Merajuk dengan anak - Cerita Ita                                                             Merajuk dengan anak Langkau ke kandungan utama

Merajuk dengan anak

 Merajuk dengan anak


Assalamualaikum semua,  tengok gambar mesti pelik kan? Merajuk? Merajuk dengan siapa kan? aku sekarang ni tengah merajuk dengan anak-anak.. 

Merajuk dengan anak


Tadi aku balik tengahari sebab petang tadi ada temujanji di klinik pergigian.. lama dah aku tempah tarikh temujanji tu.. dari bulan 12..


Tapi sampai-sampai je rumah.. kakak husna tunjuk screen laptop yang dah retak seribu.. kakak mengadu kata abg chik baling botol hand sanitizer kat laptop.. 


Bila tanya kenapa laptop terbukak kat bawah tu.. boleh pulak kakak jawab sebab dia nak tengok cerita.. padahal ayah dia elok suruh diorang ni lipat kain baju sebelum pergi ambik aku.. 


Bila tanya lagi.. orang tu tuduh orang ni.. orang ni menyalahkan orang tu.. aku tak larat dah nak fikir..  jadi serabut pulak.. 


Letih bila balik kerja tu terasa sangat bila sampai rumah ada benda yang tak kena anak-anak buat.. terutama bila ianya libatkan kos nak baiki dan seumpamanya.. 


Aku mesej kedai laptop tadi.. tanya anggaran kos baiki dan tempoh nak buat.. dia anggarkan dalam RM380 ke atas kosnya.. boleh siap cepat atau sebaliknya tengok pada alat ganti.. 


Aku dah terdiam.. sebab minggu ni jugaklah nak kena bayar buku-buku sekolah.. minggu ni jugaklah nak selesaikan kerja kat Labis yang buatkan aku kena bermalam kat sana.. belum lagi tengah susah hati mesin basuh rosak.. asyiklah kena mengulang ke dobi.. syaitan dah sesiap tiupkan marah dalam hati dari tengahari tadi.. 


Aku abaikan kejap aku pergi temujanji klinik sekejap tadi.. balik dari temujanji klinik.. aku boleh rasa hati aku masih marah.. aku ni sejak masuk umur 40an dah malas nak marah macam orang gila.. aku banyak diam.. 


Itulah jugak yang aku buat.. aku diam je.. malas cakap apa-apa.. ada pun ayat aku tadi dekat anak-anak.. rosakkan je la apa benda pun yang boleh rosakkan kat rumah ni.. orang kat rumah ni kaya-kaya semuanya.. mudah je nak dapatkan apa-apa.. 


Lepas aku cakap.. aku masuk bilik dan berkurung terus sampai malam ni.. aku keluar kejap je tadi nak minum.. makan pun tak.. entahlah rasa takde selera bila dikenang-kenang.. sedih pun ada.. 


Kadang-kadang terfikir gak.. tak boleh ke cakap elok-elok tanpa merajuk dengan anak-anak.. dulu aku jenis cakap elok-elok tapi nampaknya tak berapa jalan.. bila aku merajuk anak-anak jadi lebih baik.. diorang lebih faham yang aku marah.. mungkin sebab masing-masing dah makin besar.. 


Tapi sebenarnya aku terasa kecil hati.. sebab puas aku ajar anak-anak hargai sesuatu.. tapi selalunya mereka tetap tak hargai.. lain benar dengan aku zaman aku kecik-kecik dulu.. kalau dapat sesuatu aku memang hargai sangat-sangat.. 


Mungkin jugak sebab mereka rasa mudah nak dapat sesuatu agaknya.. jadi perasaan nak hargai sesuatu tu jadi kurang.. aku tau kalau aku ada terasa kecil hati.. boleh jadi berdosa kat anak-anak.. tapi entahlah.. 


Aku maafkan sebab benda dah jadi.. tapi sedih tu tetap ada la jugak.. di samping memikir manalah nak tampung kos baiki tu lagi.. tak baiki tak boleh jugak.. sebab itu keperluan dalam rumah ni.. keperluan kerja jugak tu.. 


Korang bantulah aku.. apa aku buat ni salah ke?  apa patut aku buat lagi nak bagi anak-anak faham dan lebih menghargai apa yang disediakan untuk mereka? 


Ceritaita

Ulasan

  1. Banyakkan bersabar puan. Insyaallah, mereka tak buat lagi.

    BalasPadam
  2. Ammi pun pernah merajuk dengan anak-anak dan ammi buat silent treatment atas sbb macam ni lah. Bagi barang tak jaga elok2...campak sesuka hati. Handphone sesedap rasa je letak atas karpet pastu terpijak.

    Dah cakap ammi balik kerja taknak ada sebijik cawan pun dalam sinki...sudahnya dalam sink kosong tapi berbaris cawan kat meja makan. ishhhhhh

    BalasPadam
  3. ada masanya mmg kesabaran kita menipis. bagus juga bila anak2 jelas faham yg ummi dia tgh marah. dengan cara tu la diorang akan berubah. tapi ummi jgn merajuk lama2 tau. selepas merajuk terngkan kat diorg apa yg sepatutnya kena buat biar diorg ingat..

    BalasPadam
  4. Kadang bila kita letih memang lebih emosi. Tak apa lah ambik masa sekejap untuk sejukkan hati, nanti boleh terangkan semula pada anak-anak kenapa Umi terasa hati dan merajuk.. InsyaAllah, anak-anak akan paham Ita..

    BalasPadam
  5. Akak x pernah alami dengan anak...so far alhamdulillah tapi akak lalui bersama Pak Zain...ikutkan dia selalu rosakkan barang kat rumah tu...dia sangat kasar...baru ni toilet...tangki toilet tu rosak..lepas satu- satu, mula- mula mesin basuh..nak repair kos memang la mahal dan for sure akak yang tanggung...ikutkan memang pedih dan sakit hati...tapi akak buat silent treatment lepas akak dah repair dan bayarkan..pas tu akak pesan kat Mak...bg tau abah lepas ni rosakkan la apa aje dalam rumah ni..anak abah ni kerja memang gaji 10K sebulan...hahaha...ikutkan dosa kan tapi itu la cara untuk dia lebih menghargai barangan yang berharga.yes..Siletn treatment adalah yang terbaik...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat