Cabaran Menulis Day 8 : The Power of Music - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis Day 8 : The Power of Music Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis Day 8 : The Power of Music

Kuasa Muzik



Assalamualaikum semua, tajuk cabaran menulis hari ni agak menarik jugak. The Power of Music atau maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah Kuasa Muzik. Bunyi macam begitu sastera kan? Haha.. aku sebenarnya sangat sukakan tajuk ni sebab aku sangat sukakan muzik. Tapi sebelum kita cerita pasal kuasa muzik dalam hidup aku marilah kita ke maksud sebenar Kuasa Muzik tu dulu.

Maksud Sebenar The Power Of Music

Maksud sebenar Kuasa Muzik ni sebenarnya ialah muzik yang mampu memberi kegembiraan dan ketenangan. Mengapa muzik boleh memberikan ketenangan? Sebenarnya dengan mendengar muzik boleh menyebabkan kita menghasilkan 3 bahan kimia dari badan iaitu dopamin, serotonin dan oxytocin. Ketiga-tiga hormon ini boleh menyebabkan kita rasa lebih senang dan tenang.

Dengan muzik juga, kajian menunjukkan muzik mampu mengurangkan anxiety, tekanan darah, rasa sakit dan juga boleh meningkatkan kualiti tidur, membaiki mood, meningkatkan kesedaran mental dan juga kecerdasan memori. Muzik juga boleh meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan

Kuasa Muzik dalam Hidupku


Keluarga Yang Sukakan Muzik

Kalau tanya aku apa yang best pasal muzik dalam hidup aku? Keluarga aku sangat sukakan muzik. Ada adik-beradik yang cukup pandai menyanyi, cuma tak masuk pertandingan je. Abah aku sendiri pandai menyanyi, suara abah cukup sedap.. cuma sayang abah tak pandai membaca satu masa dulu. Banyak dari lagu yang abah nyanyikan abah hafal sendiri liriknya.

Minat dengan lagu

Aku sendiri pun suka juga menyanyi walau tak pandai menyanyi pun. Cuma tidaklah sampai nak menyanyi di setiap masa pun. Aku suka juga dengar lagu dan menyanyi sendiri kalau lagu tu best untuk dinyanyikan. Punyalah minat dengan lagu sampaikan di zaman sekolah dulu, aku siap ada buku lirik lagu semua lagu yang aku suka atau tengah top masa tu. 

Muzik Mengubah Hidup

Tapi itu di zaman mudalah dulu. Tak dinafikan la muzik banyak mengubah hidup aku. Antaranya aku yang merupakan seorang budak kampung banyak belajar bahasa Inggeris melalui lagu. Masa tu bila suka dengar lagu tu kat mana-mana terutama radio akan usaha cari lirik dan cuba-cuba nyanyi. Sedikit sebanyak ianya membantu kita yakin berbahasa asing selain bahasa Melayu yang kita gunakan sehari-hari.. Maklumlah nak ke tuisyen bukan berduit pun zaman tu..

Muzik Yang Memberi Motivasi

Pada aku sendirilah, muzik banyak memberi motivasi dalam hidup aku. Ada tu kadang-kadang waktu kita dengan berada di tahap yang paling bawah dalam hidup kita bila terdengar je lagu yang kena dengan situasi macam rasa terpujuk hati dan boleh bangkit semula. Itulah yang dipanggil kuasa muzik atau the power of music dalam hidup kita kan..

Penyanyi yang Memberi Kesan Terhebat



Kalau ditanya siapa artis atau penyanyi yang mampu memberi kesan hebat dalam hati aku atau hidup aku sehingga kini, tentulah aku akan jawab Datuk Ahmad Jais. Kenapa pulak penyanyi zaman dulu ni yang menjadi pilihan kan? Tentu ada yang pelik.. Sebenarnya aku dibesarkan dengan banyak mendengar lagu-lagu yang didendangkan oleh beliau. Sejak kecil, abah suka nyanyi lagu beliau. Antara lagu yang abah suka nyanyi ialah Budi Setahun Segunung Intan. Macam melekat di ingatanlah dia punya lirik tu jadinya.

Sudahnya waktu aku bekerja dan ulang-alik dari Kuantan ke Kluang dulu. Siap aku beli 2 buah kaset Datuk Ahmad Jais ni buat peneman aku sepanjang jalan. Pasang muzik kuat-kuat dan ikut menyanyi....haha.. buruk betul perangai. Waktu tu masih bujang lagi. Best tu bila dapat dengar lagu yang kita suka sambil memandu. Kadang-kadang dok ulang lagu yang sama je sepanjang jalan.

Antara lagu yang aku suka dan suka menghayati liriknya ialah Mengharap Sinar Menelan Kabus, Budi Setahun Segunung Intan, Di Ambang Sore, Rebutan Aceh, Umpan Jinak di Air Tenang, Harapan Kecewa, Menanti di Ambang Syurga, Kau Pergi Tanpa Relaku, Menimbang Rasa, Gelisah dan Hidup Bukan Untuk Menderita.. 

Paling aku suka lirik lagu Hidup bukan untuk menderita. Jom baca sama-sama liriknya.

Lirik Lagu Hidup Bukan Untuk Menderita

Nyanyian Datuk Ahmad Jais

Jangan dikenang kala engkau seorang
Jangan diingat kala engkau termenung
Mungkinkah hati rasa ragu dan bimbang
Tiada siapa akan menolong

Lupakan sudah kisah yang telah lalu
Jangan diikut kata hatimu sayang
Apalah guna duduk bersedih pilu
Cari hiburan sambil berdendang

Hidup kita bukan untuk derita
Juga derita tidak selamanya
Jangan dibuang usia yang masih muda
Agar tak kesal di hari muka

Dunia kita luas indah terbentang
Pilihlah satu jalan yang kau sukai
Asalkan imanmu tidak bergoncang
Semoga Tuhan akan memberkati

Hidup kita bukan untuk derita
Juga derita tidak selamanya
Jangan dibuang usia yang masih muda
Agar tak kesal di hari muka

Dunia kita luas indah terbentang
Pilihlah satu jalan yang kau sukai
Asalkan imanmu tidak bergoncang
Semoga Tuhan akan memberkati
Semoga Tuhan akan memberkati

Apa pulak kuasa muzik kat korang?

Ceritaita

Ulasan

  1. Kak Sue pun suka muzik, sesekali layan juga kat rumah nie..

    BalasPadam
  2. fuhh..kita kenal orgnya...tp lagunya x taw..mungkin pernah dgar, tp x taw sape nyanyi...cmtu lah..bukan kata penyanyi zaman dulu je..penyanyi zaman skng pun sama...dgr lagu, tp x taw sape nyanyi..hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum