Sebuah Memori
terima kasih Abg yang sentiasa ada |
Assalamualaikum semua, dah tertinggal beberapa hari dah cabaran menulis ni haa.. tapi tetaplah kita sambung ya.. takde paksaan pun sebenarnya nak buat Cabaran Menulis 30 Hari ni.. jadi kalau terlambat sehari dua tu abaikan je la..janji kita teruskan cabaran ni jugak..
Kenangan yang tak dapat dilupakan
Kalau nak diikutkan task kali ni paling susah tau nak buat.. dia bukannya susah sebab apa pun.. sebabnya dalam banyak-banyak kenangan atau memori yang ada dalam kehidupan ni setelah mencecah 44 tahun ni, kau hanya perlu pilih satu memori yang hendak diceritakan dan ditulis. Itu yang jadi sangat mencabar tu..
Jadi itu jugak antara sebab cabaran hari ketiga ni lambat hendak ditulis.. susah benar ya membuat pilihan.. Dan setelah dihitung pelbagai kisah kenangan dalam kehidupan aku sepanjang 44 tahun dipinjamkan nyawa oleh Allah ni.. ada satu kisah yang menjadi memori kenangan yang tak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila la..
Memori Yang Panjang
Memori yang aku nak ceritakan ni adalah satu perjalanan memori yang sangat panjang.. ianya berlaku sejak dari tahun 2016 lagi bilamana aku masih lagi berada di Kuantan, Pahang pada waktu tu.. Memang dah lama niat nak tulis di blog tapi banyak kekangan yang tak dapat nak dielakkan..
Abah Sakit!
Kisah kenangan ini akan selamanya tersemat dalam ingatan kami sekeluarga. Tahun 2016 tahun di mana abah telah didiagnos menghidap kanser usus.. itupun setelah abah menanggung sakit perut sejak beberapa tahun sebelum tu lagi.. setiap kali buat pemeriksaan doktor akan katakan abah cuma ada gastrik je.. memang agak menyedihkan sebab di zaman tu kesedaran tentang kanser usus agak rendah.. baik di institusi kesihatan negara juga orang awam..
Kami agak terkejut bila doktor sahkan sakit abah yang sebenar.. aku sendiri sampai menangis-nangis di tempat kerja waktu tu.. ada seorang sahabat yang dengan baiknya menenangkan aku waktu tu.. kak min.. saya rindu kat akak.. selepas tu bermulalah episod doktor mencadangkan pelbagai rawatan buat abah.. dan juga beberapa prosedur pemeriksaan dicadangkan dan dibuat..
Selang beberapa ketika doktor sahkan abah menghidap kanser usus stage 2 yang agak besar berada kurang 4 cm dari laluan keluar najis.. juga dinyatakan kemungkinan kanser telah menjangkiti organ pembiakan abah dan juga saluran kencing.. makanya pelbagai doktor pakar dirujuk dan kemudiannya dicadangkan pembedahan melibatkan 3 doktor pakar berbeza dari HUKM dan akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016..
Yang dirancang tak jadi kenyataan
anak-anak yang baik.. bercuti di hospital pun mereka gembira |
Tapi apa yang berlaku di luar jangkaan kami ketika tu.. waktu tu tiba-tiba ada berlaku kebakaran di wad HSA jadi pembedahan abah terpaksa ditangguh. Pada ketika tu doktor di Hospital Kluang menerima cadangan dari doktor di HUKM supaya pembedahan dijalankan di HUKM juga pada tahun yang sama supaya kanser tidak merebak lebih teruk lagi..
Jadi kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor kerana memikirkan kesihatan abah pada ketika tu.. dan tarikh pembedahan juga ditetapkan.. akhirnya pembedahan dijalankan dengan selamat membuang sebahagian usus abah yang dijangkiti kanser..
Pada awalnya kami dimaklumkan abah hanya perlu memakai bag najis sementara saja.. tapi apabila pembedahan telah dibuat, kami dimaklumkan yang abah terpaksa memakai beg najis sepanjang hidupnya.. bukan hanya abah.. kami sekeluarg ajuga agak kecewa dengan apa yang berlaku.. tapi apakan daya kami untuk menolak takdir..
Kisah abah tak berakhir di situ.. abah perlu pula menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi selama setahun di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pula.. kesian abah.. setiap kali rawatan dijalankan ianya seolah-olah meragut keceriaan dan kesihatan abah.. tapi aku kagum dnegan abah.. walau kesan hitam berada di serata badannya disebabkan rawatan tapi abah tetap kuat hadapinya..
Kesan kemoterapi memang nampak ketara pada abah tapi tidak pada perubahan keguguran rambut semua tu tapi kepada kekacauan emosi.. abah jadi orang yang tersangat sensitif.. sehinggakan anak-anak bermain dnegan bising sedikit pun agak menganggu abah.. teringat dulu.. rumah abah jadi senyap sunyi walaupun setiap kali kami balik sebab anak-anak tak berani buat bising sikit pun..
Memori berulang
Selepas setahun abah menghabiskan sesi kemoterapi dan radioterapi di HSI, abah diperiksa semula.. dan alhamdulillah kanser abah telah pulih sepenuhnya.. Namun ada perkara lain yang mengganggu abah.. abah terasa sakit sangat di pangkal punggungnya di sebelah kanan..
Dan ketika itu hanya satu hospital yang abah percaya untuk buat pembedahan iaitu HUKM.. jangan tanya kenapa ya.. jelas sangat abah ada memori tak berapa best dengan hospital sejak dari arwah atuk sakit dulu-dulu.. jadi abah antara orang yang payah nak dipujuk ke hospital kecuali bila dah terlalu serius.
Jadi ketika tu doktor sahkan ada jangkitan dan kumpulan nanah pada pangkal punggung abah yang boleh dibuang melalui pembedahan kecil.. Cuma apa yang mungkin tak dimaklumkan kesan pembedahan tu akan menyebabkan punggung abah jadi tak normal seterusnya menjadikan kaki abah juga bermasalah.. atau mungkin doktor dan bagitau pada abah kesannya tapi pada ketika tu abah cuma fikir nak hilangkan sakit dia je..
Abah sakit teruk juga waktu tu.. demam berhari-hari dan sakit tak surut walau makan banyak ubat demam dan penahan sakit setiap kali.. kadangkala abah sampai mengerang-gerang sakitnya tu.. katanya jangkitan ni mungkin berlaku waktu pembedahan pertama abah dulu..
Tarikh pembedahan ditetapkan
menunggu di luar bilik pembedahan |
Bila tarikh pembedahan dah ditetapkan pada tahun 2017, bermulalah percutian kami sekeluarga di hospital selama lebih 1 minggu bersama adik bongsu aku waktu tu.. bila kami dah balik ke Kuantan, dia pulak bergilir mengulang lawat mak dan abah di hospital.. siap dia tumpang rumah kawan dia waktu tu..
Aku ingat lagi bila abah dah selesai buat pembedahan baru kami bawak anak-anak dan adik berjalan di sekitar Kuala Lumpur.. baru sedar kami dah habis dekat seminggu tapi tidak ke mana-mana kecuali ke hospital dan hotel.. waktu inilah kami sempat bawa anak berjalan-jalan menaikit LRT dan melawat Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka waktu tu.. teringat kenangan melihat pameran pasal Razak Exchange masa tu orang ramai boo PM Najib ketika tu.. sempat jugaklah melawat River Of Live di sekitar Masjid Jamek pada malam tu..
berkilat dah muka masa ni.. dah tak larat tapi sebab nak gembirakan anak-anak je |
Terkena hotel takde air!
Sepanjang kami menginap beberapa hotel sekitar ibu kota waktu tu, ada juga kenangan kami discam dengan bilik hotel yang azab rupanya ya.. dengan air takde.. siap tengah mandi bersabun tiba-tiba bekalan air terputus dan kena tunggu orang hotel hantar lagi.. naya betul.. keesokkannya kami terus keluar cari hotel lain..
Di sebalik semua kenangan memori sepanjang rawatan abah dari tahun 2016 hingga ke 2017 ni yang kami tak pernah sangka ialah akhirnya kami dipilih untuk menetap di Kuala Lumpur pulak pada tahun 2018.. siapa sangka percaturan Allah kan.. cantik semua susunannya..
Siapalah kita nak melawan setiap apa yang ditakdirkan oleh Tuhan yang Maha Esa.. Setiap yang berlaku dalam hidup kita ni sebenarnya akhirnya akan memberikan kita pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan.. kami juga terkesan dengan apa yang berlaku sejak tahun 2016 tu ianya memberi impak besar buat kami sekeluarga.. Sehingga kita pun masih nampak kesannya.. Doakan kami terus hadapi semua dugaan ya..
Ceritaita
Semoga terus kuat dan tabah... Aamin
BalasPadamMoga mendapat ganjaran dpd Allah swt & terus kuat dan tabah.
BalasPadamBanyak betul dugaan sis yer.. Semoga dipermudahkan urusan keluarga sis. Aamin Ya Rabb... Ohh rupanya tak sangka bila di baca profil sis adalah seorang doktor veterinar yer. Bolehlah saya bertanyakan tentang halehwal haiwan tkhusunya kucing.
BalasPadambila mak ayah sakit mmg sangat tak indahkan.
BalasPadamArwah mama ammi cuma sempat buat radioterapi 8 kali je...masa hari pertama nak buat kimoterapi selepas radio tu, buat covid test..dan mama positif covid. Dan 14 hari kemudian Allah jemput mama dalam keadaan kita semua tak bersedia.