Kos Haji Akan Meningkat lebih RM25 Ribu

6:07:00 PTG

Kos Haji meningkat lebih RM25 Ribu Seorang

Assalamualaikum semua,  dikhabarkan berita yang tak berapa gembira seiring dengan suramnya hari di petang hari ni.  Sedih pulak bila baca berita yang kos haji meningkat melebihi RM25,000 pada tahun ni. 

Kos Haji 2022 meningkat melebihi RM25 Ribu seorang - Gambar kredit Bernama. 



Katanya kos meningkat disebabkan peningkatan cukai tambah nilai yang dinaikkan dari 12% kepada 15%. Itu tak termasuk lagi peningkatan kos-kos operasi yang lain. Kos ini juga sebenarnya menampung lebih kurang 70% daripada bayaran keseluruhan yang patut dibayar oleh jemaah haji. 

Peningkatan ni bukanlah sesuatu yang gembira. Terutamanya buat orang Islam yang belum pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah tu walaupun untuk menunaikan umrah. Aku adalah antaranya. Entah bila la berpeluang nak tunaikan Rukun Islam yang satu ni. Berita sedih betul buat kami.

Bayaran menunaikan haji di Mekah pada tahun 2019 - sumber laman web Tabung Haji. 



Aku selalu berdoa semoga ada rezeki buat kami kerjakan haji bila sampai masanya nanti. Ataupun jika tak mampu jugak kalau dapat peluang sekali pun jadilah nak jejak kaki ke tanah suci tu. Tipulah kalau tak berkeinginan kan. Impian setiap umat Islam tu. Cuma dalam sedih tu berdoa jugalah supaya pengekalan bayaran haji kepada RM9,980 setiap tahun untuk jemaah haji muassasah kali pertama.  Alhamdulilah.. 

Tetiba bila dengar berita macam ni. Allah terasa luluh jugak hati. Terfikir bila la nak cukup simpanan supaya dapat kerjakan Haji di Mekah. Kena cekalkan hati,  abaikan semua kecintaan pada dunia lepas ni. Kita cuba la kan. Usaha selagi boleh.  Dan pasang niat kemudian kumpul la duit untuk ke sana. InsyaAllah doakan rezeki kami ya. Semoga kami dapat tunaikan haji atau sekurang-kurangnya umrah sekali sebelum menutup mata atau selagi badan masih berupaya berbuat ibadah. 


Ceritaita

You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. Semoga kita semua dijemput ke sana

    BalasPadam
  2. tortal 25k aduyaii mahal gak tu. semoga ada rezeki kita sampai kesa ye ita

    BalasPadam
  3. Moga Allah beri rezeki dan kesihatan yang baik untuk kita menunaikan Haji ...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini