East Coast Buffet Steamboat Kuantan - Cerita Ita                                                             East Coast Buffet Steamboat Kuantan Langkau ke kandungan utama

East Coast Buffet Steamboat Kuantan

salam semua,

gambar ni masa kami pegi makan minggu lepas sebenarnya... lambat lak nak tepek kat sini...

aku dapat tau tempat ni dari internet dan kawan kat opis ni yang pergi...teringin nak pegi bulan puasa lepas tapi fikir2 balik cam tak berbaloi je kami nak pergi... ye la bulan puasa kami makan simple2 je... macam membazir pulak kalau bayar benda2 buffet ni... sampai ada kawan opis kata aku berbuka cam orang minum petang je... hehe.. punya la simple...janji perut kenyang kan...?
 tengok tu tekunnya makan....

licin pinggan abg long... dia makan bola2 je...

adik dah kenyang masa ni... leh ronda2... asyik main sudu je..

bayaran untuk tempat ni... RM22 Dewasa dan RM14 Kanak2...

makan pulak semua disediakan dengan buffet... ambik je la apa yang korang nak... dia buka dari 5 petang sampai 11 malam kalau tak silap... siap ada air teh cina free sejug dan aiskrim juga buah dan kek pisang untuk pencuci mulut...

disebabkan anak2 tak suka teh cina termasuk shah sekali diorang gi ambik pulak 2 air tin... yang ni kena bayar lain...

berbaloi la kalau korang suka seafood.. leh makan puas2.. kami jenis tak makan banyak kot.. lagi pun dah petang kalau dia bukak tengah hari aku rasa ok kot.. betul tengah lapar...

kuah sup dan tomyam dia aku rasa cam kurang sikit la... lebih sedap yang johnny punya.. diorang punya kurang kick sikit... tapi sebab melayu aku support lebih! hihi...

kami kena bayar semua dalam RM46++ kot.. aku tak ingat.. tapi abg long masih dapat makan free.. itu yang buat ummi dia tak berkira sangat tu...

p/s kalau datang sini jangan tamak nak ambik semua pasal kalau tak abis kena bayar RM6 setiap 100 gram tau.. ini untuk mengelakkan pembaziran.. bagus..bagus...

ni untuk sapa2 yang teringin nak pegi...LINK DIA DI FACEBOOK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum