Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS - Cerita Ita                                                             Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Langkau ke kandungan utama

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS


Assalamualaikum semua,  semalam aku sempatlah menghadiri majlis meraikan berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Malaysia. Kebetulan pulak tengah tonton drama bersiri Korea bertajuk Juvenile Justice sampai part ketua hakim mengundur diri. 


Tapi amat berbezalah dengan drama,  kisah KP DVS ni telah tamat kontrak setelah menyambung kontrak selepas bersara wajib pada tahun lepas. Orang-orang hebat je yang ada pengalaman bersara sampai 2 kali ni kan. Pengalaman yang jarang-jarang berlaku. 

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS

Kalau cerita pasal kerjaya aku memang kagum dengan semangat kerja yang ditunjukkan oleh KP Dato' Dr Norlizan bin Mohd Noor ni. Aku pernah berkerja dengan beliau sewaktu aku masih di Pahang dulu dan beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Negeri Pahang waktu tu. Pengarah Negeri Pahang ketiga aku pernah bekerjasama. 


Pengarah Negeri Pahang yang pertama dulu sempat kenal sekejap je,  tapi tetap kagum dengan semangatnya. Dah bersara pun masih ada getaran semangat juangnya yang masih dihormati dan disebut-sebut.


Pengarah Negeri Pahang kedua pula telah bersara juga telah meninggal dunia kerana kanser. Antara guru yang pernah mengajar kami di makmal dulu. Di sebalik kesibukannya sebagai Pengarah beliau tetap luangkan masa mengajar membaca slaid penyakit yang merupakan kepakaran dan kesukaan beliau. 

Tak boleh lupa kelembutan dan kebaikkan arwah. Masih terbayang-bayang kegembiraan arwah menunjukkan kad pesaranya satu ketika dulu. Siapa sangka kemudiannya arwah menanggung sakit yang tiada ubatnya sehingga akhir hayat beliau. Sempat juga beliau menyambung cita-cita menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Terengganu. Antara kenangan perkhidmatan yang takkan kulupa. 

Bekas Ketua Pengarah DVS kali ini juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Negeri Pahang. Tutur katanya yang lembut dan tersusun setiap kali seolah-olah ada teks ucapan disediakan buat aku kagum dengan kebolehannya bercakap di hadapan orang ramai. Semangat berkerja beliau pun amat-amat tinggi. Jarang dapat jumpa orang yang gila bekerja seperti beliau. 

Rasanya hidupnya memang didedikasikan untuk bekerja saja. Komitmen yang ditunjukkan bukan setakat 100% malah lebih daripada itu. Kagum. Itu je perkataan yang mampu. Dan selepas 1 Julai 2022. Tamatlah perjalanan Dato' KP.  

Semoga Allah merahmati perjuangan Dato' selama ini dan merahmati kehidupan Dato' selepas ini. Selamat bersara Dato'. Cukuplah setakat ini dugaan hebat yang diterima sewaktu Dato' memegang amanah berat ini. 

Mesti ada yang akan bertanya kenapa ada entri Khas untuk KP ni. Sebab aku pernah terkilan kehilangan beberapa rakan seperjuangan yang perginya tiada akan kembali tanpa mencoretkan sesuatu buat mereka dan aku rasa kesal. 

Dalam Malaysia ni penjawatan Pegawai Veterinar ni sangat tak ramai. Tak sampai 300 orang pun keseluruhan.  Bila dah di hujung-hujung perkhidmatan ni makin la kita tersara betapa kami mengenali satu sama lain. Kehilangan arwah Dr Rosevien Farida, suaminya arwah Dr Zainur dan juga arwah Dato' Dr Azahar amat terkesan di hati. 

Aku selalu juga berdoa semoga pengakhiran yang baik-baik juga buat aku satu masa nanti. Takkan lama juga.. tak sampai lagi 13 tahun lagi. Semoga Allah panjangkan umur dan sihatkan tubuh badanku untuk terus berbakti dan bersara dari perkhidmatan nanti. Amin. 


Ceritaita

Ulasan

  1. selamat bersara KP. kalau bos best mmg rasa sayang nak berpisah kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...