Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 17 Mei 2017

Resepi Kek Marble Mak Jemah

Resepi Kek Marble Mak Jemah

assalamualaikum semua, dah beberapa hari sejak aku tunjuk gambar percubaan menggunakan oven Faber baru yang aku beli dengan Lazada aritu kat IG dan FB aku ramai pulak yang mintak aku tuliskan resepi kek marble mak jemah ni.. jadi hari ni aku nak tunaikan janji yang aku dah buat kat beberapa orang dah ni.. adoi.. asyik la tak sempat nak menaip resepi Kek Marble Mak Jemah ni..




pertama sekali aku nak terangkan kenapa nama kek ni Kek Marble Mak Jemah ok.. kalau korang nak tau.. nama kek ni sebenarnya bersempena nama mak aku.. iaitu Mak Jemah atau orang panggil Mak Mah.. dan kek marble ni la yang aku kenal sejak dari kecik lagi tau.. memang legend kek ni.. kalau dulu asal ada je hari perayaan atau kena sumbangkan sesuatu untuk sesiapa saja mak pasti buatkan kek marble ni.. sebabnya bahan asasnya sangat senang dan tak memerlukan bahan yang sangat mahal.. terutama kalau tiba sambutan Hari Guru macam semalam tu kat sekolah.. kami kan orang susah.. jadi untuk sediakan hadiah buat semua cikgu memang sangat tak mampu la.. dengan sediakan kek kami boleh bagi semua cikgu makan.. jadi semua orang boleh dapat penghargaan yang sama.. walaupun mungkin tak sorang cikgu pun yang perasan sumbangan kek kami tu agaknya.. tapi aku sangat hargai usaha mak untuk penuhi hajat kami.. ala.. malas cerita la.. cerita pasal ni je mula la bergenang airmata.. 

zaman dulu mak cuma gunakan oven dapur arang je memula masa kami takde letrik.. lepas ada letrik mak guna oven yang moden sikit yang jenis bulat tu.. senang sikit la.. cuma masa nak bukak tu kalau tengah panas ovennya memang tak terbukak la.. hehehe.. kenangan betul guna oven tu.. sampai dah tercabut tangkai sebelah pun masih mak gunakan sebab nak beli baru tak mampu..


dan dengan kek marble ni jugak aku ada kenangan yang tak dapat lupakan bersama Azza adik aku.. masa tu dia kecik lagi.. aku tak ingat pulak aku umur berapa.. tapi dah sekolah menengah la masa tu.. eh ke angah dah masuk universiti dik? hehehe.. tak ingat pulak.. aku konon-konon nak buat la kek marble mak aku yang sangat sedap ni.. jadinya aku cuba-cuba buat.. dari resepi cuma guna 5 biji telur aku tambahkan jadi 10 biji telur.. apa lagi melimpah ruah hasilnya... hahaha.. membuak-buak kek keluar dari loyang dan akhirnya cuma tinggal sikit je dalam loyang.. huhuhu.. dan kami akhirnya dimarah mak dan kenalah cuci oven.. hahaha.. kenangan betul.. sampai sekarang boleh ingat.. sebab tu kalau sekarang anak-anak mengacau pun aku terpaksa layankan supaya esok-esok diorang tak jadi macam aku.. hahaha..

ok abis dah cerita sejarah kek marble mak jemah yang sedap ni.. meh baca apa resepinya...


Resepi Kek Marble Mak Jemah

Respi Kek Marble
Kek Marble Mak Jemah
BAHAN-BAHAN

5 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sndiri
1 sudu teh esen vanilla
300 gram marjerin
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko..agak2 la..nak pekat letak lebih..

CARA-CARA
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Putar putih telur dgn separuh gula sampai bertanduk (meringue)
3. Pukul kuning telur + marjerin + baki gula (a)
4. Ayak baking powder dgn semua tepung
5. Masuk tepung, esen vanilla, susu n bahan a dalam meringue
6. Kacau dgn senduk atau spatula sampai rata
7. Buat 2 bahagian, satu letak serbuk koko dan sebatikan
8. Sapu butter atau marjerin dlm loyang
9. Lapis adunan ikut kreativiti
10. Bakar dlm suhu 180°c-200°c dalam 30-40 minit..ikut saiz oven korang..(lagi besar oven lagi tinggi suhunya)


ada tips yang aku nak kongsikan ni tau.. Tips yang mak aku kongsikan.. Kata mak kalau nak buat kek ni, semua bahan jangan guna bahan yang berada dalam peti sejuk.. kalau nak guna jugak kena pastikan yang bahan tu dan dikeluarkan dari peti untuk sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum korang gunakan.. sila ikut petua ni untuk kek marble mak jemah yang sangat gebu dan sedap serta tak bantat ok.. kalau korang langgar jugak pastu tak jadi sila jangan salahkan aku ok.. hihihi.. selamat mencuba!



Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Eeca Shyaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

echa suka makan kek mcm ni. simple tapi sedap.

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah boleh lah ana cuba lepas ni kak. Nampak mudah tp jadi ke tak nanti tak tahu lah. :)

sha dhira berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih resepi. Nanti shad nak try but jugak..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mwrecik kak..nampak sedap..hehehe

Raihanah Ahmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh cuba resepi ni

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nakk..:)