Update rumah part 2 - Cerita Ita                                                             Update rumah part 2 Langkau ke kandungan utama

Update rumah part 2

salam semua,

kali ni aku nak cerita pulak belanja kami beli lampu..... semua belanja yang kami beli total untuk satu rumah termasuk 8 biji kipas adalah... jap2... aku kena tekan kalkulator jap.... haaa... rm3460... fuh ni belum abis beli lagi tau.. belum belum downlight dalam 13 biji lagi... waa.. itu je dah ada la rm150 lagi... banyaknya belanja kan.... nak pengsan kejap....

lepas tu kami ada la tanya2 kat kawan dengan kedai berapa diorang kira untuk upah... kami tanya 2-3 orang kawan... untuk downlight saja diorang ambik rm35-rm45 untuk satu lampu... dahsyat kan? baru satu lampu... kalau ada 15 biji? bape dah tu kan? untuk lampu cantik2 diorang tolong pasang dengan harga dari rm5-rm15 satu.... kipas lak kalau ada besi cangkuk diorang ambik dlm rm20 ... kalau takde besi dan kena tarik panel dalam rm70 satu panel... perit je dengar... tu baru upah...

last2 kami duduk bincang macamana nak settle... last2 uda aku kata baik buat sendiri... dia siap suruh kami bawak drill along yang ada kat rumah abah dengan dia bagi 2 downlight yang ada lebih kat rumah abah... shah pun kata kita buat slow2... nanti dia belajar dekat kawan2 mana2 yang boleh ajar.... memula shah start pasang lepas balik kerja selasa lepas sampai pukul 2 pagi dia balik rumah.... lepas tu semalam dia off jadi boleh kerja sepanjang hari kat rumah.... jadinya mana yang boleh shah buat sendiri dia akan buat mana yang mana tak terbuat kami akan upah... jimat sikit....

ni la hasil kerja shah yang penat lelah selama 2 hari ni...

 ni kat hall bawah...

ni lampu yang memula shah pasang...mentol kami cabut balik..

ni la hasilnya... yeah!!

 kat garaj


ni pulak muka anak2 yang setia menemani....

p/s abang, ita bangga jadi isteri abang....terima kasih bang...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...