Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long

8:09:00 PG

Assalamualaikum semua, 17hb April 15 tahun lalu merupakan hari bersejarah buat kami. Kali pertama bergelar ibubapa memang akan dikenang sampai bila-bila. Tahun ni genap 15 tahun usia anak sulung aku, Ahmad Haziq Hakimi yang kami panggil Abg Long. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long.

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long ~ kek tu aku sempat buat masa balik kerja


Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long

Angka yang cantik tahun ni, ummi doakan semoga anak sulung ummi ni sentiasa cantik juga akhlak dan peribadinya supaya boleh menjadi contoh yang baik buat masyarakat terutama adik-adik abg long sendiri. Semoga dengan bertambahnya umur abg long ni, semakin matang juga abg long dalam menghadapi kehidupan.

Ummi dan ayah akan selalu mendoakan yang terbaik buat anak-anak supaya berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah. Semoga Abg Long pun akan berusaha untuk menjadi anak yang berjaya satu masa nanti. 

Baru ni sempena meraikan hari lahir Abg Long,  kami sekeluarga makan berbuka kat luar.  Bukan berbuka sangat la pun,  sebab kami berbuka dulu ringan-ringan makan apa yang ada kat rumah kemudian lepas solat maghrib baru kami keluar. 

Kebetulan pulak masa hari kami nak keluar tu hujan sangat lebat, siap pakej ribut dan kilat. Jadinya plan asal nak pergi pukul 7.45 malam tertangguh sampai pukul 8.15 malam. Masa kami keluar tu pun masih ada ribut dan kilat. Nak batalkan dah booking dan tak sampai hati pula sebab dah janji dengan anak-anak.



Jadinya kami redah la jugak. Sampai di Restoran Selera Ikhlas yang hidangkan makanan steamboat tu elok la hujan macam dah reda sikit. Tapi elok betul la kan.. makan steamboat waktu hujan. Memang kami menikmatinya sangat-sangat la jawabnya. 





Meh aku cerita sikit pasal restoran ni. Harga yang ditawarkan ialah RM29.90 untuk dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak. Tapi hari tu kami dapat potongan sebab sambut hari lahir Abg Long kat situ. Alhamdulilah rezeki nak belanja anak-anak makan. Sebenarnya dah lama aku cari kedai makan yang menghidangkan steamboat di Kluang ni. Agak susah nak jumpa dan ada yang tak beroperasi di bulan puasa. 

Anak-anak nampak gembira sangat dapat ambil makanan sendiri,  bakar daging,  masak sendiri atas dapur steamboat yang disediakan. Kami ambik kuah sup dan tomyam. Puashati la masing-masing. Pulak tu sebab hujan dan dah lepas waktu berbuka agaknya hanya kami sekeluarga je ada kat situ. Bestlah dapat makan dengan bebas.

Haa.. licin.. kami biasa lepas makan akan kemas macam ni

gegar pulak gambar birthday boy ni

 

Balik rumah masing-masing dah kenyang sampai bawak ke waktu bersahur masih kenyang. Alhamdulilah terima kasih atas layanan baik dari staf. Pilihan makanan pun banyak,  sampai kami tak termakan dah. Tapi betul puashati dapat makan seafood yang banyak. Semoga ada rezeki kami makan macam ni lagi. 

Ceritaita 

  

You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. murah tu harganya ita. rezeki abg long. happy birthday abang long semoga menjadi anak soleh yang disayangi allah

    BalasPadam
  2. Happy birthday Abg Long seronok makan steamboat 1 family

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir abang long, moga menjadi anak yang soleh dan membanggakan orang tua...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini