aktiviti minggu lepas - Cerita Ita                                                             aktiviti minggu lepas Langkau ke kandungan utama

aktiviti minggu lepas

salam sejahtera semua,

nak cerita aktiviti minggu lepas ni....selain dari makan free kat rumah terbuka je kerjanya ada cerita menarik gak ni....

dijadikan cerita aku ada perlawanan bowling hari sabtu lepas... ( huhu cam terrer je main kan...)

main tak pandai pun... asyik ke longkang je... puas la jurulatih ngajor.... "aim the arrow, not the pin" tapi  aku  manjang je "aim the longkang" alahai... camne tu?

pastu konon-konon nak belajar la kan.. maka jadilah aktiviti berlatih main bowling bagi ummi yang dah cuti dari sejak melahirkan abg ngah lagi ni ha.... lama tu tak main bowling ni....



sudahnya... nak pilih bola sesuai je pun dan makan hari tu... setengah game dah tapi asyik nooo tukar bola je sudahnya.... letih kan? shah lagi letih tau melayan aku....

tu belum lagi masuk anak-anak buat perangai... aku main kat premium lane kuantan... kat situ pulak ada satu lane bebudak punya (ala bowling game bebudak yg kecik cenonet tu je)... mula la bebudak 2 orang tu sibuk nak ajak main kat situ...



bising-bising kata bola besar tu berat... tu belum lagi dia gi angkat bola bowling yang  berat tu sendiri (takde keja orang lain ni..abg long punya keja)...



belum cerita lagi bila nak baling bola...diorang pakat-pakat duduk belakang reramai... aduhai... letih.... nak ngelak anak lagi... mana la ummi ko ni nak terrer main nak oiii... ceh..salahkan anak pulak kan?...

haaa... aku lum cerita pulak bila adik husna tak nak duduk dalam stroller lagi kan? lagi gamat woo... lepas aku baling kang..dukung husna... pastu shah baling lak... pastu bila turn aku kang shah pulak dukung... ada ke pemain profesional buat gini? cer cerita sikit?... hahaha... kompom balik letih gila... toksah cakap la...



lastnya.... aku main gak hari sabtu lepas... nak tau apa resultnya... hehe... nanti aku update gambar ek...
x nampak kan? aku saje je bg x nampak... hahaha...

cerita best ni....

walaupun belum keluar result... aku dah cabut dulu pasal nak ambik anak kat taska pukul 1 lebih tu...tapi aku leh dapat rasa dah...kami JUARA tu... tapi dari bawah la... hahaha....

mana taknya.. main bertiga.. game 1 dapat la seratus lebih....game 2 dapat gak dua ratus lebih... game 3 baru nak merangkak 307... sedih kan? lambat warm up...

apa pun..azam baru ni... ingat nak ajak shah main 2 kali sebulan ke..asah bakat... mana tau leh lawan shalin esok-esok kan....hehehe...harap....

p/s eleh... aku tengok org yg bawak bola sendiri pun abis 1 game tak sampai pun seratus dapat...kira sama level cam aku yg baru belajar ni kan...kan...kan...?

Ulasan

  1. Balasan
    1. ko gelakkan akak ye dik... xpe..xpe...nanti akak tunjuk skor terbaru... itu pun kalau dapat lebih la.. gigih berlatih ni tau...hehe

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat