Cabaran Menulis Day 2 : Things That Makes You Happy - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis Day 2 : Things That Makes You Happy Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis Day 2 : Things That Makes You Happy

Benda Yang Buat Kau Gembira


Assalamualaikum semua,  dalam dunia ni ada banyak benda boleh buat hidup aku gembira sebenarnya.. sebabnya macam aku tulis dalam entri Cabaran Menulis Day 1 : Describe Your Personality semalam la.. aku ni simple/mudah je orangnya.. Jadi nak gembirakan aku pun sangat mudah..


Tapi nak lagi mudah aku senaraikanlah 3 benda teratas yang boleh buat aku gembira.. benda yang tak perlukan kos mahal dan mudah nak dapat di mana-mana.. asalkan kau ada sedikit kerajinan ya.. 


1. Aiskrim @ Ais kisar



Ada ke yang pelik aku tulis ni? Aku sangat suka aiskrim atau ais kisar. Sukanya kalau dapat makan benda sejuk-sejuk macam ABC semua tu.. Dulu-dulu ada kedai nama ice room.. suka aku makan ais kisar dia yang cair je di mulut.. 


Teringat kisah setiap kali mengandung.. dari kandungan pertama dulu masa mengandungkan Abg Long aku akan cari aiskrim setiap hari ok.. dulu-dulu pulak duduk PJJ dengan Shah dan aku akan balik rumah jalan kaki.. Jadi setiap hari aku akan singgah kedai runcit dekat rumah flat dekat area rumah sewa aku semata-mata nak beli aiskrim.. bukan beli satu pulak tu tapi 3 batang ok.. 


Tapi zaman tu aiskrim masih harga 50 sen je sebatang.. jadi takde hal la kan.. kalau jaman ni mau kau gigit jari Ita oiii.. Tabiat makan aiskrim setiap kali mengandung ni berkurang bila masuk anak nombor 4 dan aku disahkan ada GDM waktu tu.. kenalah kawal makan kan.. 


Eh GDM? Apa tu? 


Haa..  sesiapa yang taktau maksud GDM tu marilah aku terangkan sekali dah alang-alang kan.. GDM tu maksudnya gestational diabetes mellitus yang dalam bahasa melayu dia ialah Diabetes Ketika Hamil atau bahasa pasar dia Kencing Manis Ibu Mengandung.. 


Ianya terjadi bila orang yang tak pernah ada masalah diabetes sebelum mengandung dan dia ada masalah kencing manis ketika mengandung.. 


Berapa bacaan yang dikategorikan sebagai GDM ni?  


Dia ada 2 bacaan yang perlu dibaca bila dah buat ujian MOGTT untuk GDM ni.. bacaan sebelum minum air gula (glukosa) dan 2 jam selepas minum air gula.. itu yang aku selalu menangguk lama kat klinik kesihatan masa mengandung keempat dan kelima dulu.. 


Ujian ni dibuat di awal kehamilan kalau korang memang jenis berisiko tinggi dapat GDM.. kalau tak termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi akan diuji bila umur kehamilan cecah 24 minggu ke atas je.. 


Bacaan keputusan MOGTT sebelum minum air gula mestilah bawah dari 5.1 baru dikira normal.. mana-mana bacaan atas atau sama dengan 5.1 dah ditanda merah dan kira tak normal ya.. Bacaan 2 jam selepas minum air gula pula mesti kurang dari 7.8.. kalau sama dengan atau tinggi dari 7.8 dikira tidak normal dan kategori GDM.. 


Siapa yang berisiko dapat GDM ni? 


Risiko paling tinggi ialah mereka yang ada sejarah ahli keluarga yang ada Diabetes macam aku la ni..  Umur tak kira ok.. Bermula dari umur 25 tahun ke atas pun dah boleh kena dah.. Yang ada berat berlebihan sebelum hamil lagilah berisiko macam aku jugak la ni dulu.. Yang ada sejarah melahirkan anak lebih 4kg pun ada risiko ok.. 


Eh panjang pulak aku cerita pasal GDM ni.. nak maklumat lanjut boleh la baca info Maksud GDM atau Diabetes Ketika Hamil ni.. jom kita sambung kisah benda yang boleh buat aku gembira pulak.. 


2. Buku



Tak reti nak terangkan betapa buku akan menjadikan aku seorang insan yang sangat gembira. Sebab ulat buku je yang faham kot.. Tapi buku memang buat aku bahagia sangat-sangat sebab aku sangat suka membaca.. 


Dari aku kecik dulu asal terjumpa je kertas apa-apa pun walau ketika tu aku tengah menyapu eh boleh berhenti la habiskan baca kertas tu dulu.. buruk betul tabiat.. tapi siaplah makan ceramah dengan mak aku dulu.. 


Jadi aku paling suka kalau orang bagi hadiah buku.. boleh senyum sampai telinga.. tapi buku-buku yang aku suka kebanyakkannya adalah buku novel atau fiksyen berkaitan jenayah.. kisah mahkamah, kisah kemanusiaan dan sejarah.. Buku novel cinta aku kurang sikit.. 


Kalau buku ilmiah pulak aku suka buku agama dan buku-buku motivasi dan kepimpinan.. Itu yang dulu bila koleksi buku aku rosak masa kisah Banjir di Johor Bahru dulu tu betul-betul buat aku sedih.. 


3. Coklat



Aku taktau la kenapa coklat selalu buat aku rasa gembira. Bila aku stress atau susah hati mesti aku akan cari coklat.. Ianya sangat menenangkan.. Kalau dapat aiskrim coklat kira double happiness la buat aku tu.. kalau dapat dark chocolate lagi la nikmat..


Mungkin sebab coklat mampu membuatkan kelenjar pituitari di otak merembeskan hormon endorfin yang boleh menyebabkan seseorang rasa gembira dan boleh menggelakkan kemurungan agaknya.. 


Tapi tak kisahlah apa sebabnya pun tapi coklat antara 3 benda yang mampu aku buat aku rasa gembira.. Korang suka coklat jugak ke tak? 


Aku rasa cukuplah aku senaraikan 3 benda ni sebagai benda teratas yang buat aku gembira.. 2 antaranya adalah makanan yang aku pasti ianya bukan hanya buat aku gembira tapi ramai orang boleh gembira dengan makanan... ya kan?


Ceritaita

Ulasan

  1. siap dah utk day 2... MA masih dlm draf lagi....
    good morning di sini!!!

    BalasPadam
  2. memang kalau sedih elok carik sumthing yang manis2..sebab dekat manis tu sendri ad hormon yang menenangkan...mcm gitu je lah sekadar yang linda tahu...hihihi

    BalasPadam
  3. wahhh dah ada cabaran hari 2 tu... Hebat!.. on my way too for 2nd article :)

    BalasPadam
  4. saya pun suka ais kisar, coklat dan buku

    BalasPadam
  5. sya suka makan dekat mykori tuu! sedap makan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...