Cabaran Menulis Day 6 : Single and Happy - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis Day 6 : Single and Happy Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis Day 6 : Single and Happy

Bujang dan Gembira

Assalamualaikum semua, disebabkan nak kejar hari yang banyak tertinggal di belakang. Kita mungkin akan ada 2 blogpost cabaran menulis ni pada satu hari yang sama. Mungkin la nanti di hujung-hujung ke kan.. Kali ni tajuk dia agak mencabar. Kena ceritakan pasal benda yang dah lepas. Kisah semasa bujang dan gembira. 

lupa dah gambar ni diambil di mana.. 


Bujang

Masa baca tajuk je aku dah macam tiba-tiba 'blank'.. tiba-tiba tak berfungsi otaknya.. sebab banyak perkara waktu aku bujang tu aku dah lupa atau nak dilupakan kisahnya. Aku malas nak ingat. lebih-lebih lagi kisah di zaman kegelapan dulu. Eloklah benda tu semua dilupakan dari sejarah kehidupan. Lebih lagi kalau boleh aku tak mau anak-anak tau waktu kisah maknya sedang lalai satu ketika dulu diungkit-ungkit dalam lipatan sejarah. Biarlah ianya terus menjadi sejarah yang taknak kuulang lagi.

Jadi Pengajaran

Tapi setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan? Jadi aku perlu jadikan ianya satu pengajaran bermakna dalam kehidupan. Setiap kesilapan langkah di satu masa dulu jadikan ianya satu pengajaran besar dalam kehidupan hari ini. Jangan sesekali diulang dalam apa jua keadaan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, cuma kita sajalah hambaNya sentiasa perlu ingat dan berserah padaNya dalam apa jua keadaan.


Kisah Baik dan Gembira 

Kisah Di Asrama

Tapi bukanlah sepanjang hidup membujang tu adalah zaman kegelapan dalam hidup aku. Ada juga masa-masa gembira yang ada dan sentiasa menjadi kenangan semasa bersama kawan-kawan dulu. Paling aku tak boleh lupa adalah kehidupan pertama apabila keluar dari rumah mak abah. Waktu tu baru berusia 13 tahun.. baru kenal dunia.. nak buat apa satu pun tak tau.. dengan bekalan seadanya dari rumah termasuk pakaian dan lain-lain, aku mengorak langkah baru dalam kehidupan.

Kehidupan yang sangat asing. Dari menjadi budak 'nerd' sepanjang di sekolah rendah aku berubah menjadi orang yang boleh bergaul di sekolah menengah. Cukup sekadarnya bagi melepasi cabaran hidup di asrama. Di waktu lainnya aku lebih gemar bersendiri. Ada masa juga aku sertai aktiviti sosial di asrama tapi amat jarang-jarang kukira..

Kehidupan di asramalah yang banyak membentuk aku yang hari ini. Aku lebih berdikari dan lebih mudah sesuaikan diri dengan keadaan. Sedikit sebanyak banyak jugak kisah gembira semasa aku tinggal di asrama dulu yang menjadi ingatan hingga ke hari ini. Bukan hanya kenangan, sahabat untuk berkongsi kisah gembira ini juga masih ada sehingga hari ini.

Kisah di Universiti

Semasa di Universiti inilah mengajar aku tentang kehidupan sebenar. Ianya bukanlah segembira yang dinyatakan oleh banyak orang. Tapi ianya juga bukanlah begitu sengsara. Tapi ianya agak sukar buat mereka yang datangnya dari keluarga bukan orang senang macam aku ni. Segalanya perlukan pengorbanan. Cuma aku bersyukur Allah pelihara iman aku yang tipis seperti kulit bawang ini dari terlibat dengan perkara yang tak sepatutnya semasa di Universiti dulu.

kenangan di tempat praktikal satu ketika dulu.. ladang ni pun dah ditutup


Gembira di Kemuncak Kejayaan

Ada banyak pengalaman pahit dan gembira diadun bersama membentuk kehidupan. Disebabkan tajuk perlu cerita yang gembira. Jadi itu yang perlu kufokuskan. Antara kisah gembira dalam hidup yang tak dapat aku lupakan adalah kejayaan aku berjaya dalam peperiksaan akhir Majlis Veterinar Malaysia pada tahun akhir. 

Itu adalah kemuncak kejayaan dalam hidup yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Lagi la bila kau adalah antara yang tersenarai dalam senarai yang bakal gagal kata orang-orang tertentu. Tapi siapalah mereka untuk menidakkan usaha kami yang belajar tanpa jemu ini. Allah sentiasa melihat dan kasihan dengan hambaNya. 

Waktu diumumkan keputusan berjaya merangkul sijil Doktor Perubatan Veterinar dulu, masih dapat kubayangkan keadaannya.. melangkah keluar dari dewan menghala ke papan markah ketika itu macam tak rasa kaki yang melangkah.. kebas dan tak tentu rasa waktu tu.. bila sampai di papan markah yang terpapar senarai nama.. di celah kerumun kawan-kawan seangkatan.. seakan tak nampak nama aku di situ..

Bila terpandangkan namaku tersenarai dalam puluhan nama yang lain, Ya Tuhan... syukurnya aku waktu tu.. hilang segala sesak nafas, hilang segala gundah gelana, hilang segala kerunsingan, hilang segala kepenatan tak tidur malam berhari-hari kerana dikorbankan untuk belajar, hilang segala kelaparan yang selama ini sengaja kuikat perut kerana semata-mata untuk sekeping ijazah.. 


Terpadam Kisah Derita

Kegembiraan yang satu ini menenggelamkan segala kisah derita sepanjang 6 tahun perjalanan untuk mendapatkannya. Betul.. aku auto jadi terlupa semua keperitan hidup waktu tu. Sinar cahaya menerangi dari setiap sudut. Allah Maha Besar dan Allah Maha Kaya.. dia tak pernah abaikan setiap hambanya.. hanya kita yang selalu lupa. 

Aku terus telefon mak di kampung supaya berita dapat disampaikan segera. Dan mak menyampaikan berita itu kemudiannya kepada abah.. kedua insan hebat ini tentunya menjadi insan yang paling bersyukur dan gembira ketika itu. Syukurnya mereka tentulah tidak terkata.


Single and Happy


Secara jujurnya waktu bujang itu sentiasa akan memberi rasa tenang bagi orang yang suka bersendirian macam aku ni. Ianya memberi aku masa untuk membuat semua benda yang aku suka tanpa ada halangan dari sesiapa pun. Ianya juga memberi peluang untuk aku merasa kehidupan gembira dan bahagia dengan cara aku sendiri.

gambar di tahun 1998~zaman matrikulasi


Walaupun begitu, bagi aku keluarga kecil yang aku ada sekarang ini ianya seperti melengkapkan kehidupan aku pada waktu kini.. memberi kehidupan yang tidak kurang bahagianya. Mempunyai insan yang dapat menyayangi kita seadanya bila diperlukan juga memberi bahagia yang tidak terkata. Ianya nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan apa jua perkataan.

Bahagia dulu ketika bujang dan bahagia sekarang ketika berkeluarga adalah sesuatu yang berbeza tapi sama. Ianya datang tepat dan sesuai pada masa dan ketikanya. Hari ni tulisan jadi agak serius sebab kisah kehidupan aku yang agak perit beri kesan agak mendalam dalam kehidupan. Susah untuk bergurau dengan kisah kehidupan yang satu ini..

Ceritaita

Ulasan

  1. zaman belajar memang zaman yg paling happy kan... but time belajar tu, x sabar sungguh rasanya nak keja

    BalasPadam
  2. pengalaman yang mengajar kita utk lebih dewasa...semoga kita dapat membantu anak2 mnjalani kehidupan yang semakin mencabar ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...