Jumaat, 18 Mei 2018

9 jenis kuih untuk Menu Berbuka Puasa berserta resepi

9 Jenis Kuih untuk Menu Berbuka Puasa berserta resepi

assalamualaikum semua, bila masuk je bulan Ramadhan ni aku percaya semua orang sibuk cari bazar Ramadhan untuk beli kuih muih tradisi yang korang suka kan? aku tau la sebab aku pun macam korang jugak dulu.. haha.. tapi sekarang tak lagi dah.. kebanyakkan masa aku buat sendiri je pasal banyak kali membeli tapi tak kena dengan selera la pulak.. jadi disebabkan tu aku nak buat koleksi 9 jenis kuih untuk Menu Berbuka puasa berserta resepi ni haa.. meh la kita tengok kuih apa yang ada jom..

9 Jenis Kuih untuk Menu Berbuka Puasa


1. Kuih Lopes 

Kuih Lopes


Kuih di tempat pertama ialah kuih lopes.. percayalah kuih tradisional nan satu ni banyak menghantui semua orang terutama di bulan puasa ni tau.. lagi-lagi kalau dapat yang masih dibungkus dan disediakan secara tradisi tu ha.. lagi marveles.. resepi kuih lopes ni boleh baca kat Resepi Kuih Lopes.

2. Kuih Kaswi


Kuih Kaswi


Kuih kaswi pulak jatuh di tempat kedua.. walau kedua ia tetap menambat hati dan bukan bermakna tak ramai yang suka tau.. aku pun sambil tengok gambar sambil berangan nak buat sebab dah terbayang kesedapannya tu tau.. resepi Kuih Kaswi yang sedap ni korang boleh ambik kat Resepi Kuih Kaswi.

3. Kuih Pau


Kuih Pau


Kenapa aku nak senaraikan kuih pau sebagai pilihan ketiga? sebab kalau budak-budak jumpa kuih pau ni.. diorang gerenti akan pau punyalah.. lagi pulak kalau pau tu ialah pau gebu yang macam kami jual tu kan.. eh.. maaf terpuji diri sendiri pulak.. korang boleh cuba buat ikut Resepi Kuih Pau Gebu ni atau beli je dengan kami yang sejukbeku tu.. senang.. hehe..

4. Kuih Apam Kukus


Kuih Apam Kukus


Kuih apam ni kan aku rasa biarlah berkurun lama mana pun tetap tak lapuk di hujan tak lekang dek panas.. mana-mana orang jual kuih apam kukus ni tetap jugak laku keras tau.. orang tetap cari.. bukan hanya orang tua.. tapi budak-budak pun sama suka kuih apam kukus ni tau.. lelagi kalau yang betul-betul naik gebu tu kan.. kalau korang resepi apam kukus yang gebu boleh ambik kat Resepi Kuih Apam Kukus.

5. Kuih Koleh Kacang


Kuih Koleh Kacang


Kuih ni pun antara kuih pujaan ramai.. kalau kat area rumah aku ni ada satu gerai kat bazar ramadhan yang jual kuih koleh kacang yang sedap.. kira memang cukup rasa kacang dan lemak santan dia la.. tapi selalu kalau beli selalu je rasa tak cukup bila makan.. jadi aku selalu jugak buat sendiri guna Resepi Kuih Koleh Kacang sedap ni..

6. Kuih Apam Viral


Kuih Apam Viral


Dah nama pun kuih viral kan.. haruslah ada tarikan sampai dia jadi viral tu kan.. tapi percayalah dengan warna dan rasa dia pasti anak-anak memang akan terpikat dan suruh korang beli kat memana bazar pun.. jadi untuk mengelakkan korang asyik terbeli.. apa kata korang mula belajar buat sendiri guna Resepi Kuih Apam Viral sebab dia cuma guna 4 bahan je tau.. 

7. Kuih Kek Marble


Kuih Kek Marble


Kuih ni kan sebenarnya sangat senang nak buat dan sedap pulak tu.. kelebihan dia pulak korang boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk kalau tak habis makan.. kiranya sekali buat tu boleh tampung untuk makan sebulan la.. haha.. nipu benar kan.. kalau nak cuba buat sendiri kuih ni yang versi gebu, lembut dan lembap je boleh cuba Resepi Kuih Kek Marble.

8. Kuih Cucur Manis Viral


Kuih Cucur Manis Viral


Kuih ni kira kuih baru yang diviralkan tau.. tapi sedap jugak tau.. aku dah cuba dan dia cuma guna 3 bahan asas je.. senang pulak tu nak buat.. jadi tak payah habiskan duit untuk beli kuih cucur manis viral yang sedap ni.. korang buat je la sendiri ikut Resepi Kuih Cucur Manis Viral ni haa..

9. Kuih Kek Coklat


Kuih Kek Coklat


Kuih ni memang aku percaya orang malas pun boleh buat ni.. sebab senang je.. boleh guna periuk masak atas dapur guna api kecik.. boleh masak guna kuali ajaib.. boleh masak jugak guna periuk serba boleh jenama N***a yang korang beli tapi tak guna-guna tu kan.. haa.. caner aku boleh tau tu.. hahaha.. jadi korang godeh je la Resepi Kuih Kek Coklat yang senang ni dan buat ok.. pun sama macam kuih nombor 7 tu tadi.. boleh simpan lama dalam peti sejuk kalau tak habis..

aku dah bagi 9 jenis kuih untuk pilihan korang siap berserta dengan resepi ni tau.. harap korang dapat memanfaatkanlah ia ok.. selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka!

Ceritaita

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haaa...entey ni sangat membantu akak la ita..tahun ni akak nekad nak buat sendiri kuih2 untuk berbuka..sebab kalau beli kat luar belum tentu sedapnya kan..so better belajar buat sendiri so semua boleh makan..

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Nieyla Nadia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hari ni plan nak masak lempeng je,,utk buka...

khaty aiman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kasui my feveret

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak try nanti resepi ni