kesian abg ngah.. maafkan ummi ye nak.. - Cerita Ita                                                             kesian abg ngah.. maafkan ummi ye nak.. Langkau ke kandungan utama

kesian abg ngah.. maafkan ummi ye nak..

salam semua,

aku ni tetiba je muncul dan nak buat cerita sedih kan?....

sebenarnya kejadian ni jadi minggu lepas lagi tapi belum berkesempatan nak cerita kat sini...

alkisahnya hari rabu lepas shah kena ot malam... jadi seperti biasa aku kena handle anak2 sorang2 kat rumah.. shah gi keja dalam pukul 7.30 malam, lepas maghrib...

dipendekkan cerita balik dari kerja tu aku siap dah masak2... lauk sardin semalam yang aku panaskan.. dengan bubur nasi.. untuk anak2 aku dah siapkan sup bebola.. shah gi kerja tu aku tak sempat nak makan lagi... aku pun makan la lepas shah selamat keluar... masa ni abg ngah tengah sibuk2 keluarkan kereta tolak dia... dia tengah sibuk2 main kereta tolak... aku pun rebut2 makan sebelum solat maghrib... makan laju2...

tetiba anak bertuah ni datang dengan kereta dia.. siap cakap lagi... "Nak...nak..." aku pun suap la sikit kat mulut dia bubur nasi... sebenarnya dia dah selamat makan masa ni ok... saje je dia ni memang kalau tengok orang makan dia sibuk...

lepas suapan kedua.. aku terus laju2 suap mulut aku lak...mak pun sama lapor ko... tetiba aku tengok dia dah berdiri atas kereta tolak dia... dah nak bergerak kedepan dah masa ni.. depan tu ada kerusi makan sebab aku makan kat meja makan...

maka aku, dengan sepantas kilatnya.... terus lepas sudu kat tangan dan capai anak bertuah aku tu... tapi sayangnya kuku aku jari tengah tangan belah kiri ntah macamana tah leh tercakar pulak kat muka dia.. dah la shah pun cakap kuku aku kalau tak panjang pun keras ok... tercalar la bawah mata anak aku sorang tu.... nasib tak kena mata... kalau tak aku tak dapat bayangkan apa terjadi tau...

lepas tu terus aku buat susu untuk dia... pujuk bagi dia berhenti menangis... dan aku pun tinggal terus mangkuk bubur tu gi sembahyang... lepas sembahyang aku terus tak cuit dah.. hilang selera...

budak kecik tu pun selalu lepas susu dia datang kacau aku sembahyang tapi kali ni tertidur terus... kesian abg ngah...

korang tengok la penderaan yang ku lakukan.... waaaa....

 tertidur lepas letih menangis...

aku close up bagi korang nampak luka bawah mata dia tu... melecet la sikit... (hantar gi sekolah semua cikgu dia tanya kenapa.. wah... betul2 rasa cam dera anak tau....)

maafkan ummi ye nak... ummi betul2 tak sengaja... ingatkan elak kena kerusi makan rupanya kena pulak kuku ummi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum