balik johor... best...sejuk je... - Cerita Ita                                                             balik johor... best...sejuk je... Langkau ke kandungan utama

balik johor... best...sejuk je...

salam semua,

jumaat malam sabtu lepas kami balik kampung kat johor... kami gerak dari sini pukul 8 lebih malam....
sepanjang jalan abg long asyik tanya je bila nak sampai rumah tok wan... dia dah rindu la tu... sebelum ni pun asal pergi jalan jauh sikit je dari rumah mesti dia tanya nak balik rumah tok wan ke? pandai rindu dah budak ni...

kami sampai kat rompin berhenti rehat kejap pasal kami dah tak larat dah... penat sangat rasanya.... anak2 dah selamat tidur... tinggal shah je sebenarnya.... aku pun dah selamat tidur.... hehe.... shah dah tak larat dah nak bukak mata... lepas tu aku cakap kalau dah tak larat elok la berhenti rehat.... masa kami berhenti kat depan kfc rompin tu jam dah pukul 10.30 malam.... baru je nak lelap mata tetiba je ada call.... mak call dari telefon andak... tanya dah sampai mana.... aku cakaplah baru sampai rompin.... terus ada suara mak dari jauh... oooo... jauh lagi tu.... pastu aku kata tunggu je la kami sampai pasal mata aku masa tu dah macam dijahit2 dah... tak larat nak jawab telefon pun dah....

sedar2 je aku tersedar sebab rasa nak terkucil.... tengok2 jam dah pukul 11.30 mlm.... lama jugak kami tertidur... dekat sejam... terus kejut shah cari tandas... nasib sempat kejar tandas kat pam minyak petronas sebelum dia tutup...jarang kami tidur tengah jalan sebenarnya... seingat aku semenjak kami kahwin masuk ni baru kali ketiga kami berhenti tidur tepi jalan.... selalu kalau shah larat dia memang malas nak berhenti pun...sampai cepat boleh terus rilek....

kami sampai kat kluang pukul 1.45 pagi... mak abah dah tidur cuma yang tinggal alang, uda dan adik je yang masih berjaga... anak2 pulak sampai je rumah atuk dia terus semua bangun dari tidur... adik najmi tersipu2 orang usik2 dia.... malau2 segan2... tapi bila abah keluar dari bilik je dia nampak abah je terus merangkan laju pergi ke abah.... memang budak kecik ni rindu dengan atuk abah dia...

malam tu kami tidur lena sebab kat rumah mak ni sejuk je..... best....

ada satu kenangan yang best untuk dikenang balik kali ni.... "abah mandikan adik najmi dalam sinki"
kalau korang mesti pelik kan...nape nak kena kenang.... bukan sebab adik mandi dalam sinki... tu dah biasa... yang ni mesti kenang sebab... abah aku anak pun dia tak pernah mandikan tau.... tapi tetiba je mandikan cucu.... record ni wei....mak pun pandang cam tak percaya je....
siap mak cakap lagi..... amboi kalau dengan adik najmi.... semua boleh.... hahaha.... mak tak puas hati tu...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum