Mega Expo 2013 Pameran elektrik dan hiasan kediaman - Cerita Ita                                                             Mega Expo 2013 Pameran elektrik dan hiasan kediaman Langkau ke kandungan utama

Mega Expo 2013 Pameran elektrik dan hiasan kediaman

assalamualaikum semua,

nak cerita pasal expo lagi ni... minggu lepas expo... minggu ni expo lagi....

kami cuma pegi jenguk je.... nak beli belum ada kemampuan pun lagi...

dan semalam akhirnya kami gi jenguk jugak ekspo ni... bukan apa ada penarik penyebab kami ke sini....



untuk pengetahuan semua ekspo ni dibuat di Padang MPK 4 Kuantan.... jadi dekat sangat dengan tempat kerja aku sekarang ni... jadi bila shah datang dengan anak-anak untuk ambik aku petang semalam terus bebudak tu nampak pulak permainan lompat-lompat yang ada kat situ.... aduhai... bahaya sungguh...



dah banyak kali abg long merengek nak main sebenarnya tapi selalunya impian dia tu memang tak terlaksana sebab hari hujan la.... dan banyak rintangan lain lagi... termasuk alasan takde duit... hahaha...

masa jom heboh di kuantan minggu lepas pun ada... bayaran murah sikit RM3 je tapi masa kami pegi tu matahari tengah tegak atas kepala... macam tak sanggup nak biar anak main kat situ.... rasa macam nak salai anak je... aku rasa lebih elok kalau permainan camni diletakkan di dalam komplek membeli belah yang sejuk dan ada bumbung... ini selalunya diletakkan di luar padang kalau di kuantan ni... dengan tak berbumbung yang melindung dari hujan dan panas... sangat tak bagus untuk anak-anak...

dan semalam bayaran yang dikenakan agak mahal aku rasa.... RM6 seorang... dah kena RM12 untuk dua beradik tu....




dan ada satu perkara yang patut diambilkira... keselamatan anak-anak.... aku akui anak aku agak jakun dengan bendalah ni... naik pun cuma beberapa kali je.... boleh bilang dengan sebelah tangan je pun... jadi si abg ngah agak takut sikit... dan semalam ada kejadian tak diingini berlaku pulak.... tangan abg ngah tersepit kat celah gelunsur yang bersambung tu... dia punya nangis... sambil jerit sakit-sakit.... aku yang tercegat kat tepi ni cepat-cepat suruh shah masuk dan selamatkan anak.... yang menjaga situ...aduhai.... boleh diorang borak-borak macam tak dengar je anak aku menangis.... adoi kak... nak untung patut-patut la....

shah kelam kabut masuk nak tarik tangan abg ngah keluar... bila shah masuk baru budak lelaki yang tolong jaga tu ikut sama kelam kabut jugak.... alahai buat-buat sibuk pulak.... kecoh betul semalam... dah tak pasal-pasal shah dapat masuk free je... hihihi....


nampak gelunsur yang abg long nak naik tu... haaa.. yg tu la yg sepit tangan abg ngah.. 


bila dah keadaan aman dan shah boleh control diorang aku gi  la meninjau ke dalam ekspo tu ... tengok-tengok apa yang ada jual....

korang layankan je la gambar ni ye.....


lama anak-anak berdiri kat katil ni... heee... 




 aku nak ambik gambar katil satu set RM4999 ni... tapi ada pulak entiti makcik kat situ.. hehe...


ada macam-macam barang jual kat dalam ni... ada macam-macam jenis peniaga jugak... untuk orang yang senang terpedaya dengan helah peniaga... elok la simpan kad kredit...kad debit anda di rumah je ye... agak bahaya di sini...

nasib kami memang selalunya kaki berjalan je... berjalan dan dengan... pastu kami kata... takpe la kami decide dulu kat rumah nak beli ke tak ye.... hehehe...

ada satu peniaga jual dapur elektrik... dia boleh bagi rm3k untuk dapur double... free sekali periuk yg biasa dia jual rm800++ ...free sekali kuali bbq... free sekali dapur single RM1k++.... memang murah dan rasa berbaloi... tapi terfikir pulak aku... berapa diorang untung untuk semua produk ni ye? kalau tak untung takkan diorang sanggup turun dari jauh untuk promosi dan jual.... dan satu lagi buat kami fikir panjang untuk beli... kedainya jauh nun di utara... kalau rosak? macamana nak tuntut kan? jauh tu? kos penghantaran lagi....huhu... jadinya kensel....

ada barang yang lebih menarik dari semua tu.... ni haaa....


bean bag 


bean bag.... aku suka ni...

harga pun kira ok... RM229 -RM299 satu... tengok jenis kain.... aku kejap je kat sini... kalau tak mau terbeli... hehe...

ada jugak barang lain macam barangan elektrik sharp ni haaa....




lama kami duduk kat depan peti sejuk sharp 2 pintu dia yang ada fungsi touch door panel tu.... aduh mengancam sungguh.... kat dalam dia boleh letak kek 2 biji sebelah-menyebelah... huhu... menggoda betul....

shah tak beralih dari tv impian dia... haha... abg doa je la tv kita kat rumah tu rosak dan takleh repair lagi... baru kita dapat ganti tv baru ye bang... hehe...


ada lagi demo orang jual steamer... barangan philip pun ada... ada blender..ada mixer...ada jugak alat yang memasak tak guna minyak tu... apa ye namanya... air fryer ke? hehe...  tapi harganya RM999 satu... huhu... tengok je la...

ada juga orang jual kuali ajaib... murah jugak cuma RM128 je... tak guna minyak pun boleh memasak... aku sempat tengok orang tu buat crepe dan omelet...cantik hasilnya.... berbaloi jugak siapa nak membeli... siap ada tutup dan besar juga saiznya...

tercari-cari jugak orang jual periuk ajaib kat sini tapi takde la pulak....

untuk sesiapa yang berada di kuantan dan berhajat nak pergi tu sila la... dari 13 hingga 16 Jun 2013 ni di Padang MPK 4.... korang takkan terlepas tempat ni sebab dari jauh dah nampak dome yang sangat besar tu....maklumat lanjut boleh tengok SINI..

ada satu yang menarik minat aku..... ni haaa....



cantik kan? kanopi dengan kerusi panjang keliling..... harganya RM2999 ... tapi persoalannya... nak letak kat mana kalau beli?? hehehe....


p/s hari ni macam suram je di kuantan... esok dah cuti... plan nak bawak anak-anak ke program drypers...jom semua...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...