cerita JB yang tertangguh... - Cerita Ita                                                             cerita JB yang tertangguh... Langkau ke kandungan utama

cerita JB yang tertangguh...

salam semua,

kali ni aku nak tulis entry cerita pasal JB yang tertangguh tu....

kami bertolak 18hb dalam pukul 10 pagi... terlebih sikit la.. dah dekat pukul 11 pagi sebenarnya... sampai kat rumah mak dah pukul 5.30 petang...

lepas tu kami tinggal anak2 kat rumah mak untuk beberapa hari tu sebab tak tak mahir jalan kat JB... malam tu lepas maghrib kami bertolak.... sangat pelik sebenarnya... cuma bersalam2 je.. takde sesi babai2 seperti biasa macam kalau nak pegi mana2 tu... sebabnya mengelakkan anak2 menangis nak ikut sama.. abg long ok lagi.. sampai rumah atuk wan dia dah sibuk cari PSP pokde... masa tinggal pun tengah sibuk main game...

abg ngah je la yang paling kami risau.. takut nangis nak ikut....lagi satu abg ngah ada ulcer kat lidah dia... besar punya... dia tak menyusu botol sejak petang balik dari taska sampai la kami sampai rumah mak... balik tu kami singgah pekan cari gel untuk sapu kat lidah dia tu... dapat la gel ni.. ORREGEL.. ada perisa anggur.. memang khas untuk budak2 yang nak tumbuh gigi atau ulcer.. sapu kejap baru dia leh makan dan minum dengan senang.. itu pun masih taknak menyusu botol lagi.. kami belikan air soya kotak je buat bekal sepanjang jalan.. nasib boleh minum..setiap kali tunjuk botol susu dia tunjuk lidah dia.. kesian...

baru je keluar lebuhraya air hitam menghala ke JB aku dah risau... sunyi gile dalam keta tu rasanya.... takde dengar suara bebudak... pelik tau... mula la ada cerita pasal anak keluar dari mulut kami berdua.. kalau ada abg long ni... kalau ada abg ngah ni... sudahnya kami tak singgah memana pun terus direct ke JB.. sampai kat area mana ntah aku call rumah mak tanya khabar anak2... masa tu dalam pukul 9 malam dah... mak kata diorang ok je.. tengah main2.. lega sikit hati aku...

sampai JB kami survey harga hotel dulu... cari mana yang ok.. sebenarnya kalau tengok harga macam nak duduk kat Hotel Citrus.. officemate kata ok... tapi bila tengok parking cam susah je last2 kami pergi ke Hotel New York... rate biasa dia dalam RM210.. government rate dapat la RM170.. ok la tu kena tambah lagi RM10 dari peruntukan... yang penting makan dia sedap... hehe... dan parking pun senang...gambar hotel nanti2 la aku masukkan... dalam nikon la pulak...

audit selamat sampai hari yang kedua... letih nak cari salah orang.. hehe...

hari kedua tu lepas shah check out dan ambik aku kat makmal JB kami balik ikut kota tinggi... cadangnya berangan nak makan belangkas tapi bila sampai kat Restoran Belangkas Mahkota tu... sedihnya dimaklumkan belangkas dah abis... pasal aku mengandung kan.. pekerja tu terus tanya nak jari2 dia tak sebab itu je yang tinggal... aku taknak pasal aku teringin nak makan telur dia yang sedap tu... terus kami balik lepas ambik no telefon tokey kedai tu... sesiapa yang teringin nak makan email kat aku kat rozitaabdrahman@yahoo.com untuk dapatkan no tepon tu ye... korang leh booking dulu sebelum pegi... tak lah terkilan cam aku ni... sudahnya kami makan McD je petang tu...

diorang suruh datang esok.... kami tanya lak hari apa dia tutup... hari ahad dia tutup.. lain2 hari dia bukak.. cuti am aku tak pasti... sebab shah kena balik kerja jumaat tu maka kami buat keputusan nak datang balik sabtu atau isnin...

alamak ada sampel lak... nanti aku sambung ek....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum