Logo KBBA

Sabtu, 29 Jun 2013

Final Piala FA 2013

assalamualaikum semua,

semua orang tengah sibuk menghadap tv untuk tengok bola sepak FA akhir malam ni...perlawanan akhir piala FA 2013 eh ke 2012? entah aku tak tau sangat la...haha... team yang lawan tu Pasukan Red Warrior Kelantan dengan Pasukan Harimau Selatan Kelab JDT..

aku? anak beranak tgh layan tv IQ ni..hahaha...kami tak hantu bola dan tak ambik port pun sapa yang menang...walaupun aku orang johor tapi yang main ni kelab JDT kan? dan yang main pun ramai bukan orang johor pun...so tak semangat sangat la nak sokong pun..

tau-tau je kang ada kawan-kawan yang update siapa yang menang piala tu kang...

tapi aku cuma harap satu je la kalau dah abis perlawanan tu nanti...harapnya janganlah ada penyokonh yang menang tu menulis dalam mana-mana media bahasa yang agak kurang sopan kepada pihak lawan..atau meletakkan status di mana-mana seperti mengejek atau memperkecilkan pihak yang satu lagi..walaupun yang korang sokong tu menang ataupun kalah..

bola sepak je pun...jangan sampai orang lain yang jadi juara dan dapat ganjaran tapi kita pulak yang dapat musuh...

peace no war..hehe...

p/s malam ni nak start projek juta-juta...lusa ada surprise untuk korang...terutama yang tinggal di kuantan

Jumaat, 28 Jun 2013

Aku menang!

assalamualaikum semua,

dua tiga hari ni asyik dengar banyak berita... ada yang sedih dan ada yang gembira...

berita sedih yang aku dengar adalah kemalangan yang melibatkan suami pada junior kami zaman sekolah dulu...

26/06/2013 4:27pm

KUALA PILAH - Seorang doktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28.5 Jalan Seremban - Kuala Pilah di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Abd Aziz Sabran, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Klinik Kesihatan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai.
Katanya, sampai dilokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2XVBRNMWY 
Hakcipta terpelihara 


takziah buat keluarga mangsa... terutamanya isteri beliau yang sedang mengandung anak keempat... semoga Allah kuatkan dan tabahkan hatinya menghadapi dugaan...amin... tabah ye dik..

dan berita gembiranya aku dah menang peraduan Dutch Lady....



dapat no 2 tu... alhamdulillah... terima kasih Dutch Lady...

ada peluang lagi untun menang... sesiapa yang teringin nak menang boleh ke SINI...

Khamis, 27 Jun 2013

Kursus Ilmu Keluarga

assalamualaikum semua,

aku sekarang ni tengah berada dalam sesi ceramah Ustaz Abdullah Muhamad dalam kursus anjuran LPPKN ..

aku pergi kursus ni dengan shah ni...shah kena paksa...hehe...kan bang?

kami pergi ke kursus ni sebagai pengisian untuk sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 7 baru ni...semalam dah gi sambutan lain...nanti aku cerita di entry lain ya...

ini salah satu cara kami untuk sambut anniversary kami kali ni..semoga dengan cara ni kami dapat perbaiki diri sebagai suami..isteri dan ibubapa yang lebih baik..inshaaAllah..

harap shah dapat bertahan sampai ke petang...amin... ini dia keluar kejap ambik abg long balik sekolah..

Ya Allah...permudahkan kami untuk memperolehi ilmumu hari ini...amin...

p/s minggu depan dah kena tinggalkan family lagi...mana nak jadi keluarga sakinah ni...

Rabu, 26 Jun 2013

Hujan Rahmat

assalamualaikum semua,

hari ni aku cuti...tengah nak mandikan anak-anak...

plan hari ni nak sambut ulang tahun kami dengan makan sesuatu yang berbeza dari biasa...inshaaAllah semoga dipermudahkan urusan kami...

hari yang agak mengembirakan rasanya...pagi yang agak suram sebab mendung...dan akhirnya hujan turun di bumi Kuantan yang dilanda masalah jerebu sama dengan tempat-tempat lain di seluruh negara...

alhamdulillah hujan di banyak tempat sejak semalam nampaknya mengurangkan banyak bacaan IPU yang agak tinggi di sesetengah tempat...termasuk kuantan...

untuk bacaan IPU terkini sehingga 9 pagi 26 Jun 2013 boleh rujuk di
www.nre.gov.my/Malay/Documents/IPU/Status%20IPU.pdf

p/s dah dapat hadiah anniversary semalam...tq bang...tidur dalam senyum..hehehe...

Selasa, 25 Jun 2013

Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 2013

assalamualaikum semua,

makin sihat petang ni?

kat kuantan ni jerebu makin kurang.... semalam dah beli eye mo regular yang warna hijau untuk letak kat mata anak-anak.. mata sendiri? hehe... tak yah la kot... tak rasa pedih dah ni... tak perasan pulak berapa harga dia... shah yang beli semalam.. aku duduk dalam kereta je dengan anak-anak.. malas la nak keluar.. bukan sebab jerebu pun cuma kalau dah keluar semua nak dibeli... huhuhu... tak memasal duit yang ada tak cukup pulak kang... hehehe....


masterchef selebriti musim ke 2 akhir 


malam ni ada Final Masterchef Musim ke 2... harus tengok ke tak harus ni?.... aku bukan pengikut tegar pun sangat... memula dulu ye la... tapi dah lelama ni sebab dah tak ramai dan semakin serius aku macam rasa tak best sangat nak tengok....

tapi memang ada perubahan la semenjak tengok masterchef ni kan.... telur dadar biasa tu dah bertukar menjadi omelet orang putih kat rumah kami yang semua orangnya majoriti coklat-coklat je kulitnya ni haaa.... hehehe... tersampuk masterchef la konon....

dan malam ni keputusan yang tentunya dinantikan oleh semua peminat mastercher selebriti musim kedua ni....

kalau tanya aku siapa yang akan menang?

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

haa... nampak panjang hmmm aku tu?
maknanya aku tak tau la tu....hahaha....

pada aku semuanya tergantung pada cabaran apa yang diorang kena buat malam kang.... sebab dua peserta akhir ni samaada syura atau celina... dua-dua boleh tahan.... kalau aku memang fail la nak masak kat orang ada-ada macam diorang dah buat... ketar lutut wooo...

cuma pada aku syura mungkin ada kelebihan sebab dia jenis cool dan sangat tenang.... bak kata chef joe semalam... more humble...

kalau celina pulak... dia memang pro memasak dari orang lain yang masuk masterchef musim kedua ni... tapi sebab dia ni mungkin jenis tak tahan pressure kot... muka dia pun dah macam lain benor dari memula masuk dulu... dulu dia lebih tenang dan muka tak tegang macam sekarang ni...

apa pun yang berlaku dan siapa pun yang menang aku harap takde orang yang akan keluarkan statement yang akan mengunci periuk nasi orang lain.... terutama mereka semua pengkritik di Masterchef tu....

kekadang senyum sendiri aku baca.... hehehe... korang semua ni memang emosi gila kan? ala rancangan tv je pun... yang nak marah sangat nape? hehehe... siap ada yang pertikai kenapa orang tu boleh menang... masakan orang tu tak sedap la... korang boleh rasa ke? ajaib sungguh...

untuk yang bertanding... selamat maju jaya kat korang... buat yang terbaik ok..!

eh lupa nak tepek gambar eye mo yang aku beli semalam....


aku beli eye mo yang hijau tu.. 


p/s IPU dah semakin menurun di semua kawasan kecuali perak... update 25 Jun 2013 jam 1 petang http://www.nre.gov.my/Malay/Documents/IPU/Status%20IPU.pdf

Indeks Pencemar Udara (IPU) Seluruh Negara Terkini 25 Jun 2013 dan Jerebu sehingga Ogos

assalamualaikum semua,

IPU di sesetengah kawasan semakin baik berbanding semalam dan sesetengah kawasan mencatat bacaan yang makin teruk terutama di Perlabuhan Kelang... berhati-hati la semua...

di Kuantan sekolah dah mula bukak hari ni... tapi bacaan dah menurun sedikit berbanding semalam... tapi gelapnya macam sama je macam semalam...

tapi apa yang membimbangkan ialah laporan berita malam tadi ada mengatakan jika kebakaran hutan di Sumatera masih berlanjutan dan cuaca masih kering seperti sekarang tak mustahil kita akan menghadapi masalah jerebu ini selama 2 bulan lagi... iaitu sampai Ogos 2013 ni... maknanya raya dalam jerebu la kan..?

ok ini bacaan lengkap dari sumber setakat 7 pagi ini...dan sumber di bawah setakat jam 8 pagi ini dan akan dikemaskini setiap jam..


NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi62*##
JohorLarkin Lama82*##
JohorMuar165*##
JohorPasir Gudang68*##
KedahAlor Setar61*##
KedahBakar Arang, Sg. Petani87*##
KedahLangkawi51*##
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu95*##
KelantanTanah Merah83*##
MelakaBandaraya Melaka135*##
MelakaBukit Rambai160*##
Negeri SembilanNilai177*##
Negeri SembilanPort Dickson171*##
Negeri SembilanSeremban165*##
PahangBalok Baru, Kuantan92*##
PahangIndera Mahkota, Kuantan87*##
PahangJerantut137*##
PerakJalan Tasek, Ipoh139*##
PerakKg. Air Putih, Taiping142*##
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh182*##
PerakSeri Manjung288*##
PerakTanjung Malim175*##
PerlisKangar56*##
Pulau PinangPerai118*##
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai132*##
Pulau PinangUSM121*##
SabahKeningau53*##
SabahKota Kinabalu70*##
SabahSandakan50*##
SabahTawau42*##
SarawakBintulu68*##
SarawakILP Miri78*##
SarawakKapit78*##
SarawakKuching80*##
SarawakLimbang56*##
SarawakMiri80*##
SarawakSamarahan77*##
SarawakSarikei81*##
SarawakSibu92*##
SarawakSri Aman81*##
SelangorBanting292*##
SelangorKuala Selangor242*##
SelangorPelabuhan Kelang487*##
SelangorPetaling Jaya213*##
SelangorShah Alam289*##
TerengganuKemaman125*##
TerengganuKuala Terengganu101*##
TerengganuPaka95*##
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur198*##
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur186*##
Wilayah PersekutuanLabuan72*##
Wilayah PersekutuanPutrajaya195*##

7:00AM

API

Status

Areas

%

0-50Good26%
51-100Moderate2548%
101-200Unhealthy1936%
201-300Very Unhealthy59%
>301Hazardous11%


sumber dari SINI 
untuk bacaan lengkap semua daerah dan liputan bacaan seteiap jam terkini boleh tengok di sini 

http://www.nre.gov.my/Malay/Documents/IPU/Status%20IPU.pdf



p/s esok nak cuti celebrate anniversary... sambut kat dalam bangunan je la selamat kan?

Isnin, 24 Jun 2013

Indeks Pencemar Udara (IPU) seluruh negara dan gambar jerebu di Kuantan

assalamualaikum semua,

Indeks pencemar udara atau IPU pada 24 Jun 2013 di seluruh negara setakat jam 11 pagi tadi... bacaan jam 5 petang belum dikeluarkan lagi... tapi nampaknya kuantan macam mendung nak hujan... alhamdulillah...







sekitar jam 7.30 hingga jam 8.30 pagi tadi...


STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013 SELURUH MALAYSIA

(Sumber : AIR POLLUTANT INDEX MANAGEMENT SYSTEM)

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi78*74*#
JohorLarkin Lama111*107*#
JohorMuar148*132*#
JohorPasir Gudang83*75*#
KedahAlor Setar63*64*#
KedahBakar Arang, Sg. Petani75*77*#
KedahLangkawi58*57*#
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu108*114*#
KelantanTanah Merah90*93*#
MelakaBandaraya Melaka182*141*#
MelakaBukit Rambai260*170*#
Negeri SembilanNilai145*149*#
Negeri SembilanPort Dickson335*292*#
Negeri SembilanSeremban153*169*#
PahangBalok Baru, Kuantan198*191*#
PahangIndera Mahkota, Kuantan171*166*#
PahangJerantut106*111*#
PerakJalan Tasek, Ipoh70*73*#
PerakKg. Air Putih, Taiping63*66*#
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh79*82*#
PerakSeri Manjung141*148*#
PerakTanjung Malim128*137*#
PerlisKangar62*63*#
Pulau PinangPerai72*72*#
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai79*79*#
Pulau PinangUSM70*71*#
SabahKeningau78*77*#
SabahKota Kinabalu76*75*#
SabahSandakan50*50*#
SabahTawau39*41*#
SarawakBintulu75*77*#
SarawakILP Miri75*76*#
SarawakKapit63*66*#
SarawakKuching70*72*#
SarawakLimbang72*73*#
SarawakMiri81*82*#
SarawakSamarahan74*75*#
SarawakSarikei85*88*#
SarawakSibu85*102*#
SarawakSri Aman64*67*#
SelangorBanting178*180*#
SelangorKuala Selangor117*128*#
SelangorPelabuhan Kelang296*288*#
SelangorPetaling Jaya198*193*#
SelangorShah Alam157*162*#
TerengganuKemaman249*253*#
TerengganuKuala Terengganu95*98*#
TerengganuPaka159*158*#
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur191*198*#
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur157*160*#
Wilayah PersekutuanLabuan82*80*#
Wilayah PersekutuanPutrajaya155*152*#

Petunjuk / Legend

API

Status

0-50Baik / Good
51-100Sederhana / Moderate
101-200Tidak Sihat / Unhealthy
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>301Berbahaya / Hazardous

sumber : SINI 

sekolah yang ditutup di Pahang dah mula dibuka semula esok....sekolah abg long buka ke tak ye?kena call cikgu ni...

Semua Sekolah Di Kuantan Kembali Dibuka Esok
KUANTAN: Semua sekolah di Kuantan yang ditutup pada Isnin akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai Selasa, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail.
Beliau berkata kesemua 120 sekolah menengah dan rendah di daerah itu bagaimanapun diarah supaya tidak melakukan aktiviti luar dan ko-kurikulum.
"Semua pelajar dan guru-guru terlibat akan ke sekolah seperti biasa mulai esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Katanya, Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan garis panduan kepada semua sekolah sebelum ini dalam menghadapi masalah jerebu.
Semalam, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup pada Isnin.
Adnan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat.
Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat 12 tengah hari Isnin, IPU dua kawasan di Kuantan iaitu Balok Baru dan Indera Mahkota masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, masing-masing 198 dan 171. - BERNAMA
sumber : SINI



p/s bila berpuasa... tekak mula mintak macam-macam...menu apa yang sedap ye?

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7

assalamualaikum semua,

hari ni 24hb Jun 2013 merupakan hari yang sangat istimewa untuk kami... 7 tahun yang lalu....

tanggal 24hb Jun 2006... 7 tahun yang lalu kami selamat diijabkabulkan... terasa macam kejap je masa yang berlalu....kan bang?

dalam sibuk kita pejam celik... pejam celik... gaduh...gaduh... tetiba dah 7 tahun... hehe...

semoga perjalanan hidup kita yang masih jauh ini diperlihara oleh Allah dari segala keburukan dan semoga kita sama-sama boleh menjalankan amanah yang digalas di bahu kita sebaik-baiknya....

dan semoga hidup kita yang ketika ini ditemani anak-anak yang sangat comel sentiasa berbahagia hingga ke syurga....amin...

meh layan gambar kami masa dolu-dolu....


di hari pernikahan 24 Jun 2006 




di hari persandingan 22 Julai 2006 
ni pulak gambar masa kini.....


gambar terbaru 30 Mei 2013 .... kejap je keluarga "berkembang" kan? 


p/s ada sesiapa nak tambah komen? hehehe....

Sabtu, 22 Jun 2013

Indeks Pencemar Udara di Muar membimbangkan

assalamualaikum semua,

aku bersiaran dari kampung johor hari ni...alhamdulillah kami selamat sampai di kluang jam 2 pagi tadi..

sebenarnya plan nak balik memang takde tapi bila aku telefon mak semalam dan mak kata rindu dengan suara anak-anak..terus shah buat keputusan segera nak balik malam tadi jugak..kami bertolak jam 9.30 malam tadi..

jerebu di johor dah semakin membimbangkan..kat rumah mak aku ni pun suasana kat luar menyeramkan kami..dengan bahangnya sebab lama dah tak hujan...

sekarang di muar dah naik ke 453 bacaan pada jam 4 petang tadi..sayangnya web yang menjadi rujukan tak menunjukkan statistik semua daerah..terutama kluang yang kami duduk sekarang ni..

semoga kita semua dipelihara Allah dari apa jua yang tidak sihat..amin...

rujukan dari sini..
mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453
mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453 - http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/22/mstar_berita/20130622181654&sec=mstar_berita

p/s dapat makan sukun goreng hari ni kat rumah mak..best!

Jumaat, 21 Jun 2013

Xpress Deal: 100-Piece Cake Decorating Kit

assalamualaikum semua,

bagi peminat barangan hiasan untuk kek boleh jenguk sini untuk dapatkan barangan ni dengan harga istimewa... cuma RM28 je...



Xpress Deal: 100-Piece Cake Decorating Kit

p/s ada entry best nak masukkan tapi tak sempat nak buat juga....waaa...


Pengisian Hari Jumaat

assalamualaikum semua,

pagi ni ada program ceramah di tempat kerja kami ni...

Majlis Ilmu Penghayatan Ramadhan.. penceramahnya Ustaz Dr. Sihaebuddin bin Muhaiemin...

secara jujurnya aku tak kenal ustaz ni sebelum ni walaupun beliau merupakan penceramah tetap di Radio Selangor FM..

tapi pengisian yang sangat bagus...diminta untuk berkongsikan tentang penghayatan ramadhan tapi dia bukan saja kongsikan mengenai bulan ramadhan tapi ada juga tentang solat dan bulan syaaban..alhamdulillah..

sesuatu yang dikongsikan yang mungkin dah ada yang tau atau mengejutkan... melalui bancian solat yang dibuat di Malaysia...

60% dari umat Islam Malaysia menunaikan solat
20% dari umat Islam yang tidak solat
15% dari umat Islam kadang-kadang solat
5% yang menunaikan solat berjemaah...

semoga ini boleh dijadikan renungan untuk kita semua..inshaaAllah...

ada dugaan blackout pulak kejap tadi...tabik dengan ustaz yang tetap meneruskan ceramah..

p/s duduk dengar ceramah tapi hati dah risau...officemate mc..bos takde kena cover jugak...result kena jawab juga...Allahuakhbar...duhai hati tabahlah dikau...

Khamis, 20 Jun 2013

Indeks Pencemar Udara (IPU) seluruh negara

assalamualaikum semua,

tak sempat nak karang cerita panjang ke PD aritu... cuma sempat nak update keadaan semasa negara setakat pagi tadi....

laporan mengikut yang dipaparkan dalam laman web Department or Environment Malaysia setakat 11 pagi tadi...

setakat ni kawasan yang paling teruk adalah Muar.... tempat aku belajar dulu tu...










untuk langkah berjaga-jaga sila rujuk entry INI ..

rujukan dari SINI ...


p/s susah hati bila tengok luar yang gelap semacam.....

Selasa, 18 Jun 2013

Mesyuarat bermula!

assalamualaikum semua,

selamat pagi dari port dickson...chewah....

kami ambik masa lebih 5 jam nak sampai PD ni dari Kuantan ikut jalan Muadzam Shah...pengsan...

sampai-sampai je kena hadap meeting sampai pukul 11 malam...waduh...letihnya badan...aku tidur lena semalam...sedar-sedar je nak bangun gi toilet jam 3 pagi je...alhamdulillah..hilang penat satu badan bila tidur tilam empuk dari natural latex from Malaysia...ceh...hehehe...bukan aku yang cakap tapi hotel yang tulis tau...tak caya? nanti aku ambik gambar ye...

ok...jom start meeting...

p/s pusing2 hotel nampak pool cantik terus teringat anak3...waaaaaa.....

Isnin, 17 Jun 2013

peneman sepanjang jalan

assalamualaikum semua,

masih dalam perjalanan ke port dickson ni...

ditemani buku kat bawah ni di sepanjang perjalanan...

semoga perjalanan kami diselamatkan oleh Allah pergi dan pulang..amin...

p/s ala topeng muka untuk jerebu tertinggal pulak..

Jerebu teruk di beberapa kawasan

assalamualaikum semua,



gambar dari mstar online 


2 hari duduk cuti dan duduk rumah tak perasan kat luar tengah berjerebu teruk... sedar-sedar pun bila shah bagitau semalam je...

dan balik dari klinik semalam masa keluar kereta memang ada bau asap... ke asap orang kampung bakar sampah? eh? hehehe....

apa pun ini berita terkini tentang jerebu di seluruh negara...

ini berita semalam... berita harian

IPU melebihi paras tidak sihat

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam. 
Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105). 

Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Kenyataan dikeluarkan JAS

Mengikut kenyataan dikeluarkan JAS, kemerosotan kualiti udara dikesan pada 14 Jun di stesen Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung.

“Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” kata jurucakap JAS, dalam kenyataan di sini, semalam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. 
Katanya, JAS sentiasa memantau status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di setiap negeri serta mempertingkatkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Mudah Terbakar dalam mengawal penurunan kualiti udara.

Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

“Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya.

dan ini berita hari ini... dan terkini... mstar online ..

PETALING JAYA: Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.
Kualiti udara di enam kawasan di semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).
Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.
Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean di Sumatra, Indonesia telah meningkat daripada 46 kepada 101 pada Sabtu.
Beliau menjelaskan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung yang bermula pada awal Jun.
"Sekiranya titik panas terus meningkat dan arah angin kekal seperti ini, situasi mungkin menjadi lebih teruk," katanya.
Halimah berkata, jerebu merupakan isu trans-sempadan yang memerlukan kerjasama oleh Malaysia, Brunie, Singapura, Thailand dan Indonesia menerusi Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.
"Kesemua menteri dijadualkan akan bertemu di Kuala Lumpur pada Ogos untuk membincangkan pelan tindakan bagi menangani masalah itu," katanya.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin Monsun Barat Daya yang berakhir hingga September dijangka menyebabkan cuaca panas dengan ribut petir sekali sekala pada sebelah petang.
Suhu dijangka meningkat antara 34°C dan 36°C sepanjang tempoh itu dengan beberapa kawasan di bandar menjadi lebih panas kerana kekurangan persekitaran yang hijau.
"Ketika cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan supaya minum lebih banyak air dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari," kata jurucakap itu.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati rakyat supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah.
"Kami sedang memantau situasi dan akan mengeluarkan nasihat sewajarnya berdasarkan tahap kualiti udara.
"Buat masa ini, orang ramai, terutama yang mempunyai masalah penafasan perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti luaran," katanya.


untuk langkah berjaga-jaga... ini panduan yang boleh digunakan ketika jerebu... meh baca...


panduan kesihatan untuk Jerebu



tak berapa jelas? boleh terus pergi baca kat SINI ....

p/s tengok berita tu... Port Dickson adalah antara bandar yang dikategorikan dalam IPU melebihi tak sihat tau... jadi adakah mesyuarat kami akan dibatalkan..? hehehe...

bawak spare mask je la ita.....

nak tiket movie free?

assalamualaikum semua,

pagi-pagi dah bangun hari ni berkemas barangan nak ke Port Dickson hari ni... inshaaAllah akan bergerak kejap-kejap lagi... selesaikan apa yang patut dulu kat opis ni...

korang yang rasa-rasa macam nak tengok 2 movie ni Man of Steel dan Despicable Me 2 dengan pas percuma boleh klik ke SINI ...





macam menarik kan? aku kalau cerita kartun ni laju je.... ni tengah tunggu cerita Monster University pulak... eh betul ke tajuk dia tu... hehe... belasah je la...

kalau korang berminat nak tiket free...sila klik gambar atau link tu laju-laju ok...

ok.... nak sambung keja pulak...

p/s tinggalkan anak dengan hati gundah gulana.... abg ngah kena kudis api lagi... baru baik dan timbul semula... apa penyebab dia ye?

Ahad, 16 Jun 2013

Biskut Ala Famous Amos

assalamualaikum semua,
sekadar menjenguk untuk letak gambar biskut yang aku buat semalam..
sempat buat satu adunan je untuk bawak balik kampung mertua semalam... tapi memang biskut ni sedap...lainkali boleh buat lagi...untuk kuih raya sudah semestinya...
resepi akan dikongsikan kemudian ye...sebab nak kredit pada yang bagi resepi..kat henpon ni tak boleh nak buat...


p/s mak sedara shah siap cakap semalam...sedap..boleh mintak resepi untuk kuih raya ni...hehe..

dah update ... sila tengok RESIPI KAT SINI

Sabtu, 15 Jun 2013

Nasi hujan panas dan ayam masak merah

assalamualaikum semua,

pagi ni semangat nak memasak sebelum kena gi meeting isnin ni..

meeting sampai hari rabu pulak tu...aduhai semangat macam hilang bila kena tinggalkan anak-anak lagi...

meh layan gambar nasi hujan panas dengan ayam masak merah ni...

resepi diambil dari buku Resepi Chef Hanieliza 1 hari 1 Resepi tapi diolah sebab tak cukup bahan-bahan.. minyak sapi takde letak pun...tapi tak menjejaskan rasa nampaknya...

p/s kejap lagi berangan nak try buat biskut kekacang...nak try market untuk raya..agak-agak ada orang nak beli tak ye...ala jual murah je...hehe...