Khamis, 16 November 2017

Kami ronda Ipoh!

Assalamualaikum semua,  cerita ni berlaku pada 2 bulan lepas.. nasib la kalau korang kata dah terlambat baru nak cerita.. tapi pada aku, aku tetap nak coretkan kat dalam blog ni.. sebabnya aku terkilan banyaknya kisah perjalanan kami sekeluarga yang tak sempat nak tulis pun sudahnya.. cerita kami ke Penang,  Muar,  Batu Pahat,  Cameron Highlands,  Lumut.. hish banyak rupanya yang tak tertulis..

Kami ronda Ipoh! 


asalnya tak tulis tu sebab sibuk dan ada je yang menghalang bila waktu nak menulis tu sampai dan akhirnya sampai ke sudah memang aku tak rasa nak tulis sebab dah terlampau lama terperap.. atas sebab tu jugaklah aku letak azam nak tulis semuanya walau mungkin ada yang berbunyi.. dah lama pun masih nak cerita lagi.. tapi apa boleh buat.. kadang-kadang itu je cuma masa tu je yang ada..  macam kali ni la.. cerita dah lebih sebulan berlalu.. baru la boleh ceritakan kat sini..

plan asalnya aku kena gi kursus di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh selama 3 hari.. masa ni kebetulan anak-anak cuti sempena Peperiksaan UPSR jadinya aku ambik peluang bawak anak-anak berjalan sekali la ikut aku pergi kursus di Ipoh.. kami bertolak hari Sabtu jadinya malam pertama tu kami menumpang tidur di rumah adik shah yang kami tak pernah jejak sebelum ni.. alhamdulillah akhirnya dapat jugak pergi.. dapat la jumpa budak comel ni sekali.. hehehe.. 





untuk malam kedua dan seterusnya kami cari penginapan yang dekat dengan VRI.. jadinya aku pun berangan nak booking la Hotel yang ada kolam renang.. puas mencari akhirnya dapat Hotel Seri Malaysia di Ipoh.. harga agak berbaloi untuk bilik dengan 2 katil besar masa tu cuma RM130.. aku booking melalui Traveloka tau.. ada aku pernah cerita dulu.. harga memang jauh murah kalau dibandingkan dengan harga kalau datang terus atau walk in atau harga guna harga untuk pegawai kerajaan..

tapi kalau nak diberi bintang.. dari 5 aku cuma mampu bagi 3 je la.. sebabnya keadaan biliknya agak lama dan suram.. karpet pun sedih je rupanya.. agak berbau jugak.. dan bilik airnya sangat la kecik.. cuma dia menang dari segi perkhidmatan tambahan untuk kolam renang dan makanan sarapan pagi dia yang sedap tu je la.. yang lain agak sedih.. lobi dia pun cuma setakat kaunter je.. kerusi untuk menunggu pun takde tau..

masa hari pertama sampai tu kami tak sempat ke mana-mana.. hari kedua tu baru dapat berjalan.. kami pergi banyak tempat jugak di Ipoh.. kami ke Kellie's Castle tapi kami tak masuk dalam pun sebab sekarang ni kalau nak masuk dikenakan tiket.. aku pernah pergi ke tempat ni dulu.. waktu masih belajar.. waktu tu masuk cuma percuma.. aku dah berpeluang masuk jadinya rasa macam takde apa sangat nak tengok kat dalam tu dan rasa agak tak berbaloi harga tiket masuk yang dikenakan.. jadinya kami cuma ambik gambar di kawasan sekitar tu je la..

kami di Kellie's Castle 







puas bergambar kami terus tuju ke destinasi kami yang lain.. disebabkan masa agak suntuk jadi kami set dulu perjalanan sebelum daftar masuk ke hotel.. kami set nak pergi ke pesta durian di Amanjaya.. nak ke Taman Herba.. dan nak ke Stesen Keretapi, Muzium Teh dan jugak nak melawat Muzium Negeri di Ipoh dan tak lupa nak pergi ke Taman Rekreasi Gunung Lang.. Alhamdulillah kami berjaya pergi ke semua tempat tu walaupun makan masa 2 hari jugak la.. termasuk hari kami nak balik tu.. nanti aku sambung semula cerita di tempat lain tu ya.. 


Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Kaklong Chan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sama la. Banyak kisah vacation tak tertulis kat blog. Kaklong ni jenis malas upload gambar. Huhu..

Nanti sambung tau.

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seronok anak anak dpt berjalan jalan....

Cahaya Hayati berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah bestnya jalan-jalan. kami tunggu cuti sekolah nanti..

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jalan2 perak..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best kan.. pergi mana2 pun mesti best asal dgn famili

Cikgu Bada berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya bercuti

Puan Wawa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnyaa jalan2. aritu ada terbaca juga blogger pergi kellie's castle

Kin Naz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Banyak lagi tempat menarik di perak ni. Kalau nak pergi dua tiga hari memang tak sempat.

Tunsha Ayunie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pernah ke kellie castle tapi hanya bergambar diluar. Musim cuti sekolah ni seronok anak2 bercuti :)

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue tulis je Ita walau dah lama sebab nanti bebila boleh baca balik kan, kenangan kita jalan-jalan sekeluarga.. Kak Sue belum pernah pergi Kellie Castle, pernah lalu je kut.. teringin nak singgah..

Maria Firdz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Syoknya jenjalan....

aRzMoHa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya jalan jalan...simpan kejap mood berjalan bulan 12 nanti baru nak pi melaka...kelly castle pun tak sampai lagi