Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB

Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB

Nasi Arab Sedap Zaituna JB
Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB


Assalamualaikum semua, semalam balik dari temujanji Abg Chik di HSA kami singgah makan nasi arab sedap di Restoran Zaituna JB. Kalau nak tau Restoran Zaituna ni sebenarnya bukan restoran baru yang patut aku perkenalkan pun. Restoran Zaituna ni memang dah duduk dalam senarai tempat makan wajib pergi kalau kat JB ni.

Kami dapat port best, bersila kat sofa. 


Memang terbukti terkenal sebab setiap masa penuh je orang. Dulu masa kami duduk JB pun berapa kali la tak jadi pergi sebab ramai orang. Sekali dah pindah Kluang pulak baru ada rezeki nak singgah. Bila dah masuk dan makan kat sini baru tau kenapa asyik penuh je.

Bersilat masing-masing

Depan kamera.. kontrol ayu.. hahaha


Semalam kami macam tak tau jugak nak tempahan makanan apa untuk kami makan. Bila pelayan tu tunjuk menu.. haa tu dia semua nampak sedap dan rasa nak tempah semuanya. Tapi kami ingat la yang anak-anak ni jenis bukan pemakan sangat, kang tempah bebanyak kami berdua jugak kena habiskan.. naya!

Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB

Jadi aku minta cadangan dengan pelayan apa patut kami makan. Pelayan cadangkan kami ambik Nasi Dulang. Aku dah bayangkan nasi dihidang macam nasi ambeng tu.. tapi eh lupa ni kan Restoran Makanan Arab. Jadinya cepat-cepat aku tengok balik menu. Rupanya Nasi Dulang ni ialah 3 jenis nasi digabungkan dengan 2 jenis lauk. Wah.. laju la kami setuju je. 

Nasi Dulang Zaituna


Inilah rupa Nasi Dulang kami, ada nasi kabsa, nasi magluba dan nasi mandy diletakkan dalam satu dulang. Lauknya ada ayam dan daging kambing. Kalau ikutkan satu hidangan ni untuk makan 4 orang tapi lebih dari cukup untuk kami sekeluarga tau. Berbaloi kan? Nasinya lembut sangat-sangat sampaikan Abg Chik yang baru cabut gigi tu pun boleh makan.

Daging kambing

Daging Ayam


Daging ayam dan kambing tu jangan cakap la.. lembut dan sangat sedap. Aku cerita ni pun terbayang sedapnya lauk nasi dulang ni. Nasi Dulang ni ada 2 pilihan ya. Ada portion untuk 4 orang makan dan ada untuk 2 orang makan. Kalau keluarga kecik korang boleh  la ambik untuk 2 orang makan tu. Itu pun aku rasa jenuh nak menghabiskan.

Mix Kebab


Kami cuba juga hidangan lain yang dicadangkan iaitu mix kebab,  yang ni pun portionnya besar ok. Aku siap bungkus bawak balik. Makan nasi dulang tadi pun dah rasa kenyang. 

Shawarma


Tapi kami sebenarnya menghabiskan satu lagi menu iaitu Shawarma.  Yang ni nampak garing tapi bila dimakan lembut rotinya. Sedap jugak. Kena dengan intinya yang melimpah ruah. 

Kunafa di Restoran Zaituna


Kalau pergi kedai arab atau Restoran Timur Tengah ni tak sahlah kalau tak order desert atau pemanis mulut kan. Jadi awal-awal sampai je aku dah order Kunafa.  Bila nak keluar tu pulak aku sempat la tapau Baklava. 

Kunafa


Komen jujur aku ok,  2 benda ni korang memang patut sangat cuba bila ke Restoran Zaituna ni. Pertama, kunafa dia tu.. rasanya lemak, lembut dan sedapnya la.. tak cukup rasanya sepotong. Mujur anak-anak tak suka jadi aku ada peluang makan sorang haha. Tapi kunafa kat sini tak manis sangat tau.. sedang-sedang je. Dahlah pinggannya cantik. 

Baklava

Baklava


Baklava dia pulak ada bermacam pilihan. Ada yang kata kalau datang lagi awal lagi banyak pilihan yang ada. Aku sampai dah petang sikit jadi dah tak banyak sangat la yang tinggal. Itu pun dah cukup buat aku rambang mata nak pilih yang mana. Harga dia RM2@3 untuk setiap satu. Lainkali kalau gi JB memang aku nak singgah beli lagi la. 

Teh Arab


Lupa nak cerita yang kami cuba jugak air teh Arab waktu kami makan kat sini. Uniknya teh ni dihidangkan dengan cerek tembaga yang cantik. Lepas tu sedang elok airnya panas lagi sampai habis kami makan semua hidangan. Teh ni wangi cuma dia tawar. Tapi pada aku elok sangat la bila digandingkan dengan manisan yang ada atas tu haa.. Mereka ada pilihan air yang banyak jugak macam kat bawah ni. 








Ada banyak jugak pilihan makanan lain yang kami tak sempat cuba macam pelbagai jenis pizza,  makanan laut dan makanan barat macam burger,  spaghetti dan jugak salmon grill. 


Kena datang lagi nampaknya lainkali. Haha.. Korang yang rasa nak datang sini boleh terus walk-in ke Restoran Zaituna ni atau nak lagi selamat boleh call dulu untuk buat tempahan awal untuk menggelakkan korang tercegat kat luar kedai tunggu meja kosong nanti.  Alamat dan butiran aku letak kat bawah ni ya. Nak buat tempahan makanan untuk dihantar pun boleh melalui website mereka. 


Restoran Zaituna


Lokasi : 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor


Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11 malam kecuali hari Jumaat dibuka pada 2 petang. 


Hp / Whatsapp : +60 13-735 6645


Website : https://www.zaituna.my/


Wajah kami yang ceria selepas makan


Ceritaita

Ulasan

  1. tgk kedai mmg dah rasa macam kat arab dah. belum lagi tgk nasi dgn makanan yg lain. nampak juicy nasi arab dia

    BalasPadam
  2. Xleh tahan la tengok lauk kambing tu..terus bagai terasa2 di tekak ni

    BalasPadam
  3. Dah try dah makan sini, tapi lebih terpesona dengan jenis-jenis baklava dia, gilerr nengom banyak macamtu.. kalau bolehs emua nak cuba..

    BalasPadam
  4. Sedap sungguh nasi Arab kat sini. Huda mmg plan nak repeat lagi nanti...

    BalasPadam
  5. Sedap-sedap semuanya, rasa memang nak datang lagi makan sana, baklava dia banyak pilihan kannn

    BalasPadam
  6. Teringin nak rasa kunafa tu. Sebab tengok video chef arab yg viral tu. Hehe.

    BalasPadam
  7. Saya jadik lapo pulak nengoknya kak, nampak lazzat behtols! 🤩

    BalasPadam
  8. sana sini viral pasal kunafa.... tapi sy tak pernah cuba lagi, makanan lain nampak sedap sekali

    BalasPadam
  9. rambang mata betul tengok baklava dia kan. meriah hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus