Cabaran Menulis Day 7 : Favorite Movie - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis Day 7 : Favorite Movie Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis Day 7 : Favorite Movie

Filem Kegemaran

Assalamualaikum semua, sampailah kita ke tajuk yang agak best dalam cabaran kali ni. Filem Kegemaran adalah tajuk bagi cabaran menulis kali ni. Sesuai dengan kisah hidup aku sendiri yang agak mencabar sejak dari kecil aku lebih sukakan filem yang jalan ceritanya bukan biasa-biasa. Kerana itu aku jatuh cinta dengan 1 filem yang sentiasa menjadi filem kegemaran aku.


The Pursuit of Happyness




Filem yang diterbitkan pada tahun 2006 ni sangat memberi kesan waktu aku menontonnya. The Pursuit Of Happyness dilakonkan oleh Will Smith dan anaknya Jaden Smith sangat-sangat menyentuh perasaan. Penceritaan yang penuh dengan emosi ada dalam cerita ini.

Sinopsis The Pursuit of Happyness

Filem ini berkisarkan mengenai watak seorang jurujual yang dibintangi oleh Will Smith yang gigih menjalani hidup yang sangat sukar sebagai seorang jurujual mesin scanner dan kemudiannya mengorak langkah sebagai seorang broker saham. Dia kemudiannya menempuh hidup sebagai bapa tunggal yang membesarkan anaknya yang dilakonkan oleh anaknya sendiri Jaden Smith.

Dari kesukaran hidupnya yang melarat dan hilang tempat tinggal hinggalah dia berjaya bangkit sebagai broker saham yang sangat berjaya. Ianya bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan sekelip mata dan tanpa usaha yang gigih.

Ini merupakan sebuah kisah benar yang 

Moral dari Filem

Ini merupakan sebuah kisah benar tentang Chris Gardner. Banyak moral yang disampaikan melalui filem ini. Yang paling penting dan aku nampak adalah sifat kebapaan yang ditonjolkan dalam filem ini di mana seorang bapa yang baik akan buat apa sahaja untuk anaknya. 



Takkan pernah sesekali melepaskan tanggungjawab dan sentiasa ada dan tak pernah sehari pun berhenti berusaha untuk hidup yang lebih baik. Antara moral lain dalam filem ini ialah sentiasalah berbuat baik dengan sesiapa pun. Ianya akan beri kesan yang baik juga dalam hidup. 

Sentiasalah berusaha jangan pernah mengalah walau ada 1001 halangan di hadapan. Usaha yang tak pernah gagal pasti akan membuahkan kejayaan satu masa nanti.  

Setiap kali menonton filem ni aku akan rasa emosi yang nak disampaikan itu sampai pada setiap penonton yang menontonnya. Itu yang aku rasalah.. aku akan tonton filem ini lagi dan lagi tanpa jemu. 

Teringat Abah

Satu lagi yang buat aku rasa seperti terikat dengan filem ini ialah ia buat aku teringat pada Abah setiap kali menonton. Kerja kuatnya persis abah yang tak pernah kenal penat dan jemu mencari rezeki buat keluarga kami. Itu antara sebab aku rasa 'hooked' dengan cerita ni. Ada dulu aku pernah aku cerita pasal kisah hidup kami dalam epilog Aku Orang Susah

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton filem ni dinasihatkan menontonnya.  Ianya sangat bagus untuk beri motivasi dalam kehidupan. Terutama di kala berada dalam fasa paling bawah dalam kehidupan. 

Ceritaita

Ulasan

  1. selalu lalu tapi x pernah tgk plak.. leh layan ni

    BalasPadam
  2. kalau cerita psal bapa, mesti bergenang air mata..lg2 kita nmpk betapa struggle nya bapa kita nk membesarkan kita

    BalasPadam
  3. ada dalam harddisk tapi tak pernah tengok,nak tgk la nanti...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum