah. Itu yang buat aku cari cara elak WhatsApp kena hacked tu.  Sebelum apa-apa berlaku baiklah ambik langkah berjaga-jaga kan? Pulak tu bila dah tengok macamana nak buat baru tau cara nak elak WhatsApp kena hacked ni senang je rupanya. Korang pun boleh buat sendiri punyalah. Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Ok mari aku ajar macamana cara nak buat. Biasa kalau dalam handphone korang mesti ada salah satu aplikasi WhatsApp ni kan? Atau ada dua-dua aplikasi pun ok je, Korang tetap boleh elak WhatsApp dari kena hacked.  Macam aku sekarang ni kebanyakan masa aku akan guna aplikasi WhatsApp Business. Tapi cara nak buat tetap sama macam guna WhatsApp biasa. Korang boleh baca nanti cerita best aku kenapa aku guna WhatsApp Business. Langkah Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Cara Elak

Berakhirnya sebuah perjuangan....

assalamualaikum semua,

semalam ada aku cerita pasal kami dah mula ajar hadi minum susu formula kan? di SINI

inilah cerita sedih yang aku nak ceritakan dalam blog yang pastinya akan memberikan kenangan buat kami...yang pastinya setiap kenangan tu memberikan pengalaman yang berbeza-beza...pahit manis buat kami terus harungi hidup dengan lebih baik di masa akan datang...insyaAllah...

aku dah mula merasakan stok susu hadi makin kritikal sejak sebelum bulan puasa lagi aritu...kalau nak diikutkan memang kami dah lama nak campur susu adik hadi tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat bila bualn puasa kekurangan stok bagai tak terasa... Allah permudahkan rezeki adik hadi...susu yang dipam mencurah dan cukup untuk kegunaan adik hadi walaupun cuma setakat pam hari ini untuk esok je....

dan ditakdirkan jugak adik hadi agak kurang menyusu dan banyak makan bila di sekolah... syukur...

tapi kita manusia memang hanya mampu merancang... Allah jualah penentu segalanya... ditakdirkan pada 30hb Ogos yang lepas aku kena demam teruk sampai menggigil seluruh tubuh badan... selimut dua lapis pun tak terasa... sejuk sampai ke tulang sum-sum rasanya....

dan puncanya dikenali pasti..aku demam bengkak susu.... patutlah hadi mula meragam pada malam kami nak gerak balik kampung aritu... dia bagai tak bagi aku lepaskan dia untuk buat keja-keja lain... nak bergayut je kejanya...

rupanya masa tu mungkin dah berlaku sesuatu menyebabkan puting tersumbat...dan malam Sabtu tu kemuncak akhirnya aku demam teruk... dan bermula dari tu jugak hadi pandai menggigit puting sampai luka dan menjadikan pengumpulan susu terus merundum...

aku diberi cuti sakit 3 hari minggu lepas...sakit tak terkata la...jangan kata hadi hisap... tersenggol badan sikit pun boleh rasa nak menangis... lepas jumpa doktor, doktor pesan suruh cari tukang urut... aku buntu jugak... mana nak cari tukang urut yang pandai?

akhirnya Allah beri jalan keluar lagi buat kami...kami terlupa temujanji adik hadi setahun untuk cucuk vaksin.. jadi kami pegi ke klinik untuk tukar tarikh... rezeki lagi bila ada nurse yang tau rumah tukang urut yang bagus... malam tu jugak kami pegi...

dan alhamdulillah... setelah dua kali berurut dengan tukang urut tu nampaknya aku makin pulih...banyak tips yang diberi oleh tukang urut..aku senaraikan ok...


Petua Untuk Mengatasi Bengkak Susu

1. Jumpa Doktor - doktor pastinya tau apa yang terbaik untuk keadaan anda. pastikan juga ianya bukan disebabkan oleh jangkitan.

2. Cari Tukang Urut yang bagus - penting sangat untuk melancarkan lagi susu dan kelenjar yang tersumbat.

3. Tuam dengan betul - mula-mula aku cuma gunakan beg air panas... tapai petua dari tukang urut mengajar aku.. beg air panas je tak cukup..kena demah(tuam) dengan halba. Cara-caranya... goreng 1 sudu halba dengan segenggam pasir (macam masak buat berangan) dalam kuali tanpa minyak sampai betul-betul panas. kemudian bungkus dalam kain dan ikat serta tuam pada tempat yang sakit sampai panasnya hilang. buat ulang-ulang kali.

4. Sikat Payudara - ini memang sangat-sangat membantu.

5. Legakan puting tersumbat dengan melalukan berus gigi pada puting - ini memang sangat membantu jugak! (aku ada demo dengan video untuk kefahaman lebih)



6. Teruskan bagi anak menghisap - selagi tak ada nanah keluar dari puting susu

7. Berdoa dan terus berdoa semoga Allah sembuhkan kita dan permudahkan urusan penyusuan anak kita.


sekian perkongsian untuk hari ni... doakan aku rajin update blog lepas ni ek... hehehe


p/s minggu lepas kami gi tengok wayang free... nak tau macamana? nanti aku cite eh...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

nak tau rahsia baju bau wangi dan tahan lama???

Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?