Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang

Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang

Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang


Assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni kami dapat berita mak shah tak berapa sihat. Jadi kami buat keputusan bali ke Pahang sekejap. Kami gerak pagi Jumaat dari Kluang. Sampai ke kampung selepas Jumaat. Sempatlah singgah ke Kampung Paloh Hinai untuk rombangan lelaki menunaikan solat Jumaat.

abg ngah buat misi cari kepah juga ni

budak yang paling aktif,  berani betul dia



Keesokkan harinya kebetulan pulak ada orang keluar dari homestay kami dan akan ada yang baru nak masuk, jadi kami kemaskan homestay dulu pagi tu. Siap berkemas semua, kami jalan-jalan ke Pantai Kempadang pulak. Sebelum tu sempatlah menyinggah beli makanan tengahari di Restoran Mabiq.

Waktu kami sampai tu dah lebih pukul 2 petang jadinya lauk-lauk banyak yang dah habis. Sebabkan niat kami memang nak makan ikan patin tempoyak, kami jenguk jugak apa yang ada. Malangnya waktu kami sampai tu nasi pulak dah habis. Jadi kami cuma bungkuskan lauk je la.. kami ambik paeh ikan patin dan ikan patin masak tempoyak, sambal ikan bilis tempoyak, sayur kacang masak kicap dan ikan keli goreng dan sambal. Semua ni RM45 harganya.

Pais ikan patin tu kami ambik bahagian badan, harganya RM14, Patin masak tempoyak pulak kami ambik bahagian kepala, harganya RM15, ikan keli pulak RM4.50 untuk seekor. Kami singgah beli nasi dan air pulak kat kedai lain. Bawak semuanya ni dan bentang tikar di tepi pantai sambil berkelah. Seronok la anak-anak.

ni masa main layang-layang tapi tak nampak layangnya


Lepas makan tu anak-anak layan main layang-layang. Lepas tu apa lagi kalau bukan melayan mandi laut. Seronok la semuanya. Anak-anak ni semuanya dilahirkan di persekitaran Kampung Kempadang ni kecuali Abg Long dan Adik Adam. Jadi hati mereka sudah pastinya dekat dengan Pantai Kempadang ni. Kiranya kalau ke sini umpama macam balik kampung la pada mereka.

Lama juga kami bersantai di Pantai Kempadang ni. Selepas bersihkan badan dan salin baju, kami berjalan ke gerai yang ada di sepanjang pantai dan beli bekalan makanan untuk dibawa pulang. Kami sempat singgah beli corndog cheese, ayam gunting, aiskrim baba, kuih meneram, tauhu bergedil dan air ribena.

Kami tinggalkan pantai dengan janji kepada anak-anak yang kami akan datang bermalam di pantai di nanti. Berangan sangat nak berkhemah dengan anak-anak di pantai ni. Mesti lebih seronok nanti. Semoga dipermudahkan urusan kami nanti.

Ceritaita


Ulasan

  1. Wahhhh, seronok duk tepi pantai... Lagi lagi bila cuaca elok, plan menjadik.. bestnya ❤️

    BalasPadam
  2. Seronok anak2 dapat main pantai kan kak. Anak2 ana pun sama jugak.

    BalasPadam
  3. seronok bebudak main pasir dan air pantai.. kalauberkhemah boleh lepak lagi lama kan

    BalasPadam
  4. Sama anak sedara kita, pantang nampak laut, kadang takde stanby baju pun, pun habis di terjunnya laut hahaha

    BalasPadam
  5. Seronoknya...lama dah x bawak anak2 mandi laut...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus