Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa dengan anak-anak bereksperimen.. main ujikaji sains sikit la bagi otak berkarat ni berkilat semula.. sambil-sambil tu kita bagi anak-anak bermain dan otak mereka berfikir sikit.. yang bestnya kali ni kita main dengan benda yang bebudak suka.. nak tau apa tak? main ujikaji dengan sabun.. tapi ni kali bukan dengan sabun biasa-biasa ya... kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali ..  Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali kenapa kami nak buat ujikaji ni? sebabnya dah ada banyak sabun antibakteria di pasaran yang dikeluarkan sekarang ni tapi pernah ke kita tau yang sabun tu semua adalah sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan tidak membahayakan anak-anak? bila si kakak husna baru -baru ni kena g...

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak  assalamualaikum semua,  baru ni kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak.. kalau kat JB ni nak jumpa durian murah agak susah jugak.. rasanya sebab faktor duduk dekat dengan negara jiran, jika tak berapa laku pun dijual di JB masih ada pasaran di negara jiran.. ini pendapat aku la.. apa pun meh la aku cerita pasal kisah aku beli lagi durian murah untuk makan anak beranak ni..  Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak  asalnya masa tu aku tinjau post kawan-kawan yang lalu kat facebook tu semua.. tiba sampai kat post seorang kawan ni dia tunjuk dia beli durian murah kat area Kulai.. teruja la aku yang hantu durian ni tengok gambar kan.. terasa-rasa la kat tekak tu kesedapan durian tu haa..  ada budak makan tak toleh kiri kanan..  jadi aku ambik keputusan tinjau la kawasan penjual durian di Johor Bahru ni haa.. dan kawasan sekitar la.. termasuk brader yang jual durian murah kat Bandar...

Selamat hari raya AidilAdha 1442H

Selamat hari raya AidilAdha 1442H assalamualaikum semua, dah hari terakhir hari raya AidilAdha hari ni.. alhamdulillah semoga semuanya dapat merayakan hari raya lebih baik ada tahun ni.. walaupun kita masih merayakan dalam masa PKP seperti hari raya Aidilfitri hari tu..  tapi diharap masih dapat diraikan sebaiknya oleh semua orang.. Selamat hari raya AidilAdha 1442H..  Selamat hari raya AidilAdha 1442H walaupun dah hari terakhir aku tetap nak ucapkan jugak selamat hari raya.. sebab masa raya Aidilfitri hari tu aku terlupa nak buat blogpost pasal raya.. bila cari satu pun takde.. sedih betul.. takmau diulang lagi dah..  Hari Raya Korban tahuni ni sekali lagi kita berkorban tak dapat balik beraya dan terpaksa beraya di dalam rumah dalam musim PKP dan ada yang sedang dalam PKPD di sesetengah kawasan.. masa raya puasa hari tu kat kampung mak abah aku dikenakan PKPD betul-betul sehari sebelum raya.. alhamdulillah yang penting mak abah serta adik sekeluarga dihidari dari wabak ...

Resepi Vadei yang mudah

Resepi Vadei yang mudah Assalamualaikum semua,  hari ni tetiba rasa nak buat sendiri kuih vadei kegemaran ni.. selalunya beli je.. bila dah PKP ni asyik payah je rasa nak pegi kedai semua tu.. jadi kita buat je la sendiri.. resepi vadei ni senang jugak rupanya.. itu pun lepas aku terjumpa kat facebook resepi vadei yang mudah nak buat tu yang laju-laju suruh shah beli kacang dhal.. ala kacang dhal beli kat kedai eco je pun.. rm2.10 boleh dapat 43 biji yang sedang-sedang.. boleh la kan..  Resepi Vadei yang mudah eh korang tau tak Eco Shop ni ada jual barang online jugak? kalau yang rasa tak selamat nak pergi dan beratur ramai-ramai kat Eco shop tu elok la beli online je kat https://shp.ee/gumwvzb .. kaki pun tak penat berdiri.. order je tau-tau barang terus sampai rumah.. kalau ada nak menyumbang kat keluarga atau sesiapa pun boleh sesiap order minta hantarkan ke alamat yang korang nak.. senang benar guna link https://shp.ee/gumwvzb je..  selesai!  ni haa semua yang ...

Belajar makan makanan Korea pulak

Belajar makan makanan Korea pulak Assalamualaikum semua, baru ni kami belajar makan makanan Korea pulak.. puncanya ada ternampak iklan di facebook jual makanan Korea yang sedap ni.. lama jugak la berkira-kira nak beli ke tidak.. risau jugak nak beli awal-awal tu.. risau yang kami ni tak reti nak makan pulak.. eh korang faham tak perkataan reti tu? reti tu bermaksud pandai atau tau.. kiranya risau kami ni tak pandai makan la..  Belajar makan makanan Korea pulak jadinya memula kami tanya-tanyalah dulu apa menu yang ada.. ternyata penjual ramah je nak menjawab persoalan kami.. ditunjukkan gambar menu pilihan yang ada macam kat bawah ni.. mula la rambang mata nak pilih.. dan kemudiannya kami cuba 2 menu.. menu ayam goreng sahaja dan ayam goreng bersama ramen.. alhamdulillah.. terbukti sedap dan memenuhi citarasa.. sesiapa yang nakkan menu Korea sekitar JB berbaloi la cuba.. harga masih dalam kategori mampu beli..  menu pilihan menu pilihan Belajar makan makanan Korea pulak makanan...

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya Assalamualaikum semua, siapa yang rasa PKP ni makin lama dah makin menyesakkan jiwa? Sebab aku tengok makin ramai yang dah buat ujian tekanan yang ada di laman web Hospital Sungai Buloh tu dan makin ramai yang dapat keputusan yang agak menakutkan.. kalau sesiapa nak buat ujian tu nanti aku akan kongsikan linknya.. cuma kali ni aku nak ceritakan pasal terapi yang boleh dibuat kalau rasa diri dah alami tekanan melampau tu..  Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya Korang kena check jugak anak-anak yang ada terkurung kat rumah sejak PKP 3.0 bermula juga ya.. dan nak masuk 2 bulan dah pun.. kalau kita orang dewasa boleh rasa bosan terperap kat rumah.. macam tu juga anak-anak.. boleh dah mula tanya-tanya anak-anak atau bagi terapi untuk mereka.. antara yang boleh dibuat pada musim PKP ni ialah korang bawak pergi lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya..  Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya ya.. percuma je tak perlu bayar.. korang ...

Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia

Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia  assalamualaikum semua,  hari ni aku rasa macam nak tulis macam-macam kat blog ni.. kalau korang perasan sejak akhir-akhir ni aku agak rajin menulis di blog ni.. sebenarnya tengah stress dengan kerja jadi kenalah cari jalan keluar dengan menulis.. menulis boleh hilangkan stress.. kalau tak hilang pun boleh la mengurangkan tekanan tu sikit.. jom kita cerita asal review makanan la pulak.. baru ni kami makan pizza dari US Pizza Malaysia! meh la cerita macamana boleh terjebak beli dan apa je pizza yang kami dah cuba.. Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia walaupun US Pizza ada bagi pizza percuma kepada yang dah vaksin tapi sesungguhnya kami tak makan pizza percuma tersebut kerana kami tidak layak dan belum lagi sampai giliran untuk divaksin.. cerita pasal kami makan pizza dari US Pizza Malaysia ni bermulanya begini.. memula hari tu aku saja-saja la survey aplikasi lazada.. nak tengok apa promosi yang ada.. sekali tu ternampak ada jual kupo...