Jumaat, 24 November 2017

Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah

assalamualaikum semua,  semalam sekolah kakak husna ada buat jamuan akhir tahun.. jadi aku dengan shah rancang la nak bagi dia rasa ada sambutan kat sekolah dengan kawan-kawan.. bukan tak pernah sambut dengan kawan-kawan tapi sebelum ni cuma sambut kat transit je.. itu pun dah agak lama dah.. jadi bersempena tahun ni tahun akhir kakak kat tadika sebelum masuk sekolah rendah nak la bagi dia peluang sambut dengan kawan-kawan sekolah.. hari lahir kakak husna sebenarnya bulan depan.. 11.12.11.. tapi setiap kali nak tunggu tarikh yang betul mesti tak dapat nak sambut dengan kawan-kawan.. jadinya kami nak awalkan la sambutan ni..

sambutan hari lahir
Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah


disebabkan rancangan kami agak mengejut kami cuma beli je kek kat memana kedai yang masih bukak malam kelmarin.. dalam keadaan hujan gerimis malam tu keluar jugak la nak carikan kek untuk kakak.. tapi bila sampai kedai kek tu, rancangan nak beli satu kek tetiba pulak berubah jadi dua kek.. dah bertambah la pulak.. ni semua gara-gara adik hadi nak potong kek jugak.. dan sebab aritu pun memang takde lagi meraikan hari jadi adik hadi secara rasmi maka beli la jugak satu lagi kek.. adoii.. 

ini kek adik hadi.. masih ada baki dalam peti.. 

sukanya adik hadi..

yang coklat atas je tu licin..


terpaksa pulak dah malam-malam kami pulun potong kek.. abg long takde dalm gambar pasal dah selamat dia tidur pun.. suka sangat adik hadi.. dapat menyanyi lagu selamat hari jadi dan ntah berapa kali tiup lilin ntah.. sampai tangan aku dah naik pijar sebab tekan lighter tu banyak-banyak kali.. mana taknya ada 3 orang anak yang sibuk nak tiup lilin sama.. lepas adik kakak pulak lepas tu abg ngah.. berulang-ulang sampai suruh berhenti.. hahaha.. bale kata abg long.. nasib la nak.. janji memasing gembira..

dan semalam pagi kami bawakkan jugak kakak husna kek untuk dia sambut hari lahir dia kat sekolah tu.. sebelum tu pagi-pagi sibuk nak pakai baju cantik kasut cantik sebab cikgu yang suruh katanya.. ikutkan je la.. siap cari tudung cantik nak sarung sekali.. inilah hasilnya.. kena gambar selfie dengan ummi dalam kereta..macam wajib pulak dah.. hehe

ayah kata senyum kami sama.. hihi

cikgu akhirnya bagi gambar kakak potong kek tu kat sekolah.. malu-malu pulak kakak.. alhamdulillah dapat jugak tunaikan permintaan kakak untuk sambut hari lahir di sekolah dengan kawan-kawan.. inilah nasib anak yang lahir bulan 12 kan.. asal sampai hari lahir je sekolah dah selamat cuti dah pun..

sukanya kakak husna

Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah 

Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah 


Ceritaita

Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok Kakak Husna dan Adik Hadi ya.. Kak Sue nie pun dulu macam tu juga masa anak-anak kecik lagi. Gigih buat goodies bag bagai.. Sekarang jarang dah beli kek, makan kat luar atau masak dan beli apa hadiah yang depa nak.. tapi yang mampu lah. Buatnya mintak hadiah yang mahal, jenuh.. hahaha..

Marshalizadotcom berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah sedapnya kek kakak...aunty nak siketttt!!

sofea effendi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah gembira adik hadi & kakak husna ya. Selamat Hari Lahir semoga jadi anak anak soleh solehah syg. Sedap ya kek, potong sikit bagi aunty Sofea sikit hehe

Next year kakak husna dh standard 1 wish ur all happy cuti sekolah ni :)

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok kak dpt sambut besday dekat sekolah dgn kawan2. Ana yg dh tua ni kalau dpt sambut dgn kwn2 pun happy sgt dah. Hehe. Lain feeling dia.

Sanah helwah buat adik adik. Semoga menjadi anak soleh solehaj yg berjaya di dunia dan akhirat.

Cahaya Hayati berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy belated besday kakak husna dan adik hadi. semoga sentiasa berjaya dunia dan akhirat.

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy belated birthday kakak Husna

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alolololo.. dah besar dah kakak husna ye.. hee~ semoga jadi anak solehah ya.. penenang hati ibu ayah..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sanah helwah kakak husna semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah ye. Comel je adik Hadi nk kek juga ye cayang

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy Birthday, girl ;)