minggu marah sedunia....ARRRGGGGHHH.. - Cerita Ita                                                             minggu marah sedunia....ARRRGGGGHHH.. Langkau ke kandungan utama

minggu marah sedunia....ARRRGGGGHHH..

salam semua,

aku bukan nak marah tapi bosan la asyik kena marah....

kalau kena marah pasal kesalahan kita tak pe la kan? ini tidak...kena marah pasal benda yang kita tak tau hujung pangkal....sedih kan?

kadang2 orang bercakap itu ini tentang kerja kerajaan ni...tapi banyak yang orang tak tau itu ini tentang kisah di sebaliknya...lagi sedih kan?

tapi takpelah semua aku kena telan...tu la risiko kerja dengan kerajaan...walaupun gaji tak kami ni tak seberapa dibandingkan dengan orang kerja swasta (aku edit sikit, untuk jawatan aku je tau!) tapi aku sangat bersyukur dan tak pernah menyesal memilih untuk bekerja dengan kerajaan, sebabnya? masa yang berkualiti untuk family...itu yang aku utamakan...

jadi....tarik nafas..tenangkan diri...jangan marah2 boleh????

Ulasan

  1. oopppss coppp!! bukan nak tambah bara dan api yg menyala, tapi nak komen sahaja.
    jgn sekali2 bandingkan gaji org keje swasta ngan org keje kerajaan. org keje swasta yg hidup senang hanya segelintir sahaja. sama mcm org yg keje kerajaan pun tak semuanya hidup senang. sama shaja kesusahan sara hidup keduanya, sama sahaja kesusahan kehidupannya. okeh?.

    faiz

    BalasPadam
  2. opsss..sory..sory...aku lupa nak tambah kat atas tu....untuk jawatan cam aku je faiz ye...bukan semua jawatan...

    BalasPadam
  3. okeh!!pembetulan diterima. wahahha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...