Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua

8:41:00 PG

Assalamualaikum semua, bersempena awal ramadan iaitu 1 Ramadan 1443H yang baru saja bermula hari ni, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua pembaca Ceritaita yang setia datang berkunjung selama hari ni.

Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua



Aku doakan semoga korang semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi sebarang ujian dalam melalui cabaran berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ni. semoga kita semua memperoleh ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. 

Semoga amalan kita tahun ni lebih baik juga berbanding tahun-tahun yang lepas. Tahun ni macam tahun lepas-lepas juga aku berazam nak khatamkan bacaan al-quran dan buat sebanyak mungkin amalan sunat untuk mendapatkan lebih ganjaran terutama dalam bulan Ramadan yang telah dijanjikan ganjaran yang berlipatkali ganda berbanding bulan yang lain.

Tambahan pulak semenjak dunia dijangkiti penyakit Covid19 telah banyak norma kehidupan biasa kita dah berubah. Dan aku berasa sangat bersyukur beberapa perubahan juga telah diumumkan terutamanya boleh bersolat tanpa jarak selamat di masjid. Syukur sangat rasanya bila dengar berita ni. Semoga ianya tambah mempermudahkan urusan bagi semua orang hendaknya. Selamat berpuasa korang! 

Ceritaita

You Might Also Like

5 Luahan Ikhlas

  1. semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa buat Ieta sekeluarga...

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa , Salam Ramadhan buat Ita sekeluarga yea

    BalasPadam
  4. ramadhan kareem buat ko sekeluarga ita. selamat berpuasa dan beribadat

    BalasPadam
  5. ramadhan kareem ita. selamat berpuasa dan selamat beribadah

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini