Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami - Cerita Ita                                                             Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami Langkau ke kandungan utama

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami

Assalamualaikum semua,  dah masuk 13 Ramadan hari ni. Sekejap je masa berlalu. Biasanya kalau dah dekat-dekat pertengahan Ramadan ni antara rutin yang aku buat ialah buat kuih raya pertama. Semangat pulak tahun ni, jangan tak jadi raya sudahlah hahaha.




Biskut Mazola Kuih Raya Pertama Kami 


Kuih pertama yang jadi pilihan tahun ni kuih nostalgia yang wajib ada kat rumah mak aku sejak zaman kami kecik-kecik dulu. Stail mak aku dulu buat kuih senang je, mak sedia doh je. Tugas mencanai dan bakar tu gigihlah kami adik beradik. 

Kat rumah ni pulak beza. Yang minat buat kuih raya ni anak-anak yang kecik-kecik pulaknya. Jadi apa pun tak boleh la. Nak suruh buat sendiri tanpa pemantauan lagi la tidak jawabnya. Sudahnya maknya jugak la ni yang terkial-kial menyiapkan kuih raya tu. 

Kali ni aku pilih buat biskut mazola sebagai kuih raya gunting reben. Maklumlah sejak kami pindah ke Kluang aritu banyak benda yang tak terurus lagi. Barang-barang baking pun bersepah taktau mana. Kotak dah berkecai main sumbat je mana dapat masa pindah lepas banjir aritu.

Jadi memang leceh la nak mencari barang,  cetak kuih raya dan mesin pengadun. Dah jumpa semuanya baru boleh mula projek. Perlahan-lahan la jawabnya. Tapi alhamdulillah dah jadi 3 jenis kuih dah setakat ni. 

Meh la kita tengok resepi biskut mazola ni. Pembuatan paling senang dan tak guna telur. Kalau ada anak-anak yang tak alah kacang tapi alah pada telur boleh la cuba ni. Kalau alah jugak kacang boleh cuba guna almond kot. 

Resepi Biskut Mazola


Bahan-bahan
2 1/2 cawan kacang tanah (aku guna yang jenis takde kulit) 
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1 cawan minyak mazola (nak guna minyak masak pun boleh) 
1/2 sudu camca teh garam
1 atau 2 biji kuning telur + pewarna kuning telur




Cara-caranya
1. Sangan kacang tanah (menggoreng tanpa minyak) aku bakar je dalam oven (suhu 200 darjah celcius untuk 30 minit) 
2. Kisar 2 cawan kacang tanah dengan blender kering sampai halus. 
3. Campurkan tepung gandum,  kacang kisar,  gula ising dan garam. Gaul sebati. 
4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil uli adunan sampai boleh dikepal. 
5. Leperkan adunan dan terap mengikut bentuk yang digemari.
6. Letakkan kacang yang telah digoreng tadi (kan kita goreng 2 1/2 cawan kan,  setengah cawan tadi kita gunakan untuk hiasan atas biskut ni. 
7. Kemudian lenserkan kuning telur atas biskut. 
8. Bakar pada suhu 230 darjah celsius selama 25-30 minit (yang ni korang kena adjust ikut saiz oven ya) 
9. Sejukkan dan masukkan dalam telap biskut. 


Satu adunan tu dapat la setengah balang yang tinggi ni. Tapi setakat ni ini je la yang tinggal kat rumah ni. Kuih raya memang sedap dimakan waktu bulan puasa.. harap maklum hahaha.. 




Biskut ni sangat sedap sebab dia cair di mulut tapi ianya sangat rapuh. Kalau silap sikit je hancur jadinya.  Tapi ini jugak la biskut yang biasanya laris dulu sampai ke serdak pun orang masih korek nak makan. Selamat mencuba! 

Ceritaita




Untuk info dan maklumat lain : 

Info Ibu Hamil 

https://t.me/ibuhamilmalaysia


Info Resepi 

https://t.me/ResepiKampungku


Info Motivasi 

https://t.me/katasemangathidup


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

https://t.me/bloggersmalaysia


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum