Cabaran menulis Day 4 : Place You Want To Visit - Cerita Ita                                                             Cabaran menulis Day 4 : Place You Want To Visit Langkau ke kandungan utama

Cabaran menulis Day 4 : Place You Want To Visit

Tempat Yang Ingin Dilawati

Assalamualaikum semua, wah.. kita dah sampai ke tajuk yang agak best bagi orang yang kuat berangan-angan..haha.. aku paling suka karang penulisan dari cambahan idea angan-angan.. jadi apa dia pengisian bagi cabaran penulisan 30 hari kali ni iaitu tempat yang ingin dilawati.. aku ada banyak sangat senarai bila sebut tempat yang nak dilawati ni.. ianya sentiasa menjadi angan-angan yang belum lagi tercapai.. Marilah aku senaraikan tempat-tempat yang aku teringin nak pergi ni..



Dalam Negara

Aku siap ada senarai tempat untuk dalam negara dan luar negara yang aku nak lawat.. Senarai dalam negara ni agak penting sebab banyak lagi tempat yang kami sekeluarga belum berpeluang nak jejakkan kaki lagi. Kalau ikutkan aku ni sejenis kaki berjalan jugak.. tapi apakan daya kami ni kurang sikit dari segi kemampuan kewangan.. maklum sajalah bila dah ada anak ramai dan dikategori kan sebagai keluarga besar ni kena aturkan semuanya harus mengikut bajet yang telah kami tetapkan..

Jadi disebabkan kekangan kewangan ni ada beberapa tempat dalam negara Malaysia ni yang kami belum pernah jejak lagi.. Kat mana tu? jom baca..

1. Langkawi



Kami belum lagi berpeluang ke sini walaupun Langkawi antara destinasi popular yang sudah menjadi tempat lawatan biasa bagi sesetengah orang. 

2. Perlis



Negeri yang pada kami nun jauh di hujung utara tanah air. Nak sampaikan ke Pulau Pinang pun kami dah terasa sangat jauh.. inikan pulak kalau ke Perlis.. tapi memang teringin la ke sini dengan ahli keluarga..

3. Sabah



Teringin betul nak merasa makan makanan laut yang segar dan murah seperti yang diceritakan oleh ramai orang mengenai Sabah..teringin juga nak melihat pemandangan indah di bawah Gunung Kinabalu.. bawah je la pasal nak mendaki sampai atas puncak tu memang bukan aku la orangnya.. aky gayat dengan tempat tinggi-tinggi ni..

4. Labuan



Cukuplah 4 negeri ni untuk tempat yang ingin dilawati dalam negara Malaysia.. negeri-negeri ni ada je dalam penceritaan aku sebelum ni pasal 5 keunikan negeri dalam Malaysia..


Luar Negara

1. Turkiye



Semua orang yang dah pergi ke sini kata akan ulang pergi lagi.. jadi tak perlu kot nak nyatakan kenapa teringin nak pergi sini..

2. Jepun



Dari dulu sebenarnya aku pernah berangan nak sambung belajar sampai Jepun ni.. tapi disebabkan aku bukanlah pelajar yang cerdik pandai jadi impian tu tinggal impian je la.. semoga ada rezeki aku akan sampai satu masa nanti.. mana tau kan..

3. Mekah dan Madinah 



Ini merupakan antara tempat impian semua umat Islam. Aku pun tak terkecuali.. cemburu juga bila melihat ada kawan-kawan yang dah berpeluang ke sini.. lagi-lagi bila umur makin bertambah, terfikir entah bila ada jemputan Allah untuk ke sini.. sementara menunggu tu aku doakan semoga umur aku panjang, badan aku akan sentiasa sihat supaya bila aku dimurahkan rezeki untuk jejak kaki ke tanah suci umat Islam ni satu hari nanti aku akan berjaya beribadah tanpa gangguan kesihatan dan fikir pasal hutang.. amin..insyaAllah..

Korang punya tempat impian di mana pulak?

Ceritaita


Ulasan

  1. Sya pun teringin sangat nak pergi turki!

    BalasPadam
  2. Sama kak list kita... kalau dalam Malaysia nak pergi Langkawi.. Kalau luar negara Jepun, Mekah & Madinah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...