Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah
Assalamualaikum semua, hari ni semua dicutikan sekolah sekali lagi. Dengan umminya sekali cuti kerja hari ni. Kami mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah di Johor Bahru.
Kali ni masih dengan tujuan yang sama iaitu rutin pemeriksaan dan prosedur gigi Abg Chik aka Hadi anak nombor empat kami. Aku pun dah lupa ni sebenarnya pemeriksaan kali ke berapa tapi memang sebelum ni rutinnya sebulan sekali la.
Pipi bengkak pun masih tersenyum |
Kisah dia sebenarnya bermula waktu kami masih tinggal di JB dulu. Pada 15 November 2020, Abg Chik tiba-tiba je alami tanda luar biasa iaitu bengkak pipi sebelah kanan. Aku rasa waktu tu pipinya panas dan tentu ada jangkitan. Tapi dia masih boleh makan dan tersenyum macam biasa kerana tak sakit.
Risau kan.. dia kata tak sakit |
Kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Kempas waktu tu untuk pemeriksaan lanjut. Bermula dengan klinik biasa di tingkat bawah kemudian kami dirujuk ke Klinik Pergigian yang berada di tingkat atas.
Waktu tu doktor gigi yang ada terus tak berani nak buat prosedur yang bukan-bukan. Jadi kes Abg Chik dirujuk terus ke Pakar Pergigian Kanak-kanak di Hospital Tun Aminah. Jadi bermulalah perjalanan yang sangat panjang buat Abg Chik.
Menguruskan kes perubatan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi bila melibatkan gigi pulak tu. Aku sangat kagum dengan cara bekerja di Pakar Pergigian Paedetrik di HSA ni kerana cara mereka yang sangat profesional dan sangat bersabar dengan kerenah kanak-kanak.
Setiap prosedur terpaksa dipertimbangkan kerana melibatkan emosi kanak-kanak. Jadi adakalanya terpaksa diulang berkali-kali jika emosi anak tidak stabil. Macam tu la yang kami hadapi. Bayangkanlah dari November 2020 hingga ke sekarang ni Julai 2022, kami perlu hadir setiap bulan hanya kerana emosi anak yang asyik berubah-ubah.
Akhirnya 3 bulan lepas berjaya cabut satu gigi dan bulan lepas pasang crown. Dan hari ni berjaya cabut lagi 2 batang gigi. Bunyi macam mudah je kan? Tapi percayalah.. bila melibatkan anak yang manja ni ujian dia tinggi betul.
Gigi yang dicabut |
Gigi yang dicabut |
Sejak bulan lepas Shah yang kena naik ke pakar tu sebab dengan aku dah tak jalan dah. Aku cuma mampu bagi moral support dari jauh je sejak 2 bulan ni. Sebabnya dia manja sikit dengan aku. Kena orang lain yang bantu. Tak lain tak bukan ialah ayah dia.
Alhamdulillah gigi yang bermasalah utama semua doktor dah cabut. Tinggal ada beberapa gigi yang perlu ditampal. Kami diberi tarikh dengan jarak 2 bulan dari sekarang. Lega la sikit tak sebulan sekali macam dulu.
Lega sikit bukan sebab apa. Tapi lebih kepada sebab cuti dan mencutikan adik beradik lain dari sekolah juga. Kalau dulu kami duduk di JB takde masalah sangat. Boleh aku ambik kebenaran keluar je dan adik beradik lain masih boleh bersekolah macam biasa.
Tapi bila kami dah berpindah ke Kluang ni, masalah jarak la yang paling utama. Kami terpaksa aturkan semuanya semula. Bukan kami tak minta kes dipindahkan tapi kekangan kerana hanya ada 2 Pakar Pergigian Paedetrik di Johor iaitu di JB dan Segamat. Tentulah kami memilih ke JB yang lebih dekat.
Muka sedih lagi walau dapat belon, ada 2 belon satu lagi untuk adik 😅 |
Suka dia tadi bila dapat hadiah set alat tulis dan belon bila dah selesai cabut gigi. Bagus layanan klinik ni. Anak pun jadi tak takut jumpa Doktor Gigi. Semoga lepas ni masalah gigi Abg Chik boleh selesai dengan baik dan kami tak perlu mengulang lagi ke HSA. Korang bantu doakan ya. Terima kasih.
Ceritaita
Ya Allah seram tengok gigi tu. Sedangkan kita yang dewasa pon takut apatah lagi anak kecil. Good boy la abang Chik
BalasPadamalahai kesiannya Abg Chik sampai bengkak pipi tu.. tapi kalau doktor gigi bagus mmg boleh repeat la kan..
BalasPadamAduhai sakit tu. Sakit gg ni memang menguji kesabaran. Bertabahlah sis hadap jaga anak. Semoga cepat sembuh
BalasPadam