Koleksi Buku Terbaru - Cerita Ita                                                             Koleksi Buku Terbaru Langkau ke kandungan utama

Koleksi Buku Terbaru

Koleksi Buku Terbaru

Buku keluaran baru
Koleksi Buku Terbaru


Assalamualaikum semua, sebelum nak cerita pasal koleksi buku terbaru aku nak imbas semula kisah kami. Tarikh 30hb September 2021 akan sentiasa berada dalam lipatan sejarah kami sekeluarga. Waktu tu kami masih tinggal di Johor Bahru dan kami diuji dengan musibah banjir. 


Semua barang kami habis rosak dan musnah akibat banjir. Korang boleh baca entri blog aku pasal banjir kat cerita banjir. Waktu tu hati bukan kepalang lagi rasa sedih sebab semua koleksi buku-buku yang aku simpan bertahun-tahun semuanya rosak. Hanya 3 buah buku je yang selamat. 


Yang lain tu kami terpaksa longgokkan dan jual semuanya ke pembeli surat khabar lama bersama buku sekolah anak-anak. Habis semuanya. Dapatlah RM20 untuk semua buku dan kertas yang membukit macam kat bawah ni. Sedih kan?

Timbunan buku yang dibuang ketika banjir


Trauma bila kehilangan sesuatu yang kita sayang tu tak dapat nak dikata. Baru ni aku berasa ada semangat semula nak kumpulkan buku-buku buat koleksi semula macam dulu. Ada beberapa buku yang aku dah mula letak dalam rancangan untuk beli. Kebanyakan buku agama dan resipi sama macam dulu juga. Itulah minat aku. 

Koleksi Buku Terbaru

Tapi koleksi kali ni aku beli buku berbahasa Inggeris. Salah satu sebab bukan sebab aku pandai sangat pun bahasa Inggeris tapi sebab aku nak belajar. Benda yang kita tak pandai dan tahu tu la yang patut kita belajar kan? 

Cats ~ Adam paling suka buku ni


Sebab lain aku suka kumpul buku ialah sebab aku suka membaca. Sejak dulu dari kecik kalau terjumpa surat khabar lama waktu menyapu pun aku boleh berhenti dulu dari menyapu sebab nak membaca.. hehe.. buruk benar tabiat tu mak aku kata.. tapi itulah aku.. sebab minat mengatasi semuanya.

Buku yang aku beli baru ni kebanyakan adalah buku terpakai atau buku dari koleksi jualan penghabisan atau clearance stock. Harganya lebih murah tapi masih ada nilai untuk pembacaan. Ini judul buku yang aku beli kali ni.. Everday Letters For Busy People, How To Be Genius At Work, Cats,  Last Minute Speechs and Toasts,  Everything you need to ace English Language Art in one big fat notebook, Fearless dan The Reapers. 


Bila ada semangat balik nak kumpul koleksi buku terbaru ni kita kumpullah yang mana kita boleh rajin belek-belek dulu kan.. Doakan aku kuat ya. Kalau ada sesiapa yang rasa nak bagi review buku macam dulu pun ok. InsyaAllah untuk buku aku selalu akan sempatkan waktu juga. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Banyak betul buku yang dibuang tu ye...syg dan sedih tengok

    BalasPadam
  2. sayangnya buku2 rosak tu. takpelah ita buat koleksi baru pula

    BalasPadam
  3. Banyaknya buku2 rosakkk... Sayang kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...