dah selamat dah ic kami... - Cerita Ita                                                             dah selamat dah ic kami... Langkau ke kandungan utama

dah selamat dah ic kami...

salam semua,

hari sabtu lepas kami pergi la menjalankan misi membuat ic baru kami kat Jabatan Pendaftaran Negara Kuantan..

kami sampai kat situ lebih kurang pukul 12 tengahari la camtu... itu pun setelah disahkan melalui telefon dulu yang kaunter diorang bukak setiap hari sabtu dan ahad sampai pukul 2 petang...

sampai je aku terus ambik borang dan isi... masa tu anak2 dengan shah.. sibuk diorang ronda semua kawasan...
nampak tak ic kami kat atas tu?... ic shah la paling teruk.. dah siap terkopak2...
ada lagi tu nampak tak bil api tu.. aku siap bawak sekali pasal kak anita kata kena untuk bukti..

borang senang je.. satu muka surat je...selamat part tu aku ambik nombor giliran...dapat 4046.. masa tu nombor yang tengah berada di kaunter tu 4036.. kira dalam sepuluh orang la kan...

pastu kami pun duduk kat sini untuk tunggu....






 tengok la tu... rata ko dia berjalan.. sampai celah kerusi pun dia masuk..

shah bawak abg long ke bilik air masa ni... jadi abg ngah la yang meronda dan mengukur keluasan opis JPN ni...

nombor bergerak sangat cepat ok... lepas ambik semua detail kena pulak tunggu kaunter untuk ambik gambar... kami siap semuanya dalam 1 jam je.. jam 1 lebih kami dah selamat keluar...sangat bagus kan servis dia...kalau bagus aku memang suka puji dan rekemen... cuma satu je aku nak komen... jalan masuk tu... pejabat tu dah la kena naik bukit... jalan dia pulak tu tar semua tu sampai ke bawah... kalau ada tangga aku tak kisah la.. bahaya wooo orang ngandung cam aku ni bila turun bukit tu... kalau tergelincir.. naya... terus masuk hospital kot...

gambar ic baru tu aku rasa aku taknak letak sini la... apasal? hehe... muka aku dah cam orang terperanjat dah... muka shah lak berkerut dengan kolar baju yang tah apa2.. hahaha... kalah pelarian punya gambar dah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum