Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 4 September 2012

berjumpa sahabat lama... yeay!

salam sejahtera semua,

sebenarnya hujung minggu lepas hati aku dah mula berbunga-bunga tau... sebabnya aku dapat perkhabaran yang kawan lama aku masa sekolah menengah dulu nak datang rumah pada hujung minggu lepas...

kawan aku ni nama dia Sailiza, keluarga dia panggil dia lily... kami-kami ni panggil dia Sally... pasal kat sekolah dulu ada sorang yang dah memang nama dia lily...

aku rapat dengan dia dari form 1 sampai la form 3 tau... kemana-mana aje kami mesti bersama... ada dia, ada la aku... kecuali ke tandas ok... tapi entah apa yang meretakkan persahabatan kami yang memang amat rapat masa tu aku pun tak sedar... semuanya cuma nak sahut cabaran kawan-kawan... kalau kami tau hasilnya jadi memisahkan kami tentu kami takkan sahut cabaran tu...

lama lepas tu kami terpisah lepas SPM... berhubung dengan surat dan telefon jarang-jarang... lepas tu jumpa 2 kali je masa wan kawin dan aku mintak tolong dia cari darul syifa' kat bangi... itu masa tahun 2000 kalau tak silap... lepas tu jumpa balik lepas 12 tahun kemudian je ni....terharu kan?

memula dia sms kata nak sampai malam... aku dah mula risau... tau je la si husna tu kalau malam je menempel je kat ummi dia... payah nooo kalau ada orang datang memalam... last-last petang tu aku sms dia tanya jadi tak datang... masa tu dalam pukul 6.15 petang.. dia jawab kata jadi, tapi masih di shah alam.. aku pun siaplah  memasak kat dapur... shah masa ni dah keluar bawak anak-anak berjalan-jalan naik motor... aman la aku kat dapur...

siap je masak... aku rilek kejap... tetiba lepas maghrib je shah ajak balik rumah mak dia nak hantar ubat mak... aku siap-siap apa patut... kebetulan pulak pakcik dia dari kelantan yang balik dari hantar UPM ada sekali kat kampung... leh la jumpa sekali...

kami agak-agak sally mesti sampai dalam pukul 10 ke atas... maka kami sempat la patah balik semula ke kuantan untuk sambut tetamu... tetiba elok je kami sampai kat taman tas.. masa ni pukul 8.20 mlm camtu... sally sms kata dah nak masuk tol gambang... giler ko laju betul diorang ni....berapa jam je tu dari kl?

aku panik la... last2 aku jawab kalau ada rezeki kita jumpa la sally... takkan aku nak gaduh pulak dengan shah mintak balik rumah semula kan?

last-last ...berapa banyak last daaa... ni betul punya last ni...
kami balik dari rumah mak shah pukul 10.15 malam camtu... shah ajak pecut terus ke pekan jumpa sally... dia kesian kot tengok muka aku masa tu... sedih wooo aku dah masak2 bagai nak sambut kawan aku last-last tak dapat jumpa....

sampai pekan dah pukul dekat pukul 11 dah... semua anak-anak dah selamat tidur pun.. borak punya borak sampai dekat pukul 12 malam baru kami balik rumah....letihnya badan...

apapun aku puashati dapat jumpa ko sally.... dan terima kasih jugak dengan abg yang sudi bawak keta temankan ita... tenkiu bang...

layan gambar aku dengan sally ni ye....



sally, ni mee yang ko missed... aku bawak bekal pagi ke kerja...


kebetulan along aku kat kl pun makan menu sama.... apadaaa... sama...


p/s terima kasih bebanyak dengan cik na... makcik tuan rumah tu yang sanggup bagi aku datang dan sempurnakan perjumpaan bermakna ni... Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

sb berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah...truly jejak jasih ek korg,,huhu,,untungla..=)

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Masih sama spt dlu..lepas 12thn tu

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ita....mcm sedp je mee ko masak tuh...telan air liur aku nengok..kan best kalu aku dapat makan ganti sally kahkahkah