Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam! - Cerita Ita                                                             Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam! Langkau ke kandungan utama

Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam!

Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam!

Konsert Dewa 30 tahun

Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam!


Assalamualaikum semua,  semalam aku baca je kecoh pasal kawan-kawan nak tempah tiket konsert Dewa yang diadakan di Malaysia bulan September nanti. Katanya tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam pun bila dibuka untuk jualan. 


Hebat betul penangan kumpulan lagenda ni. Tambahan pulak kumpulan Dewa dah 30 tahun bertapak dalam dunia seni. Katanya konsert khas ni dibawakan sempena ulangtahun 30 tahun, akan dibuat di 30 bandar besar dan akan dipersembahkan 30 lagu mereka yang pernah dipopularkan oleh mereka dulu. Menarik. 



Di Malaysia ni Konsert Dewa akan diadakan di Axiata Arena,  Bukit Jalil pada 10 September 2022. Tiket dijual dengan harga bermula pada RM148 hingga RM488. 

Harga tiket Konsert Dewa


Muzik ni pada aku memang ada je peminat dia sendiri. Setiap kumpulan penyanyi pun ada keunikan dan tarikan mereka sendiri. 


Macam Kumpulan Dewa ni yang dah ditubuhkan pada tahun 1986 membawa genre muzik Rock yang memang terkenal waktu tu. Tapi aku cuma kenal kumpulan ni bila lagu Laskar Cinta popular. Sebelum tu tak berapa dengar kisah mereka. Atau aku yang kurang ambik tahun.. haha. 


Semalam dengarnya ramai peminat cuba berebut nak beli tiket tapi hampa. Dan katanya akan ada berita baik hari ni. Adakah akan ada penambahan tiket lagi untuk peminat? Sebab katanya ini adalah konsert terakhir mereka dan tiada lagi konsert lain akan menyusul. Tapi kesahihan tu aku tak pasti la sangat. 


Apapun semoga semua yang dirancang menjadi lancar. Buat team pengurusan juga buat peminat yang dipanggil Baladewa semua. 


Ceritaita

Ulasan

  1. itulah... rasa baru je share lepas tu tgk lagi ada yg share dh sold out dh... ya ampun baladewa di malaysia ni mmg boleh tahan

    BalasPadam
  2. Fuh dahsat ni kak. Laku keras orang kata.

    BalasPadam
  3. lagu2 dewa semua best2.. dah 30 tahun lama tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat