Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Mencuba menu Honey Bee Kluang

Assalamualaikum semua,  semalam aku ada tulis entri pasal kami semua tak sihat waktu raya baru ni kan. Macam aku sendiri dah lama batuk tak baik-baik. Batuk pulak jenis batuk yang macam tak lepas kahaknya tu. 

Mencuba menu Honey Bee Kluang


Mencuba menu Honey Bee Kluang

Sekali batuk, rasa seksa dan perit tekak dan rasa tak puas jugak sebab batuk macam tak lepas. Dah cuba bermacam ubat dan petua yang orang kata elok. Tapi nampaknya tak berkesan pulak dengan aku. Hari semalam entah kenapa aku cakap dengan Shah terasa nak mencuba menu Honey Bee Kluang.

Cawangan Honey Bee


Dah berapa kali jugak sebenarnya kami lalu kedai ni. Tambahan pulak kedainya dekat dengan tempat kerja aku. Selalu la terpandang tapi tak tersinggah-singgah jugak. Bukan baru kali ni terpandang. Masa duduk JB tu pernah gak terasa nak cuba. Tapi entah kenapa tak sampai-sampai. 

Dan semalam bila sebut je Shah kata jomlah pergi. Jadi aku bersiap lepas Shah hantar Abg Long ke tuisyen terus kami ke Honey Bee Kluang. 

Sampai je kat situ,  nampak macam takde pelanggan. Dah rasa was-was jugak patut teruskan niat ke tidak ni.. haha.. gitulah kalau orang pertama kali nak cuba ni. Berbelah bagi jadinya.  Risau tak sedap pun ya nanti. 





Masuk-masuk je kedai sampai kat kaunter aku terus cakap. "Dik,  kami ni tak pernah datang,  boleh cadangkan menu yang mana yang paling sedap dan berbaloi?"

Aku tabik la pekerja kat sini,  sangat profesional. Diorang jawab, "Ok je kak.. biasa orang ambik yang Golden Honey Bee ni.  Yang ni memang best seller la kat sini."

Alamak Strawberry Mango terlupa ambik gambar pulak


Jadi aku ambik cadangan adik tu tadi, kami order Golden Honey Bee, Strawberry Mango,  Volcano Oreo dan Frappe Hazelnut Chocolate. Semua menu yang kami ambik ni berbaloi sangat. Semuanya sedap-sedap.


Ni paling Marvelous la Golden Honey Bee


Paling aku suka Golden Honey Bee tu la. Sebab rasa dia asli madu dengan aiskrim tu agak unik la. Tambahan pulak bila kunyah madu dengan sarang tu. Peh dia punya rasa mewah tu memang sedap la. Terbayang muka Abg Ngah masa kunyah tadi. Punyalah tak terluah kesedapan dia tu agaknya. hahaha.. 

3 orang ni je yang ikut, abg ngah malas ikut,  abg long gi tuisyen


Kalau korang tak suka aiskrim boleh cuba menu yogurt atau air boba dia jugak. Ini pun ada banyak pilihan. Lainkali kami nak rasa yogurt tu pulak la. Nampak macam sedap jugak tu. 

Suasana dalam ni pun best jugak kalau korang nak beli dan terus lepak-lepak dalam tu. Selesa la suasana nak menghabiskan secawan aiskrim dalam tu. Ada jugak dia jual makanan Korea kat situ. Kiranya kalau nak lepak-lepak sambil makan pun ok jugak. 



Makanan yang ada di Honey Bee ni jugak,  kami tak beli


Cuma harganya bukanlah tahap boleh makan minum hari-hari la kalau kita ni rakyat marhaen ni. Sekali sekala nak belanja anak-anak hasil berblog tu boleh la kan. Semua yang aku beli tadi harganya RM50.60. Tapi rasa berbaloi la tengok anak-anak senyum dapat merasa makan lain dari yang lain jugak.

Pada aku kalau nak ubah selera ke Honey Bee Kluang ni sekali sekala boleh la jugak. Menu dan layanan staff dia terbaik. 

Kalau nak singgah cawangan Honey Bee di Kluang ni boleh la ke:


Honey Bee Kluang 

NO 2, TINGKAT BAWAH, Jalan Tasik 1, PUSAT PERNIAGAAN TASIK, 86000 Kluang, Johor

Waktu perniagaan : 12 tengahari hingga 10 malam

Ceritaita


Ulasan

  1. honeybee yg ada sarang tu alahai sedapnya. seblalu beli gy bubble bee eh betul ke namanya tu. honey bee pun nampak sedap gak tu. ada makanan sekali rupanya mmgsronok leak dgn keluarga kalau mcm ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus