sambungan cerita JB lagi... - Cerita Ita                                                             sambungan cerita JB lagi... Langkau ke kandungan utama

sambungan cerita JB lagi...

salam semua,

korang dah makan? dah kenyang? alhamdulillah...

saje je aku tanya pasal entry aku lepas ni pasal makanan pulak... karang kalau ada yang belum makan dan terasa lapar pasal tengok makanan ni semua salahkan aku pulak kang... senyum je ok...

ni cerita pasal malam last kami kat JB dan sesi makan2 selepasnya...

malam terakhir kami kat JB tu kami keluar cari baju shah paal bawak cuma 2 helai je.. ronda2 la sekali kat JB ni.. kami terus jalan2 kat Danga Bay... sorry takde gambar best pun pasal aku rasa macam takde yang menarik untuk diambil gambar... cuma gambar ni je yang ada...


parking pun teruk semacam je... kami singgah je kat sini...

lepas tu pusing2 kat medan selera gerai steam boat kat taman merdeka... yang ni menarik... banyakkkkk gerai steamboat kat sini.... pasal kami datang tadi dah lepas makan maka kami tak singgah... tapi ramai orang yang makan kat sini... harga pun aku tak pasti la... gambar pun snap dari atas keta je... alamak dalam nikon lagi la...

lepas tu terus kami pergi beli baju... sebelum tu aku nak cerita kami pegi makan kat sini....Season's...



sebab apa? pertama pasal mall ni dekat dengan hotel... kedua pasal dia ada potongan ni... 36% off untuk weekday untuk main course/ pasta...



aku try menu ni... black pepper seafood spagetti....



sedap cuma rasa cendawan dia tu ada bau kerdas sikit... aku dah la tak makan benda berbau camtu... adeh...

shah lak try ni.... fish fillet spagetti... pasal dia nak yang pedas...



fillet dia tu cam jemput2 ikan.. tapi sedap... dan memang pedas jadi shah puashati...

opss lupa lak... air yang kami minum....



puashati.. gelas besar dan air banyak.....huhu....

tapi memang puas hati jugak la... semua kami makan tu siap gov dan servic charge tak lebih RM20 pun tau... untuk 2 orang... dan yang penting saiz hidangan dia besar dan berbaloi... jauh beza dengan hidangan kat Pizza Hut atau Secret Recipe... diorang ada jugak jual kek tapi aku tak try pun... perut dah full...hehe...

p/s sebelum makan ni shah pulak yang ingatkan aku untuk ambik gambar... hehe... dah selalu noo bini dia ambik gambar sebelum makan kan... aku gembira hidangan besar tapi sudahnya shah kena abiskan aku punya... hihihi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum